Pular para o conteúdo
Publicidade

Céu

Por Bíblia Online

O céu é a morada eterna de Deus e a esperança final do cristão. A Bíblia descreve o céu como lugar de glória, alegria e comunhão perfeita com o Criador.

A morada de Deus

Na casa de meu Pai há muitas moradas. Os céus declaram a glória de Deus — e um dia habitaremos lá eternamente.

Di dalam rumah Bapa-Ku terdapat banyak tempat kediaman, dan Aku akan pergi menyediakan tempat untuk kamu. Aku tidak akan berkata demikian kepada kamu, sekiranya hal itu tidak begitu.

Kemuliaan Allah dalam Ciptaan-Nya

Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud.

Betapa terangnya langit menyatakan kemuliaan Allah!

Betapa jelasnya cakerawala menunjukkan perbuatan-Nya!

Kasih-Mu lebih tinggi daripada langit,

dan kesetiaan-Mu sampai ke awan yang tinggi.

Pertolongan kita datang daripada TUHAN,

yang menjadikan langit dan bumi.

Siapa lagi yang aku miliki di syurga kecuali Engkau?

Tiada lagi yang aku ingini di bumi ini selain Engkau.

Kisah Penciptaan

Pada mulanya, ketika Allah mula menciptakan alam semesta,bumi belum berbentuk dan masih kacau-bilau. Samudera yang bergelora, yang menutupi segala sesuatu, diliputi oleh kegelapan yang pekat, tetapi kuasa Allah bergerak di atas permukaan air.

TUHAN membina tempat tinggal-Nya di angkasa,

di atas bumi dipasang-Nya langit sebagai kubah.

Dia memanggil air dari lautan,

dan mencurahkannya di daratan,

TUHAN itulah nama-Nya.

Tiada seorang pun dapat menyembunyikan diri daripada pandangan-Ku, kerana Aku hadir di mana-mana, di syurga dan di bumi.

"Ya TUHAN Raja, Engkaulah yang menciptakan langit dan bumi dengan kuasa dan kekuatan-Mu yang besar. Tiada yang terlalu sukar bagi-Mu.

Cidadania celestial

A nossa cidadania está nos céus. Ajuntai tesouros no céu, não na terra. O céu é a pátria do cristão.

Tetapi kewarganegaraan kita di syurga. Dengan penuh harapan kita menanti-nantikan kedatangan Penyelamat kita, Tuhan Yesus Kristus dari syurga.

Harta di Syurga

"Jangan kumpulkan harta di dunia, kerana di situ gegat dan karat merosakkannya, dan pencuri datang untuk mencurinya. Kumpulkanlah harta di syurga, kerana di situ gegat dan karat tidak dapat merosakkannya, dan pencuri tidak datang untuk mencurinya.

Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, "Biarlah kanak-kanak itu datang kepada-Ku! Jangan larang mereka, kerana orang seperti inilah yang menikmati Pemerintahan Allah."

Yesus berkata kepadanya, "Jika kamu hendak menjadi sempurna, pergilah jual segala sesuatu yang kamu miliki, dan berikan wangnya kepada orang miskin, maka kamu akan beroleh harta di syurga. Kemudian marilah, ikutlah Aku."

Langit dan bumi akan lenyap, tetapi firman-Ku kekal selama-lamanya."

Hendaklah kamu memusatkan fikiran kepada perkara-perkara yang di syurga, bukan kepada perkara-perkara yang di bumi.

Esperança eterna

Seremos arrebatados para encontrar o Senhor nos ares. Ainda não se manifestou o que havemos de ser — mas seremos semelhantes a Ele.

Pada masa itu malaikat agung akan berseru dengan suara yang kuat dan trompet Allah dibunyikan, lalu Tuhan sendiri akan turun dari syurga. Mereka yang percaya kepada Kristus dan sudah meninggal dunia akan dihidupkan terlebih dahulu. Kemudian kita yang masih hidup pada waktu itu akan diangkat bersama-sama mereka ke awan untuk berjumpa dengan Tuhan di angkasa. Lalu kita akan bersama-sama Tuhan selama-lamanya.

Sahabat-sahabat yang aku kasihi! Kita sekarang anak-anak Allah, tetapi keadaan kita kelak belum jelas. Tetapi kita tahu bahawa apabila Kristus datang, kita akan menjadi seperti Dia, kerana kita akan melihat Dia dalam keadaan-Nya yang sebenarnya. Setiap orang yang mempunyai harapan ini kepada Kristus, menjaga dirinya supaya suci, sebagaimana Kristus pun suci.

Tuhan juga akan menyelamatkan aku daripada segala kejahatan. Dia akan membawa aku dengan selamat ke dalam Kerajaan-Nya di syurga. Hendaklah Dia dimuliakan selama-lamanya! Amin.

Yesus Diangkat ke Syurga

Kemudian Yesus membawa mereka ke luar kota sehingga ke Betania. Di situ Dia mengangkat tangan-Nya lalu memberkati mereka. Sementara Yesus memberkati mereka, Dia terangkat ke syurga, lalu meninggalkan mereka.

Setelah Yesus berkata demikian, Dia diangkat ke syurga, sementara mereka memandang Dia. Lalu awan menutupi Dia daripada pandangan mereka.

Hal itu demikian kerana kita tidak berjuang melawan manusia, tetapi melawan segala kuasa jahat di angkasa, iaitu roh-roh yang berkuasa dan yang memerintah zaman yang gelap ini.

Adakah kita membawa sesuatu ke dalam dunia ini? Tidak! Dapatkah kita membawa sesuatu ke luar dunia ini? Tidak! Oleh itu, cukuplah jika kita mempunyai pakaian dan makanan.

Setinggi langit dari bumi,

setinggi itulah jalan-Ku daripada jalanmu,

dan fikiran-Ku daripada fikiranmu.

Segala Sesuatu Ada Waktunya

Segala sesuatu di dunia ini berlaku pada waktu yang ditentukan Allah.

Hal ini tidak adil. Kita pergi seperti kita datang. Kita bersusah payah untuk mengejar angin dan apakah hasilnya?

Seja o primeiro

Este artigo te tocou? Faça uma oração!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.