Pular para o conteúdo
Publicidade

MAZMUR 53

Kejahatan Manusia

1 Untuk pemimpin koir. Menurut lagu: Mahalat. Sajak Daud.

2 Orang bodoh berkata dalam hati,

"Tidak ada Allah!"

Mereka semua jahat dan perbuatan mereka keji;

tidak seorang pun melakukan yang baik.

3 Dari syurga Allah memandang umat manusia

untuk mencari orang yang bijak,

orang yang menyembah Dia.

4 Rm 3.10-12 Tetapi semua orang sudah menyeleweng dan sesat,

tidak seorang pun melakukan yang baik.

5 Allah bertanya, "Tidakkah orang jahat ini tahu?

Mereka hidup dengan merompak umat-Ku,

dan tidak pernah berdoa kepada-Ku."

6 Tetapi kemudian ketakutan meliputi mereka,

seperti yang belum pernah dialami mereka,

kerana Allah akan menyerakkan tulang musuh umat-Nya.

Allah sudah menolak musuh umat-Nya,

maka Israel akan mengalahkan musuh mereka.

7 Semoga penyelamatan bagi Israel

datang dari Sion!

Apabila Allah menjadikan umat-Nya makmur semula,

semua orang Israel akan bersukacita.

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também