Pular para o conteúdo
Publicidade

MAZMUR 65

Pujian dan Kesyukuran

1 Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud. Lagu.

2 Kami patut memuji Engkau di Sion, ya Allah,

dan memenuhi janji kami kepada-Mu,

3 kerana Engkau mengabulkan doa.

Semua orang akan datang kepada-Mu

4 kerana mereka berdosa.

Dosa-dosa kami terlalu berat bagi kami,Sebuah terjemahan kuno:kami; Naskhah Ibrani:aku.

tetapi Engkau mengampunkan dosa kami.

5 Berbahagialah mereka yang telah Engkau pilih,

mereka yang Engkau bawa tinggal di Rumah-Mu.

Kami akan dipuaskan dengan segala yang baik di Rumah-Mu,

berkat-Mu untuk kami di kediaman-Mu yang suci.

6 Engkau menjawab seruan kami dengan memberi kami kemenangan;

Engkau menyelamatkan kami dengan melakukan hal-hal yang menakjubkan.

Engkau harapan orang di seluruh dunia,

dan orang di seberang laut yang jauh.

7 Dengan kekuatan-Mu, Engkau menegakkan gunung pada tempatnya,

untuk menunjukkan kuasa-Mu yang besar.

8 Engkau meredakan deruan lautan dan gemuruh ombak;

Engkau menenangkan kegemparan bangsa-bangsa.

9 Semua penduduk bumi takut dan hormat,

ketika melihat perbuatan-perbuatan-Mu yang hebat.

Tindakan-Mu membawa sorakan riang

di seluruh bumi dari hujung ke hujung.

10 Engkau memelihara bumi dengan menurunkan hujan;

Engkau menjadikan tanahnya baik dan subur.

Engkau mengisi anak sungai dengan air;

Engkau menumbuhkan tanaman di bumi.

Begitulah perbuatan-Mu.

11 Engkau menurunkan hujan lebat

dan mengairi ladang yang dibajak;

Engkau menggemburkan tanah dengan curahan hujan

dan menjadikan tanaman tumbuh dengan subur.

12 Betapa banyaknya hasil tanaman kerana kebaikan-Mu!

Ke mana sahaja Engkau pergi, makanan berlimpah selalu.

13 Padang rumput penuh dengan ternakan;

bukit-bukit penuh dengan kegembiraan.

14 Ladang-ladang penuh dengan domba,

lembah-lembah penuh dengan gandum;

semuanya bersorak dan bernyanyi dengan gembira.

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também