1-3 Im 10.1-2Harun mempunyai empat orang anak lelaki: Nadab, Abihu, Eleazar, dan Itamar. Nadabdan Abihumeninggal lebih dahulu daripada bapa mereka tanpa mempunyai anak. Oleh itu saudara-saudara mereka, Eleazardan Itamar, menjadi imam. Raja Daud membahagikan keturunan Harun kepada kumpulan-kumpulan menurut tugas mereka. Dalam pembahagian itu Raja Daud dibantu oleh Zadokketurunan Eleazardan oleh Ahimelekh keturunan Itamar. 4 Keturunan Eleazardibahagikan kepada enam belas kumpulan, sedangkan keturunan Itamardibahagikan kepada lapan kumpulan, kerana dalam keturunan Eleazarada lebih banyak lelaki yang menjadi ketua keluarga. 5 Oleh sebab di kalangan keturunan Eleazardan Itamarada yang menjadi pegawai-pegawai di Rumah TUHAN dan pemimpin-pemimpin agama, pembahagian tugas dilaksanakan dengan cara undi. 6 Keturunan Eleazardan Itamarbergilir-gilir membuang undi. Lalu nama-nama mereka dicatat oleh seorang setiausaha yang bernama Semaya anak Netaneel, orang Lewi. Semuanya dilaksanakan di hadapan raja bersama-sama para pegawainya, Imam Zadok, Ahimelekh anak Abyatar, serta ketua-ketua keluarga golongan imam, dan ketua-ketua keluarga golongan Lewi.
7-18 Inilah nombor susunan giliran tugas menurut keputusan undian bagi dua puluh empat kumpulan itu:
19 Nama semua orang itu dicatat menurut giliran mereka untuk masuk ke Rumah TUHAN dan melaksanakan tugas ibadat yang telah ditetapkan oleh Harun, nenek moyang mereka, menurut perintah TUHAN, Allah Israel.
Senarai Orang Lewi
20 Selain itu, dalam keturunan Lewi termasuk juga ketua-ketua keluarga yang berikut: Yehdeya, keturunan Amramdaripada jurai keturunan Subael;
21 Yisia, keturunan Rehabya;
22 Yahat, keturunan Yizhar daripada jurai keturunan Selomot;
23 Yeria, Amarya, Yahaziel, dan Yekameam anak-anak Hebron menurut urutan umur mereka;
24 Samir, keturunan Uzieldaripada jurai keturunan Mikha;
25 Zakharia, keturunan Uziel daripada jurai keturunan Yisia saudara Mikha;
26 Mahli, Musi, dan Yaazia, keturunan Merari.
27 Yaazia mempunyai tiga orang anak lelaki: Syoham, Zakur, dan Hibri. 28,29 Mahlimempunyai dua orang anak lelaki bernama Eleazardan Kish. Eleazartidak mempunyai anak lelaki, tetapi Kishmempunyai seorang anak lelaki bernama Yerahmeel. 30 Musimempunyai tiga orang anak lelaki: Mahli, Eder, dan Yerimot.
Itulah keluarga-keluarga dalam suku Lewi.
31 Untuk menentukan giliran tugas mereka, setiap ketua keluarga bersama-sama seorang adiknya yang lelaki membuang undi seperti yang dilakukan oleh sanak saudara mereka, iaitu para imam keturunan Harun. Pembuangan undi itu disaksikan oleh Raja Daud bersama-sama Zadok, Ahimelekh, serta ketua-ketua keluarga daripada golongan imam dan golongan orang Lewi.
Pessoa
Tribo de Levi
Nadabe
נָדַבnadav
Nadabe, filho mais velho de Arão, morreu com o irmão Abiú ao oferecer fogo estranho diante do Senhor, no deserto do Sinai. Não teve filhos (Números 3:4).
Nadabe, filho mais velho de Arão, morreu com o irmão Abiú ao oferecer fogo estranho diante do Senhor, no deserto do Sinai. Não teve filhos (Números 3:4).