Pular para o conteúdo
Publicidade

Compreensão

Por Bíblia Online

A verdadeira compreensão vem de Deus. Os caminhos do Senhor são mais altos que os nossos. Mas Ele nos convida a buscar entendimento — e promete iluminar quem o busca de coração.

A sabedoria de Deus

Os meus pensamentos não são os vossos pensamentos. A incompreensibilidade de Deus nos leva à humildade e adoração.

Setinggi langit dari bumi,

setinggi itulah jalan-Ku daripada jalanmu,

dan fikiran-Ku daripada fikiranmu.

TUHAN Penguasa Alam Semesta dan Sejarah

Malanglah orang yang membantah Penciptanya;

orang itu seperti periuk yang melawan pembuatnya.

Adakah tanah liat bertanya kepada tukang periuk,

"Apakah yang engkau buat?"

Bolehkah periuk mengadu bahawa pembuatnya itu tidak pandai?

Tidakkah kamu tahu? Belumkah kamu mendengar?

TUHAN ialah Allah yang kekal;

Dialah yang menciptakan seluruh bumi.

Dia tidak pernah letih atau lesu.

Tiada sesiapa pun dapat menyelami fikiran-Nya.

TUHAN agung dan harus dipuji setinggi-tingginya,

kebesaran-Nya tidak dapat kita fahami.

Sebelum Engkau menjadikan bukit-bukit,

sebelum Engkau menciptakan dunia,

Engkaulah Allah yang kekal,

Allah selama-lamanya.

Seribu tahun seperti sehari bagi-Mu;

seperti hari kelmarin yang telah lalu,

seperti satu giliran jaga pada waktu malam.

Pujian untuk Allah

Alangkah hebatnya kekayaan, kebijaksanaan, dan pengetahuan Allah! Siapakah dapat menjelaskan keputusan-Nya? Siapakah dapat memahami cara Dia melakukan sesuatu?

Buscar entendimento

Clama a mim e responder-te-ei. A sabedoria é a coisa principal — busque o entendimento com todo o coração.

"Berserulah kepada-Ku, maka Aku akan menjawab; Aku akan memberitahu engkau hal-hal yang indah dan mengagumkan, yang belum engkau ketahui.

Perkara yang paling mustahak yang harus kamu usahakan adalah mendapat hikmat. Apa pun yang kamu kejar, yang terutama adalah mendapat pengertian.

Orang yang bertenang itu bijak, tetapi orang yang cepat marah itu bodoh.

Manusia mempunyai banyak rancangan, tetapi hanya kehendak TUHAN akan terlaksana.

Orang menyangka segala perbuatan mereka baik; tetapi ingatlah, TUHAN mengetahui maksud hati manusia.

Aku memohon supaya Allah Tuhan kita Yesus Kristus, Bapa yang mulia, mengurniai kamu Roh-Nya. Roh Allah akan menjadikan kamu bijaksana dan akan menunjukkan Allah kepada kamu sehingga kamu mengenal Dia.

Hendaklah kamu semakin menghayati kasih Yesus Kristus, Tuhan dan Penyelamat kita, dan hendaklah kamu juga semakin mengenal Dia. Marilah kita memuji dan memuliakan Kristus, sekarang dan selama-lamanya! Amin.

Iluminação divina

A entrada da tua Palavra dá luz e entendimento. Deus revela verdades ocultas e transforma nossa visão da realidade.

Penjelasan ajaran-Mu memberikan cahaya,

memberikan pengertian kepada orang jahil.

TUHAN berfirman,

"Aku akan menunjukkan jalan yang harus kauikuti.

Engkau akan Kubimbing dan Kunasihati.

Allah membuat segala-segalanya, dan manusia tidak dapat memahami tindakan-Nya sebagaimana manusia tidak memahami tumbuhnya kehidupan baru di dalam rahim ibu.

Yesus menjawab, "Percayalah, tidak seorang pun dapat menikmati Pemerintahan Allah kecuali dia dilahirkan semula."

Yesus memandang mereka lalu berkata, "Hal ini mustahil bagi manusia, tetapi Allah dapat melakukan segala perkara!"

Yesus duduk, lalu memanggil dua belas orang pengikut-Nya. Dia berkata kepada mereka, "Sesiapa yang mahu menjadi pertama, mesti menjadi yang terakhir dan menjadi hamba semua orang."

Dalam hal ini tidak ada lagi perbezaan antara orang Yahudi dengan orang bukan Yahudi, antara abdi dengan orang bebas, antara lelaki dengan perempuan. Kamu semuanya menjadi satu kerana Kristus Yesus. Jika kamu milik Kristus, maka kamu keturunan Abraham dan akan menerima apa yang telah dijanjikan oleh Allah.

Pertimbangkan semuanya; ikutlah apa yang baik, dan jauhilah segala macam kejahatan.

Memang benar kami ini hidup di dalam dunia, tetapi perjuangan kami tidak berdasarkan tujuan duniawi.

Hal itu demikian kerana kami menumpukan perhatian kepada apa yang tidak kelihatan, dan bukan kepada apa yang kelihatan. Apa yang kelihatan hanya tahan sementara, tetapi apa yang tidak kelihatan itu kekal selama-lamanya.

Jika seseorang tergoda semasa mengalami cubaan seperti itu, dia tidak boleh berkata, "Godaan ini datangnya daripada Allah." Hal ini demikian kerana Allah tidak dapat digoda oleh kejahatan, dan Allah sendiri tidak menggoda orang.

Seja o primeiro

Este artigo te tocou? Faça uma oração!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.