1 Beberapa waktu kemudian, Raja Daud menyerang dan mengalahkan orang Filistin, serta merebut kota Gatdan pekan-pekan di sekitarnya. 2 Raja Daud juga mengalahkan orang Moabsehingga mereka takluk dan membayar ufti kepadanya.
3 Kemudian Raja Daud mengalahkan Raja Hadadezer, pemerintah di Zoba dekat wilayah Hamatdi negeri Siria. Pada masa itu Raja Hadadezerdalam perjalanan untuk menguasai wilayah dekat hulu Sungai Efrat. 4 Raja Daud merampas 1,000 buah kereta kuda, dan menawan 7,000 orang tentera berkuda serta 20,000 orang tentera berjalan kaki. Baginda melumpuhkan semua kuda, kecuali beberapa ekor, yang cukup untuk menarik 100 buah kereta kuda.
5 Apabila orang Siriadari Damsyik mengirim tentera untuk menolong Raja Hadadezer, Raja Daud menyerang tentera itu dan membunuh 22,000 orang. 6 Kemudian Raja Daud mendirikan perkhemahan tentera di wilayah mereka, lalu mereka takluk dan membayar ufti kepada baginda. TUHAN memberikan kemenangan kepada Raja Daud di mana sahaja baginda berperang. 7 Raja Daud merampas perisai-perisai emas yang digunakan oleh para pegawai Raja Hadadezer, lalu membawa semuanya ke Yerusalem. 8 1 Raj 7.40-47;2 Taw 4.11-18Selain itu Raja Daud juga menjarah banyak sekali gangsa dari Tibhatdan Kun, kota-kota yang dahulu dikuasai oleh Raja Hadadezer. (Pada kemudian hari, gangsa itu digunakan oleh Raja Salomo untuk membuat tangki, tiang-tiang, dan perkakas ibadat di Rumah TUHAN.)
9 Raja Tou, pemerintah negeri Hamat, mendengar bahawa Raja Daud telah mengalahkan segenap tentera Raja Hadadezer. 10 Oleh itu Raja Toumengutus Yoram, puteranya untuk menyampaikan salam kepada Raja Daud dan mengucapkan tahniah atas kemenangannya terhadap Raja Hadadezer. Raja Tousendiri telah banyak kali berperang melawan Raja Hadadezer. Yoram menghadap Raja Daud dengan membawa banyak hadiah daripada emas, perak, dan gangsa. 11 Raja Daud mempersembahkan semua hadiah itu kepada TUHAN untuk digunakan dalam upacara ibadat. Demikian juga yang dilakukan oleh Raja Daud dengan barang-barang perak dan emas yang telah dijarahnya daripada bangsa-bangsa yang dikalahkan baginda, iaitu bangsa Edom, Moab, Amon, Filistin, dan Amalek.
12 Mzm 60.2Abisai, (ibunya bernama Zeruya) mengalahkan dan membunuh 18,000 orang Edomdi Lembah Asin, 13 lalu mendirikan perkhemahan tentera di seluruh negeri Edom. Oleh itu orang Edomtakluk kepada Raja Daud. TUHAN memberikan kemenangan kepada Raja Daud di mana sahaja baginda berperang.
14 Raja Daud memerintah seluruh Israel dan memastikan supaya rakyatnya selalu diperlakukan dengan adil dan baik. 15-17 Inilah pegawai-pegawai tinggi yang dilantik oleh Raja Daud:
Panglima angkatan tentera: Yoab, abang AbisaiSetiausaha negara: Yosafat anak AhiludImam-imam: Zadokanak Ahitubdan Ahimelekh anak AbyatarSetiausaha istana: SausaKetua pengawal peribadi raja: Benaya anak Yoyada
Sausa: Sausa: Dalam 2 Sam 8.17 dia disebut Seraya.
Putera-putera Raja Daud memegang jawatan penting dalam pemerintahan baginda.
Lugar Bíblico
Cidade / Povoado
Gate
Hoje: Tell es-Safi (Gate), Israel
גַּתgat
Gate foi uma cidade dos filisteus, para onde Davi fugiu, e Saul parou de persegui-lo. Os filisteus também enviaram para lá a arca do Deus de Israel (1 Samuel 27:4).
Moabe é uma terra governada por reis, como Eglom e Balaque, onde Davi pediu ao rei que acolhesse seus pais; fogo e castigo são anunciados contra ela (Amós 2:2).
Síria é uma terra cujos reis guerrearam contra Israel: Davi derrotou os sírios, e Hazael, rei da Síria, oprimiu Israel durante todo o reinado de Jeoacaz (2 Reis 13:22).
Hamate é uma terra onde ficava Ribla, lugar em que Zedequias foi levado a Nabucodonosor, rei da Babilônia, que lhe pronunciou a sentença (Jeremias 39:5).
Edom é a terra de Seir, onde vivia Esaú, irmão de Jacó. O rei de Edom negou a Israel passagem por sua terra, e Edom se rebelou contra Judá (2 Reis 8:22).
Moabe é uma terra governada por reis, como Eglom e Balaque, onde Davi pediu ao rei que acolhesse seus pais; fogo e castigo são anunciados contra ela (Amós 2:2).
Amom é a terra dos amonitas, descendentes de Ben-Ami, com Rabá por capital. Os amonitas guerrearam contra Israel nos dias de Jefté, e Joabe arrasou a terra deles enquanto Davi estava em Jerusalém (1 Crônicas 20:1).
Abisai foi filho de Zeruia e irmão de Joabe, e serviu Davi na guerra. Entrou de noite com Davi no acampamento de Saul e pediu para cravar a lança em Saul, mas Davi não permitiu (1 Samuel 26:9).
Edom é a terra de Seir, onde vivia Esaú, irmão de Jacó. O rei de Edom negou a Israel passagem por sua terra, e Edom se rebelou contra Judá (2 Reis 8:22).
Edom é a terra de Seir, onde vivia Esaú, irmão de Jacó. O rei de Edom negou a Israel passagem por sua terra, e Edom se rebelou contra Judá (2 Reis 8:22).
Edom é a terra de Seir, onde vivia Esaú, irmão de Jacó. O rei de Edom negou a Israel passagem por sua terra, e Edom se rebelou contra Judá (2 Reis 8:22).