Pular para o conteúdo
Publicidade

Casa de Deus

Por Bíblia Online

A casa de Deus é lugar de adoração, refúgio e encontro com o Sagrado. A Bíblia exalta o tabernáculo, o templo e a igreja como morada do Altíssimo entre seu povo.

A presença de Deus

Quão amáveis são os teus tabernáculos! Uma coisa pedi ao Senhor: habitar na casa do Senhor todos os dias da minha vida.

Berkatilah raja kami, ya Allah,

raja yang telah Engkau pilih.

Aku telah memohon satu perkara kepada TUHAN;

hanya satu sahaja yang aku minta;

untuk tinggal di dalam Rumah TUHAN sepanjang hidupku,

untuk menyaksikan segala kebaikan-Nya,

dan meminta bimbingan-Nya.

kerana mereka berdosa.

Dosa-dosa kami terlalu berat bagi kami,

tetapi Engkau mengampunkan dosa kami.

Pujian bagi Yerusalem

Lagu ziarah oleh Daud.

Aku gembira apabila orang berkata kepadaku,

"Marilah kita pergi ke rumah TUHAN."

Aku tahu Engkau baik kepadaku dan mengasihi aku seumur hidupku;

rumah-Mu akan menjadi rumahku sepanjang hidupku.

Orang salih akan melihat perbuatan ini dan berasa takut;

mereka akan mentertawakan engkau, dan berkata,

Aku bagaikan orang asing kepada saudara-saudaraku,

seperti orang luar kepada keluargaku.

O templo

Minha casa será chamada casa de oração. O zelo da tua casa me consumiu. O verdadeiro templo é o corpo do cristão.

Yesus Masuk ke Rumah Tuhan

Yesus masuk ke Rumah Tuhan, lalu mengusir semua orang yang berjual beli di situ. Dia menunggangbalikkan meja para penukar wang dan bangku para penjual burung merpati. Yesus berkata kepada mereka, "Di dalam Alkitab tertulis bahawa Allah berfirman, ‘Rumah-Ku akan disebut rumah tempat berdoa.’ Tetapi kamu menjadikannya tempat persembunyian perompak!"

Yesus Masuk ke Rumah Tuhan

Apabila sudah hampir Perayaan Paska orang Yahudi, Yesus pergi ke Yerusalem. Di dalam Rumah Tuhan, Dia menjumpai orang menjual lembu, domba, dan burung merpati; penukar wang pun berniaga di situ. Yesus membuat cemeti daripada tali, lalu mengusir semua orang dan binatang itu keluar dari Rumah Tuhan, baik domba mahupun lembu. Dia menunggangbalikkan meja penukar wang sehingga wang mereka berhamburan. Dia berkata kepada penjual burung merpati, "Angkat semuanya dari sini. Jangan jadikan rumah Bapa-Ku tempat berniaga!" Pengikut-pengikut-Nya lalu teringat akan ayat Alkitab yang mengatakan, "Kasih-Ku terhadap rumah-Mu, ya Allah, berkobar-kobar seperti api!"

Kamu tentu tahu bahawa tubuh kamu itu tempat kediaman Roh Allah. Roh itu tinggal di dalam kamu, dan Allah sendiri yang mengurniakan Roh itu kepada kamu. Diri kamu bukanlah milik kamu, tetapi milik Allah.

Tetapi jika aku terlambat, surat ini akan memberitahu engkau bagaimana kita harus hidup sebagai orang Kristian. Kita anggota keluarga Allah, iaitu jemaah Allah yang hidup. Jemaah inilah tiang dan penunjang ajaran yang benar tentang Allah.

Tetapi Kristus setia sebagai Anak yang bertanggungjawab terhadap rumah Allah. Kitalah rumah Allah, sekiranya kita tetap bersemangat dan tetap yakin untuk mendapat apa yang kita harapkan.

Nenek moyang kita mempunyai Khemah Tuhan yang bersama-sama mereka di padang gurun. Khemah itu dibuat seperti yang diperintahkan oleh Allah kepada Musa, dan menurut contoh yang ditunjukkan oleh Allah kepada Musa. Kemudian, nenek moyang kita menerima khemah itu daripada bapa mereka. Khemah itu dibawa oleh mereka ketika mengikut Yosua merebut negeri kita ini daripada kekuasaan bangsa-bangsa yang diusir oleh Allah di hadapan mereka. Khemah itu di situ sehingga zaman Daud. Daud menyenangkan hati Allah dan memohon izin daripada Allah untuk membina sebuah rumah bagi Allah yang disembah oleh Yakub.Tetapi Salomo itulah yang membina rumah itu untuk Allah.

Tetapi Allah Yang Maha Tinggi tidak tinggal di dalam rumah buatan manusia, kerana di dalam kitab nabi tertulis,

‘Langit takhta-Ku, dan bumi alas kaki-Ku.

Rumah apakah yang mahu kamu bina untuk-Ku?

Di manakah tempat kediaman-Ku?

Bukankah Aku sendiri yang menjadikan segala sesuatu?’ begitulah firman Allah.

TUHAN Mengadili Bangsa-Bangsa

TUHAN berfirman, "Langit ialah takhta-Ku, dan bumi ialah bangku kaki untuk-Ku. Rumah apakah dapat kamu bina bagi-Ku? Tempat kediaman jenis apakah yang sesuai untuk-Ku? Aku sendiri yang menciptakan alam semesta. Aku suka kepada orang yang rendah hati dan bertaubat, yang takut dan taat kepada-Ku.

Kemudian Yakub bangun dan berkata, "TUHAN ada di sini, di tempat ini, tetapi baru sekarang aku mengetahuinya!" Yakub berasa takut lalu berkata, "Alangkah seramnya tempat ini! Tentulah ini rumah Allah, pintu gerbang syurga."

Seja o primeiro

Este artigo te tocou? Faça uma oração!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.