Pular para o conteúdo
Publicidade

Mazmur 74

Doa untuk Kebebasan Bangsa

1 Sajak Asaf.

Mengapakah Engkau meninggalkan kami begini,

ya Allah?

Murkakah Engkau kepada umat-Mu selama-lamanya?

2 Ingatlah umat yang Engkau pilih sejak dahulu,

bangsa yang Engkau bebaskan daripada perhambaan untuk menjadi umat-Mu.

Ingatlah akan Bukit , tempat kediaman-Mu dahulu.

3 Datanglah ke tempat yang sudah habis binasa ini;

segala yang ada di dalam Rumah-Mu telah dimusnahkan musuh kami.

4 Musuh-Mu bersorak-sorak di Rumah-Mu;

mereka mengibarkan panji-panji kemenangan di situ.

5 Mereka kelihatan seperti penebang kayu

yang menebang pokok dengan kapak.

6 Mereka menghancurkan segala tembok kayu

dengan kapak dan palu.

7 Mereka membakar Rumah-Mu sampai musnah;

mereka menajiskan tempat Engkau disembah.

8 Mereka berniat menghancurkan kami sama sekali;

mereka membakar segala tempat ibadat di negeri ini.

9 Nabi-nabi dan tanda-tanda ajaib tidak kelihatan lagi,

dan tiada seorang pun yang tahu sampai bila keadaan terus begini.

10 Sampai bilakah, ya Allah, musuh kami mengejek Engkau?

Adakah sampai selamanya mereka menghina Engkau?

11 Mengapakah Engkau enggan menolong kami?

Mengapakah Engkau tidak melakukan apa-apa untuk membantu kami?

12 Tetapi ya Allah, sejak dahulu kala Engkaulah raja kami;

Engkau selalu memberi kami kemenangan di negeri ini.

13 Kel 14.21 Dengan kekuatan yang hebat Engkau membelah laut

dan meremukkan kepala makhluk-makhluk laut.

14 Ayb 41.1;Mzm 104.26;Yes 27.1 Engkau menghancurkan kepala-kepala Lewiatan,Lewiatan: Lihat Kamus.

dan memberikan bangkainya kepada haiwanhaiwan; atau orang. gurun sebagai makanan.

15 Engkau membuat mata air dan sungai mengalir;

Engkau mengeringkan sungai-sungai yang besar.

16 Engkau mencipta siang dan malam;

Engkau menentukan tempat matahari dan bulan;

17 Engkau menentukan batas-batas bumi;

Engkau mencipta musim panas dan musim sejuk.

18 Tetapi ingatlah, ya TUHAN, bagaimana musuh-Mu mentertawakan Engkau;

mereka tidak mengenal Engkau dan mereka menghina Engkau.

19 Jangan serahkan umat-Mu yang tidak berdaya kepada musuh yang kejam;

jangan lupa akan umat-Mu yang dianiaya!

20 Ingatlah perjanjian yang telah Engkau buat dengan kami,

kerana terdapat keganasan di segala tempat gelap di negeri ini.

21 Jangan biarkan orang yang tertindas dipermalukan,

semoga orang yang miskin dan melarat memberi Engkau pujian.

22 Bangkitlah, ya Allah, dan belalah perkara-Mu

kerana sepanjang hari Engkau dihina oleh bangsa yang tidak mengenal Engkau.

23 Jangan lupakan teriakan musuh-Mu yang marah,

keriuhan mereka yang tidak sudah-sudah.

Lugar Bíblico
Monte / Elevação
Monte Sião
Hoje: Monte Sião, Jerusalém
יְרוּשָׁלִַ֫םyerushalaimἹερουσαλήμHierousalēm
Monte Sião é o monte onde habita o Senhor dos Exércitos. De Jerusalém e desse monte sairão sobreviventes (2 Reis 19:31).
31,77° N, 35,23° L
Citado em 25 versículosTb.: Sião
Ver página completa
Todos os capítulos de Mazmur 150
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
  21. 21
  22. 22
  23. 23
  24. 24
  25. 25
  26. 26
  27. 27
  28. 28
  29. 29
  30. 30
  31. 31
  32. 32
  33. 33
  34. 34
  35. 35
  36. 36
  37. 37
  38. 38
  39. 39
  40. 40
  41. 41
  42. 42
  43. 43
  44. 44
  45. 45
  46. 46
  47. 47
  48. 48
  49. 49
  50. 50
  51. 51
  52. 52
  53. 53
  54. 54
  55. 55
  56. 56
  57. 57
  58. 58
  59. 59
  60. 60
  61. 61
  62. 62
  63. 63
  64. 64
  65. 65
  66. 66
  67. 67
  68. 68
  69. 69
  70. 70
  71. 71
  72. 72
  73. 73
  74. 74
  75. 75
  76. 76
  77. 77
  78. 78
  79. 79
  80. 80
  81. 81
  82. 82
  83. 83
  84. 84
  85. 85
  86. 86
  87. 87
  88. 88
  89. 89
  90. 90
  91. 91
  92. 92
  93. 93
  94. 94
  95. 95
  96. 96
  97. 97
  98. 98
  99. 99
  100. 100
  101. 101
  102. 102
  103. 103
  104. 104
  105. 105
  106. 106
  107. 107
  108. 108
  109. 109
  110. 110
  111. 111
  112. 112
  113. 113
  114. 114
  115. 115
  116. 116
  117. 117
  118. 118
  119. 119
  120. 120
  121. 121
  122. 122
  123. 123
  124. 124
  125. 125
  126. 126
  127. 127
  128. 128
  129. 129
  130. 130
  131. 131
  132. 132
  133. 133
  134. 134
  135. 135
  136. 136
  137. 137
  138. 138
  139. 139
  140. 140
  141. 141
  142. 142
  143. 143
  144. 144
  145. 145
  146. 146
  147. 147
  148. 148
  149. 149
  150. 150

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.