Pular para o conteúdo
Publicidade

Mazmur 90

BUKU KEEMPAT

(Mazmur 90—106)

Allah dan Manusia

1 Doa Musa, hamba Allah.

Ya Tuhan, Engkau tempat perlindungan kami,

sampai selama-lamanya.

2 Sebelum Engkau menjadikan bukit-bukit,

sebelum Engkau menciptakan dunia,

Engkaulah Allah yang kekal,

Allah selama-lamanya.

3 Engkau menyuruh manusia kembali kepada asal mereka,

Engkau menjadikan mereka debu semula.

4 2 Ptr 3.8 Seribu tahun seperti sehari bagi-Mu;

seperti hari kelmarin yang telah lalu,

seperti satu giliran jaga pada waktu malam.

5 Engkau mengakhiri hidup kami,

hidup kami seperti mimpi.

Kami umpama rumput yang bertunas pada waktu pagi,

6 yang tumbuh dan berbunga,

tetapi layu dan mati pada waktu petang.

7 Kami binasa kerana kemurkaan-Mu;

kami takut kerana kemarahan-Mu.

8 Engkau membentangkan dosa kami di hadapan-Mu,

dosa kami yang tersembunyi dilihat oleh-Mu.

9 Usia kami dikurangkan kerana kemurkaan-Mu;

hidup kami berakhir seperti satu hembusan nafas.

10 Tujuh puluh tahun sahaja usia kami,

lapan puluh, jika kami kuat;

namun yang kami alami hanya kekhuatiran dan kesusahan;

kehidupan segera berakhir dan kami pun lenyap.

11 Siapakah pernah mengalami dahsyatnya kemurkaan-Mu?

Siapakah yang sedar akan akibat kemarahan-Mu?

12 Sedarkanlah kami betapa pendeknya usia kami,

supaya kami menjadi bijak bestari.

13 Ya TUHAN, sampai bilakah Engkau murka?

Kembalilah dan kasihanilah hamba-hamba-Mu.

14 Puaskanlah kami dengan kasih-Mu pada setiap pagi,

supaya kami dapat menyanyi dan bergembira seumur hidup kami.

15 Berilah kami kebahagiaan sebanyak kedukaan

yang kami tanggung dalam tahun-tahun kesengsaraan.

16 Tunjukkanlah perbuatan-Mu yang ajaib kepada kami, hamba-hamba-Mu,

dan kuasa-Mu yang mulia kepada keturunan kami.

17 Ya TUHAN, Allah kami, berkatilah kami,

dan berilah kami kejayaan dalam segala usaha kami.

Todos os capítulos de Mazmur 150
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
  21. 21
  22. 22
  23. 23
  24. 24
  25. 25
  26. 26
  27. 27
  28. 28
  29. 29
  30. 30
  31. 31
  32. 32
  33. 33
  34. 34
  35. 35
  36. 36
  37. 37
  38. 38
  39. 39
  40. 40
  41. 41
  42. 42
  43. 43
  44. 44
  45. 45
  46. 46
  47. 47
  48. 48
  49. 49
  50. 50
  51. 51
  52. 52
  53. 53
  54. 54
  55. 55
  56. 56
  57. 57
  58. 58
  59. 59
  60. 60
  61. 61
  62. 62
  63. 63
  64. 64
  65. 65
  66. 66
  67. 67
  68. 68
  69. 69
  70. 70
  71. 71
  72. 72
  73. 73
  74. 74
  75. 75
  76. 76
  77. 77
  78. 78
  79. 79
  80. 80
  81. 81
  82. 82
  83. 83
  84. 84
  85. 85
  86. 86
  87. 87
  88. 88
  89. 89
  90. 90
  91. 91
  92. 92
  93. 93
  94. 94
  95. 95
  96. 96
  97. 97
  98. 98
  99. 99
  100. 100
  101. 101
  102. 102
  103. 103
  104. 104
  105. 105
  106. 106
  107. 107
  108. 108
  109. 109
  110. 110
  111. 111
  112. 112
  113. 113
  114. 114
  115. 115
  116. 116
  117. 117
  118. 118
  119. 119
  120. 120
  121. 121
  122. 122
  123. 123
  124. 124
  125. 125
  126. 126
  127. 127
  128. 128
  129. 129
  130. 130
  131. 131
  132. 132
  133. 133
  134. 134
  135. 135
  136. 136
  137. 137
  138. 138
  139. 139
  140. 140
  141. 141
  142. 142
  143. 143
  144. 144
  145. 145
  146. 146
  147. 147
  148. 148
  149. 149
  150. 150

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.