Pular para o conteúdo
Publicidade

1 Tawarikh 14

Hal-Hal yang Dilakukan Raja Daud di Yerusalem

2 Samuel 5:11-16

1 Raja dari Tirus mengutus duta-dutanya kepada Raja Daud, dan mengirim juga kayu sedar, tukang kayu, serta tukang batu untuk membina istana. 2 Oleh itu Raja Daud sedar bahawa TUHAN telah mengukuhkan kedudukan baginda sebagai raja Israel dan menguatkan kerajaan baginda untuk kepentingan umat TUHAN.

3 Di Yerusalem, Raja Daud mengambil beberapa orang isteri lagi, lalu mendapat lebih banyak putera dan puteri. 4 Inilah putera-puteranya yang dilahirkan di Yerusalem: Syamua, Sobab, Natan, Salomo, 5 Yibhar, Elisua, Elpelet, 6 Nogah, Nefeg, Yafia, 7 Elisama, Beelyada,Beelyada: Dalam 3.8, dia disebut Elyada. dan Elifelet.

Kemenangan atas Orang Filistin

2 Samuel 5:17-25

8 Apabila orang Filistin mendengar bahawa Raja Daud telah menjadi raja seluruh Israel, mereka datang untuk menangkap baginda. Oleh itu Raja Daud pergi berperang melawan mereka. 9 Orang Filistin tiba di Lembah dan mula merompak. 10 Mendengar hal itu, Raja Daud bertanya kepada Allah, "Haruskah aku menyerang orang Filistin? Adakah Engkau memberi aku kemenangan?"

TUHAN menjawab, "Seranglah! Aku akan memberi engkau kemenangan!"

11 Oleh itu Raja Daud menyerang orang Filistin di Baal-Perasim dan mengalahkan mereka. Raja Daud bertitah, "Umpama banjir besar, Allah telah menembusi pertahanan musuh dengan perantaraan beta." Itulah sebabnya tempat itu dinamakan Baal-Perasim.Baal-Perasim: Dalam bahasa Ibrani, nama ini bererti "Tuhan yang menembusi".12 Apabila tentera Filistin lari, mereka meninggalkan patung-patung berhala mereka. Raja Daud memberikan perintah untuk membakar patung-patung itu.

13 Tidak lama kemudian, orang Filistin kembali semula ke Lembah Refaim dan merompak lagi. 14 Sekali lagi Raja Daud meminta petunjuk daripada Allah, dan Allah menjawab, "Jangan serang mereka dari sini, tetapi berjalanlah berkeliling dan seranglah mereka dari seberang, dekat pokok-pokok kertau. 15 Apabila engkau mendengar bunyi derap di atas pokok-pokok itu, lancarkanlah serangan, kerana Aku akan berjalan mendahului kamu untuk mengalahkan tentera Filistin." 16 Raja Daud menurut perintah Allah kepadanya. Raja Daud dan pasukannya memukul mundur orang Filistin, bermula dari sampai ke . 17 Oleh itu nama Raja Daud termasyhur ke merata tempat, dan TUHAN menyebabkan semua bangsa takut kepada Raja Daud.

Pessoa
H2438
Hirão
חִירוֹםchiyrom
Hirão, rei de Tiro, foi amigo de Davi e de Salomão e mandou cedros e madeireiros para construir o palácio de Davi e o templo do Senhor (1 Reis 5:10).
Citado em 23 versículos
Ver página completa
Lugar Bíblico
Vale
Vale de Refaim
Hoje: Vale de Refaim, Jerusalém
רְפָאִים עֵ֫מֶקrephaim emeq
O Vale de Refaim é o vale onde os filisteus se espalharam e acamparam nos dias de Davi; uma fronteira passava pela montanha ao norte do vale, perto de Jerusalém (2 Samuel 5:18).
31,76° N, 35,22° L
Citado em 8 versículosTb.: Refaim
Ver página completa
Lugar Bíblico
Cidade / Povoado
Gibeom
Hoje: El Jib
גִּבְעוֹןgivon
Gibeom é a cidade cujos moradores fizeram paz com Israel e pediram socorro a Josué contra os reis amorreus. Josué disse ao sol que parasse sobre Gibeom (Josué 10:12).
31,85° N, 35,18° L
Citado em 39 versículosTb.: Gibeão
Ver página completa
Lugar Bíblico
Cidade / Povoado
Gezer
Hoje: Tel Gezer
גֶּ֫זֶרgezer
Gezer é uma cidade de cananeus que o faraó do Egito conquistou e incendiou, entregando-a como presente de casamento à própria filha, mulher de Salomão (1 Reis 9:16).
31,86° N, 34,92° L
Citado em 14 versículos
Ver página completa
Todos os capítulos de 1 Tawarikh 29
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
  21. 21
  22. 22
  23. 23
  24. 24
  25. 25
  26. 26
  27. 27
  28. 28
  29. 29

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.