Pular para o conteúdo
Publicidade

MAZMUR 124

Allah Pelindung Umat-Nya

1 Lagu ziarah oleh Daud.

Bagaimanakah keadaannya jika TUHAN tidak memihak kita?

Jawablah, hai Israel!

2 "Jika TUHAN tidak memihak kita,

ketika musuh menyerang kita,

3 tentu mereka sudah menelan kita hidup-hidup

kerana kemarahan mereka menyala-nyala;

4 tentu kita sudah dihanyutkan banjir,

dan kita digenangi air;

5 tentu kita sudah mati lemas

dalam air yang deras."

6 Marilah kita bersyukur kepada TUHAN,

yang tidak membiarkan musuh membinasakan kita.

7 Kita seperti burung yang lepas dari jerat pemburu;

jerat itu sudah dirosakkan dan kita pun bebas!

8 Pertolongan kita datang daripada TUHAN,

yang menjadikan langit dan bumi.

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também