Pular para o conteúdo
Publicidade

MAZMUR 150

Pujilah TUHAN!

1 Pujilah TUHAN!

Pujilah Allah di Rumah-Nya!

Pujilah kekuatan-Nya di angkasa-Nya!

2 Pujilah Dia kerana perbuatan-Nya yang perkasa!

Pujilah keagungan-Nya!

3 Pujilah Dia dengan trompet!

Pujilah Dia dengan gambus dan kecapi!

4 Pujilah Dia dengan tamburin dan tarian!

Pujilah Dia dengan kecapi dan seruling!

5 Pujilah Dia dengan simbal kecil yang berdenting!

Pujilah Dia dengan simbal besar yang berdentang!

6 Pujilah TUHAN, hai semua makhluk yang hidup!

Pujilah TUHAN!

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também