Pular para o conteúdo
Publicidade

MAZMUR 112

Kebahagiaan Orang Baik

1 Pujilah TUHAN!

Berbahagialah orang yang menghormati TUHAN,

yang suka mentaati perintah-Nya.

2 Anak-anak orang yang baik akan berkuasa di negeri ini;

keturunannya akan diberkati.

3 Keluarganya akan menjadi kaya-raya,

dan dia akan makmur selama-lamanya.

4 Dia seperti cahaya yang bersinar dalam kegelapan bagi orang jujur;

dia berbelas kasihan, penyayang, dan adil.

5 Berbahagialah orang yang murah hati dan suka memberi pinjaman,

serta jujur dalam segala urusan.

6 Orang yang baik tidak sekali-kali akan gagal;

dia akan diingat selama-lamanya.

7 Dia tidak takut menerima berita buruk;

hatinya teguh kerana percaya kepada TUHAN.

8 Dia tidak khuatir ataupun takut

kerana dia yakin musuhnya akan dikalahkan.

9 2 Kor 9.9 Dia memberikan sedekah kepada orang miskin,

dia selalu murah hati,

dia akan berkuasa dan dihormati orang.

10 Orang jahat melihat hal ini lalu naik marah;

mereka memandang aku dengan kebencian.

Lalu mereka binasa;

harapan mereka lenyap selama-lamanya.

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também