Pular para o conteúdo
Publicidade

MAZMUR 14

Kejahatan Manusia

1 Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud.

Orang bodoh berkata dalam hati,

"Tidak ada Allah."

Mereka semua jahat dan perbuatan mereka keji;

tidak seorang pun melakukan yang baik.

2 Dari syurga TUHAN memandang umat manusia

untuk mencari orang yang bijak,

orang yang menyembah Dia.

3 Rm 3.10-12 Tetapi semua orang sudah menyimpang dan sesat,

tiada seorang pun melakukan yang baik.

4 TUHAN bertanya, "Tidakkah semua orang jahat ini tahu?

Mereka hidup dengan merompak umat-Ku,

dan tidak pernah berdoa kepada-Ku."

5 Orang jahat akan ketakutan,

kerana Allah menolong orang yang taat kepada-Nya.

6 Orang jahat merintangi hasrat orang miskin,

tetapi orang miskin dilindungi TUHAN.

7 Semoga penyelamatan bagi Israel

datang dari Sion!

Apabila TUHAN menjadikan umat-Nya makmur semula,

semua orang Israel akan bersukacita.

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também