Pular para o conteúdo
Publicidade

MAZMUR 30

Doa Kesyukuran

1 Mazmur Daud. Lagu untuk pentahbisan Rumah TUHAN.

2 Aku memuji Engkau, ya TUHAN, kerana Engkau telah menyelamatkan aku

dan tidak membiarkan musuhku mentertawakan aku.

3 Aku berseru kepada-Mu meminta pertolongan, ya TUHAN, Allahku,

dan Engkau menyembuhkan aku.

4 Engkau menghalang aku turun ke alam maut,

dan menyelamatkan aku dari dunia orang mati.

5 Nyanyikanlah pujian kepada TUHAN,

hai umat-Nya yang setia!

Ingatlah perkara yang telah dilakukan Yang Maha Suci

dan bersyukurlah kepada-Nya!

6 Kemurkaan-Nya hanya sekejap sahaja,

tetapi kebaikan-Nya berlangsung sepanjang umur.

Air mata mungkin mengalir pada waktu malam,

tetapi fajar membawa kegembiraan.

7 Ketika aku berasa selamat, aku berkata,

"Aku tidak akan dikalahkan."

8 Engkau sungguh baik kepadaku, ya TUHAN;

seperti gunung yang kuat Engkau melindungi aku.

Tetapi apabila Engkau menyembunyikan diri daripadaku,

aku berasa takut.

9 Aku berseru kepada-Mu, ya TUHAN;

aku memohon pertolongan,

10 "Faedah apakah yang Kauperoleh daripada kematianku?

Keuntungan apakah yang Kaudapat jika aku masuk ke lubang kubur?

Adakah orang mati memuji-Mu?

Dapatkah mereka memberitakan kesetiaan-Mu?

11 Dengarlah aku, ya TUHAN, dan kasihanilah aku.

TUHAN tolonglah aku!"

12 Engkau telah mengubah kedukaanku menjadi tarian gembira;

Engkau telah mengambil kesedihanku dan meliputi aku dengan kegembiraan.

13 Maka aku tidak akan berdiam diri;

aku akan menyanyikan pujian kepada-Mu.

Ya TUHAN, Engkaulah Allahku,

aku akan bersyukur kepada-Mu selama-lamanya.

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também