Pular para o conteúdo
Publicidade

Mazmur 7

Doa Minta Keadilan

1 Ratapan Daud, yang dinyanyikan kepada TUHAN kerana Kus, orang Benyamin itu.

2 Ya TUHAN, Allahku, aku berlindung kepada-Mu;

selamatkanlah dan lepaskanlah aku

daripada semua orang yang memburu aku.

3 Jangan biarkan mereka seperti singa yang menerkam dan menyeret aku

ke tempat yang tiada seorang pun dapat menyelamatkan aku.

4,5 Ya TUHAN, Allahku, jika aku pernah berbuat jahat,

jika aku mengkhianati sahabat,

atau melakukan keganasan terhadap musuh tanpa sebab,melakukan...sebab; atau mengasihani orang yang memperlakukan aku dengan tidak adil.

6 biarlah musuhku memburu dan menangkap aku,

lalu membunuh dan meninggalkan aku dalam debu!

7 Bangkitlah dengan kemurkaan-Mu, ya TUHAN,

dan tentanglah keganasan musuh-musuhku!

Bangkitlah dan tolonglah aku,

kerana keadilanlah yang Engkau tuntut.

8 Himpunkanlah bangsa-bangsa di sekeliling-Mu,

dan perintahlah mereka dari takhta-Mu di syurga.Dapat bermakna: perintahlah mereka dari takhta-Mu di syurga; Naskhah Ibrani:duduklah di atas takhta-Mu di tempat tinggi; atau pulanglah ke tempat yang tinggi.

9 Engkaulah yang menghakimi semua manusia.

Berilah aku keadilan, ya TUHAN, kerana aku tidak bersalah.

10 Why 2.23 Hentikanlah kejahatan orang durjana,

dan berikanlah pahala kepada orang yang baik,

kerana Engkau Allah yang adil,

Engkau menyelami hati dan fikiran.

11 Pelindungku ialah Allah;

Dia menyelamatkan mereka yang mentaati-Nya.

12 Allah ialah hakim yang adil,

yang sentiasa menghukum mereka yang jahat.

13 Jika kelakuan mereka tidak berubah,

Allah akan mengasah pedang-Nya.

Dia menyiapkan dan melengkungkan busur-Nya;

14 Dia mengambil senjata-Nya yang berbahaya

dan melancarkan anak panah-Nya yang bernyala.

15 Lihatlah cara orang jahat memikirkan kejahatan;

mereka merancangkan kekacauan dan melakukan penipuan.

16 Mereka memasang perangkap untuk orang lain,

tetapi mereka sendiri jatuh ke dalamnya.

17 Demikianlah mereka terhukum oleh kejahatan sendiri,

dan tercedera oleh keganasan mereka sendiri.

18 Aku mengucap syukur kepada TUHAN kerana Dia adil,

aku menyanyikan pujian kepada TUHAN, Yang Maha Tinggi.

Todos os capítulos de Mazmur 150
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
  21. 21
  22. 22
  23. 23
  24. 24
  25. 25
  26. 26
  27. 27
  28. 28
  29. 29
  30. 30
  31. 31
  32. 32
  33. 33
  34. 34
  35. 35
  36. 36
  37. 37
  38. 38
  39. 39
  40. 40
  41. 41
  42. 42
  43. 43
  44. 44
  45. 45
  46. 46
  47. 47
  48. 48
  49. 49
  50. 50
  51. 51
  52. 52
  53. 53
  54. 54
  55. 55
  56. 56
  57. 57
  58. 58
  59. 59
  60. 60
  61. 61
  62. 62
  63. 63
  64. 64
  65. 65
  66. 66
  67. 67
  68. 68
  69. 69
  70. 70
  71. 71
  72. 72
  73. 73
  74. 74
  75. 75
  76. 76
  77. 77
  78. 78
  79. 79
  80. 80
  81. 81
  82. 82
  83. 83
  84. 84
  85. 85
  86. 86
  87. 87
  88. 88
  89. 89
  90. 90
  91. 91
  92. 92
  93. 93
  94. 94
  95. 95
  96. 96
  97. 97
  98. 98
  99. 99
  100. 100
  101. 101
  102. 102
  103. 103
  104. 104
  105. 105
  106. 106
  107. 107
  108. 108
  109. 109
  110. 110
  111. 111
  112. 112
  113. 113
  114. 114
  115. 115
  116. 116
  117. 117
  118. 118
  119. 119
  120. 120
  121. 121
  122. 122
  123. 123
  124. 124
  125. 125
  126. 126
  127. 127
  128. 128
  129. 129
  130. 130
  131. 131
  132. 132
  133. 133
  134. 134
  135. 135
  136. 136
  137. 137
  138. 138
  139. 139
  140. 140
  141. 141
  142. 142
  143. 143
  144. 144
  145. 145
  146. 146
  147. 147
  148. 148
  149. 149
  150. 150

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.