Pular para o conteúdo
Publicidade

MAZMUR 20

Doa Minta Kemenangan

1 Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud.

2 Semoga TUHAN mengabulkan doamu pada waktu kesusahan.

Semoga kuasa Allah Yakub melindungi kamu.

3 Semoga Dia menghantar pertolongan dari Rumah-Nya

dan memberi kamu bantuan dari Bukit Sion.

4 Semoga Dia menerima segala persembahanmu

dan berkenan pada segala korbanmu.

5 Semoga Dia memberi kamu keinginanmu

dan menjayakan segala rancanganmu.

6 Lalu kami akan bersorak-sorak kerana kemenanganmu,

dan merayakan kemenanganmu dengan memuji Allah kita.

Semoga TUHAN mengabulkan segala permintaanmu.

7 Sekarang aku tahu bahawa TUHAN memberikan kemenangan

kepada raja pilihan-Nya;

dari syurga-Nya yang suci TUHAN mengabulkan permintaannya.

Oleh kuasa TUHAN, raja mendapat kemenangan yang besar.

8 Ada orang bergantung kepada kereta kuda mereka,

yang lain kepada kuda mereka,

tetapi kita yakin akan kuasa TUHAN, Allah kita.

9 Mereka akan tersandung dan jatuh,

tetapi kita akan bangkit dan berdiri teguh.

10 Berikanlah kemenangan kepada raja, ya TUHAN;

jawablahBeberapa terjemahan kuno:jawablah; Naskhah Ibrani:Dia akan menjawab. kami apabila kami berseru.

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também