Pular para o conteúdo
Publicidade

MAZMUR 11

Keyakinan terhadap TUHAN

1 Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud.

Aku yakin bahawa TUHAN akan melindungi aku.

Tidak ada gunanya berkata kepadaku,

"Terbanglah seperti burung ke gunung,Beberapa buah terjemahan: terbanglah seperti burung ke gunung; Naskhah Ibrani:larilah, hai burung, ke gunung-gunung kamu.

2 kerana di tempat yang gelap, orang jahat telah melengkungkan busur,

dan memasang anak panah untuk memanah orang baik.

3 Tiada apa-apa lagi yang dapat dilakukan orang baik

apabila tata tertib masyarakat musnah."

4 TUHAN berada di Rumah-Nya yang suci;

Dia mempunyai takhta di syurga.

Dia memperhatikan semua manusia

dan mengetahui segala perbuatan mereka.

5 Dia menguji orang baik dan orang jahat;

Dia sangat membenci orang yang mencintai keganasan.

6 Orang jahat dihukum-Nya dengan malapetaka,

dengan arangSebuah terjemahan kuno:arang; Naskhah Ibrani:perangkap. berapi, belerang, dan angin yang menghanguskan.

7 TUHAN adil dan mengasihi orang yang berbuat baik;

orang jujur akan melihat dan mengenal Dia.

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também