Pular para o conteúdo
Publicidade

Mazmur 77

Penghiburan pada Masa Kesusahan

1 Untuk pemimpin koir. Menurut: Yedutun. Mazmur Asaf.

2 Aku berseru dengan nyaring kepada Allah;

dengan nyaring aku berseru supaya Dia mendengar.

3 Pada masa kesusahan aku berdoa kepada Tuhan;

sepanjang malam aku menadahkan tangan sambil berdoa,

tetapi aku tidak terhibur.

4 Ketika aku teringat kepada Allah, aku mengeluh;

apabila aku bermenung, hilanglah semangatku.

5 Allah membuat aku tidak dapat tidur;

aku begitu khuatir sehingga tidak dapat bertutur.

6 Aku teringat akan masa dahulu,

hari dan tahun yang sudah lalu.

7 Sepanjang malam aku berfikir dalam-dalam;Beberapa terjemahan kuno:berfikir dalam-dalam; Naskhah Ibrani:bernyanyi.

bermenung dan bertanya dalam hati,

8 "Adakah Allah menolak kita selama-lamanya?

Tidakkah Dia berkenan lagi kepada kita?

9 Tidakkah Dia mengasihi kita lagi?

Tidakkah Dia memenuhi janji-Nya lagi?

10 Adakah Allah telah lupa mengasihani kita?

Murkakah Dia, sehingga tidak berbelas kasihan lagi?"

11 Kemudian aku berkata, "Inilah yang paling menyakiti hatiku,

bahawa Allah tidak berkuasa lagi."

12 Aku akan mengingat perbuatan-Mu yang besar, ya TUHAN.

Aku akan mengenang keajaiban yang Engkau lakukan pada zaman dahulu.

13 Aku akan memikirkan segala yang Engkau lakukan,

aku akan merenungkan segala perbuatan-Mu.

14 Ya Allah, segala yang Engkau lakukan itu suci.

Siapakah sebesar Allah kami?

15 Engkaulah Allah yang melakukan mukjizat;

Engkau menunjukkan kuasa-Mu antara bangsa-bangsa.

16 Dengan kuasa-Mu, Engkau menyelamatkan umat-Mu,

keturunan Yakub dan Yusuf.

17 Ya Allah, laut gentar apabila melihat Engkau,

bahkan dasar laut pun gementar.

18 Awan mencurahkan hujan;

guruh mengguntur di langit,

dan kilat memancar ke segala jurusan.

19 Guruh menggelegar, kilat memancar,

bumi bergoncang dan gementar.

20 Engkau berjalan melalui ombak;

Engkau menyeberangi lautan yang dalam,

namun jejak kaki-Mu tidak kelihatan.

21 Engkau memimpin umat-Mu seperti seorang gembala,

bersama-sama Musa dan Harun yang mengetuai mereka.

Todos os capítulos de Mazmur 150
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
  21. 21
  22. 22
  23. 23
  24. 24
  25. 25
  26. 26
  27. 27
  28. 28
  29. 29
  30. 30
  31. 31
  32. 32
  33. 33
  34. 34
  35. 35
  36. 36
  37. 37
  38. 38
  39. 39
  40. 40
  41. 41
  42. 42
  43. 43
  44. 44
  45. 45
  46. 46
  47. 47
  48. 48
  49. 49
  50. 50
  51. 51
  52. 52
  53. 53
  54. 54
  55. 55
  56. 56
  57. 57
  58. 58
  59. 59
  60. 60
  61. 61
  62. 62
  63. 63
  64. 64
  65. 65
  66. 66
  67. 67
  68. 68
  69. 69
  70. 70
  71. 71
  72. 72
  73. 73
  74. 74
  75. 75
  76. 76
  77. 77
  78. 78
  79. 79
  80. 80
  81. 81
  82. 82
  83. 83
  84. 84
  85. 85
  86. 86
  87. 87
  88. 88
  89. 89
  90. 90
  91. 91
  92. 92
  93. 93
  94. 94
  95. 95
  96. 96
  97. 97
  98. 98
  99. 99
  100. 100
  101. 101
  102. 102
  103. 103
  104. 104
  105. 105
  106. 106
  107. 107
  108. 108
  109. 109
  110. 110
  111. 111
  112. 112
  113. 113
  114. 114
  115. 115
  116. 116
  117. 117
  118. 118
  119. 119
  120. 120
  121. 121
  122. 122
  123. 123
  124. 124
  125. 125
  126. 126
  127. 127
  128. 128
  129. 129
  130. 130
  131. 131
  132. 132
  133. 133
  134. 134
  135. 135
  136. 136
  137. 137
  138. 138
  139. 139
  140. 140
  141. 141
  142. 142
  143. 143
  144. 144
  145. 145
  146. 146
  147. 147
  148. 148
  149. 149
  150. 150

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.