Pular para o conteúdo
Publicidade

MAZMUR 54

Doa Minta Perlindungan

1 Untuk pemimpin koir. Dengan iringan kecapi. Sajak Daud, 2 1 Sam 23.19,26.1 pada masa orang Zif pergi kepada Raja Saul dan memberitahu baginda bahawa Daud bersembunyi di kawasan mereka.

3 Selamatkanlah aku dengan kuasa-Mu, ya Allah;

bebaskanlah aku dengan kekuatan-Mu.

4 Dengarlah doaku, ya Allah;

endahkanlah kata-kataku.

5 Orang sombong datang menyerang aku,

orang zalim ingin membunuh aku,

mereka tidak menghiraukan Allah.

6 Tetapi Allah ialah penolongku,

Tuhan ialah pembelaku.

7 Biar Allah menghukum musuhku dengan kejahatan mereka.

Ya Allah, binasakanlah mereka kerana Engkau setia kepadaku.

8 Ya TUHAN, aku rela mempersembahkan korban kepada-Mu;

aku mengucap syukur kepada Engkau kerana kebaikan-Mu.

9 Engkau telah menyelamatkan aku daripada segala kesusahan,

dan aku telah melihat musuhku dikalahkan.

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também