Pular para o conteúdo
Publicidade

Kidung Agung 6

Wanita-Wanita

1 Hai wanita yang paling jelita,

ke manakah kekasihmu pergi?

Katakanlah ke mana dia pergi,

supaya kami dapat menolong kamu mencari dia.

Wanita

2 Kekasihku telah pergi ke tamannya,

ke taman rempah-rempah

untuk menggembala ternakannya di taman,

sambil memetik bunga bakung.

3 Kekasihku kepunyaanku,

dan aku kepunyaannya;

dia sedang menggembala ternakannya di tengah-tengah bunga bakung.

Nyanyian Kelima

Lelaki

4 Hai sayangku, engkau secantik kota Yerusalem,

seindah kota .

Engkau sangat mempesonakan

seperti kota-kota yang besar itu.

5 Palingkanlah wajahmu daripadaku,

kerana pandanganmu membingungkan aku.

Rambutmu seperti kawanan kambing

yang menuruni bukit-bukit .

6 Gigimu putih seperti kawanan domba

yang baru dimandikan;

berpasangan seperti anak domba kembar,

tiada satu pun hilang.

7 Pipimu seperti belahan buah delima,

di balik tudungmu.

8 Biarpun ada enam puluh orang permaisuri,

dan lapan puluh orang gundik,

dan gadis yang tidak terbilang,

9 namun aku mengasihi seorang sahaja,

dan dia cantik seperti burung merpati;

anak tunggal kesayangan ibunya.

Semua gadis melihat dan memuji dia,

permaisuri dan gundik kagum akan dia.

10 Siapakah dia yang datang

seperti fajar merekah?

Dia seindah bulan purnama,

secerah sang suria.

11 Aku datang ke kebun badam

untuk melihat tanaman muda di lembah,

sama ada pokok anggur sudah bertunas,

dan sama ada pokok delima sudah berbunga.

12 Aku sangat merindukan cintamu,

seperti aku rindu menaiki kereta kuda bersama-sama para bangsawan.

Wanita-Wanita

13 Menarilah, menarilahmenarilah, menarilah; atau Kembalilah, kembalilah.

hai gadis Sulam.

Biarlah kami melihat engkau menari.

Wanita

Mengapa kamu ingin melihat aku

menari di tengah barisan penonton?

Lugar Bíblico
Cidade / Povoado
Tirza
Hoje: Tell el Farah
תִּרְצָהtirtsah
Tirza é a cidade onde reinaram os reis de Israel Baasa, Elá e Zinri, e onde Onri reinou seis anos; Baasa foi sepultado ali (1 Reis 16:23).
32,29° N, 35,34° L
Citado em 13 versículos
Ver página completa
Lugar Bíblico
Região / Território
Gileade
Hoje: Tell edh Dhahab esh Sherqiyeh
גִּלְעָדgilad
Gileade é a terra que Moisés deu a Maquir, de Manassés, e onde Rúben, Gade e metade da tribo de Manassés tinham sua própria terra. Dela eram Jair, que liderou Israel, e Elias (Números 32:40).
32,19° N, 35,69° L
Citado em 86 versículos
Ver página completa
Todos os capítulos de Kidung Agung 8
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.