Pular para o conteúdo
Publicidade

Mazmur 73

BUKU KETIGA

(Mazmur 73—89)

Keadilan Allah

1 Mazmur Asaf.

Allah sungguh baik kepada umat Israel,

kepada mereka yang berhati murni.

2 Tetapi hatiku bimbang,

imanku hampir hilang,

3 kerana aku cemburu terhadap orang sombong,

ketika aku melihat orang jahat menjadi makmur.

4 Mereka tidak sakit;

mereka kuat dan sihat.

5 Mereka tidak menanggung penderitaan,

tidak ditimpa kesusahan seperti orang lain.

6 Oleh itu mereka bersikap sombong,

dan selalu bertindak dengan ganas;

7 hati mereka penuh dengan kejahatan,

dan fikiran mereka sibuk dengan rancangan kejam.

8 Mereka mentertawakan orang lain dan mengatakan yang jahat,

mereka sombong dan merancang untuk menindas orang.

9 Mereka mengeji Allah yang di syurga,

dan bercakap dengan sombong kepada manusia di bumi,

10 sehingga umat Allah pun mendengarkan mereka

dan yakin akan segala yang diucapkan mereka.

11 Mereka berkata, "Pasti Allah tidak tahu akan apa yang berlaku;

Yang Maha Tinggi tidak akan mengetahui perbuatan kita."

12 Begitulah keadaan orang jahat;

hidup mereka senang dan harta mereka terus bertambah.

13 Sia-sia sahaja aku menjaga hatiku supaya suci,

tiada gunanya aku menjauhi dosa.

14 Ya Allah, sepanjang hari aku menderita;

setiap pagi aku diseksa.

15 Sekiranya aku berkata begitu,

aku mengkhianati umat-Mu.

16 Aku cuba memahami hal itu,

tetapi terlalu sukar bagiku,

17 sehingga aku masuk ke dalam Rumah-Mu,

barulah aku memahami kesudahan semua orang jahat itu.

18 Engkau pasti meletakkan mereka di tempat-tempat yang licin

dan menyebabkan mereka jatuh dan binasa.

19 Mereka dibinasakan dengan serta-merta;

sungguh dahsyat kesudahan mereka.

20 Mereka umpama mimpi yang menghilang pada waktu pagi,

ketika Engkau bangkit,

ya Tuhan, mereka pun lenyap.

21 Ketika aku sakit hati,

dan perasaanku dilukai,

22 aku bodoh seperti binatang;

aku tidak faham akan kehendak-Mu.

23 Namun aku tetap di samping-Mu,

dan Engkau memegang tangan kananku.

24 Engkau membimbing aku dengan nasihat,

dan kelak Engkau menyambut aku dengan kehormatan.

25 Siapa lagi yang aku miliki di syurga kecuali Engkau?

Tiada lagi yang aku ingini di bumi ini selain Engkau.

26 Sekalipun jiwa ragaku menjadi lemah,

Engkaulah kekuatanku, ya Allah;

hanya Engkau yang aku perlukan selama-lamanya.

27 Orang yang meninggalkan Engkau pasti musnah,

Engkau akan membinasakan mereka yang tidak setia kepada-Mu.

28 Tetapi bagiku, sungguh baik berada di samping Allah.

Aku mendapat perlindungan daripada TUHAN Raja,

dan aku akan memberitakan segala perbuatan-Nya.

Todos os capítulos de Mazmur 150
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
  21. 21
  22. 22
  23. 23
  24. 24
  25. 25
  26. 26
  27. 27
  28. 28
  29. 29
  30. 30
  31. 31
  32. 32
  33. 33
  34. 34
  35. 35
  36. 36
  37. 37
  38. 38
  39. 39
  40. 40
  41. 41
  42. 42
  43. 43
  44. 44
  45. 45
  46. 46
  47. 47
  48. 48
  49. 49
  50. 50
  51. 51
  52. 52
  53. 53
  54. 54
  55. 55
  56. 56
  57. 57
  58. 58
  59. 59
  60. 60
  61. 61
  62. 62
  63. 63
  64. 64
  65. 65
  66. 66
  67. 67
  68. 68
  69. 69
  70. 70
  71. 71
  72. 72
  73. 73
  74. 74
  75. 75
  76. 76
  77. 77
  78. 78
  79. 79
  80. 80
  81. 81
  82. 82
  83. 83
  84. 84
  85. 85
  86. 86
  87. 87
  88. 88
  89. 89
  90. 90
  91. 91
  92. 92
  93. 93
  94. 94
  95. 95
  96. 96
  97. 97
  98. 98
  99. 99
  100. 100
  101. 101
  102. 102
  103. 103
  104. 104
  105. 105
  106. 106
  107. 107
  108. 108
  109. 109
  110. 110
  111. 111
  112. 112
  113. 113
  114. 114
  115. 115
  116. 116
  117. 117
  118. 118
  119. 119
  120. 120
  121. 121
  122. 122
  123. 123
  124. 124
  125. 125
  126. 126
  127. 127
  128. 128
  129. 129
  130. 130
  131. 131
  132. 132
  133. 133
  134. 134
  135. 135
  136. 136
  137. 137
  138. 138
  139. 139
  140. 140
  141. 141
  142. 142
  143. 143
  144. 144
  145. 145
  146. 146
  147. 147
  148. 148
  149. 149
  150. 150

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.