Pular para o conteúdo
Publicidade

MAZMUR 64

Doa Minta Perlindungan

1 Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud.

2 Aku dalam kesusahan, ya Allah - dengarlah doaku!

Aku takut kepada musuhku - selamatkanlah aku!

3 Lindungilah aku daripada komplot orang derhaka,

dan daripada rusuhan orang durjana.

4 Lidah mereka setajam pedang,

kata-kata mereka berbisa seperti anak panah beracun.

5 Mereka menyebarkan dusta dari tempat persembunyian;

mereka membinasakan orang baik dengan fitnah.

6 Mereka menggalakkan sesama sendiri untuk melakukan yang jahat;

mereka berunding tentang tempat memasang perangkap;

mereka menyangka tiada orang yang melihat.

7 Mereka membuat rancangan jahat dan berkata,

"Kita telah merancang jenayah yang licik sekali."

Sungguh dalamnya hati serta fikiran manusia,

sehingga tidak dapat diselami.

8 Tetapi Allah melepaskan anak panah-Nya terhadap mereka,

dan dengan serta-merta mereka cedera.

9 Dia akan membinasakan mereka kerana kata-kata mereka;Dapat bermakna: Dia akan membinasakan mereka kerana kata-kata mereka; Naskhah Ibrani:Mereka akan membinasakan Dia, kata-kata mereka menentang mereka.

semua orang yang melihat mereka akan menggelengkan kepala.

10 Mereka akan ketakutan;

mereka memikirkan tindakan Allah,

dan memberitakan perbuatan-Nya.

11 Semua orang baik akan bergirang kerana perbuatan TUHAN;

mereka akan mendapat perlindungan daripada-Nya;

semua orang yang tulus akan memuji Dia.

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também