Pular para o conteúdo
Publicidade

Criação

Por Bíblia Online

A criação revela a glória de Deus. Céus, terra, mares e tudo o que existe testemunham o poder criador. No princípio Deus criou — e tudo era muito bom.

No princípio

No princípio criou Deus os céus e a terra. O Espírito de Deus pairava sobre as águas. E Deus disse: haja luz.

Kisah Penciptaan

Pada mulanya, ketika Allah mula menciptakan alam semesta,bumi belum berbentuk dan masih kacau-bilau. Samudera yang bergelora, yang menutupi segala sesuatu, diliputi oleh kegelapan yang pekat, tetapi kuasa Allah bergerak di atas permukaan air.

Kemudian Allah berfirman, "Sekarang Kita akan mencipta manusia yang akan menjadi seperti Kita dan menyerupai Kita. Mereka akan menguasai semua ikan, burung, serta binatang lain: binatang jinak, dan binatang liar yang besar mahupun yang kecil."

Demikianlah Allah menciptakan manusia dan menjadikan mereka seperti diri-Nya sendiri. Dia menciptakan mereka lelaki dan perempuan.

Allah memberkati hari yang ketujuh dan menjadikan hari itu sebagai hari istimewa, kerana pada hari itu Allah berehat setelah menyelesaikan pekerjaan-Nya.

Kemudian TUHAN Allah berfirman, "Tidak baik manusia hidup seorang diri. Aku akan menjadikan seorang teman yang sesuai untuk menolong dia."

O poder criador

Pela palavra do Senhor foram feitos os céus. Tudo foi criado por Ele e para Ele — o visível e o invisível.

TUHAN mencipta langit dengan perintah-Nya,

matahari, bulan, dan bintang dijadikan oleh firman-Nya.

Sebelum Engkau menjadikan bukit-bukit,

sebelum Engkau menciptakan dunia,

Engkaulah Allah yang kekal,

Allah selama-lamanya.

Marilah kita bersujud dan menyembah Dia;

marilah kita berlutut di hadapan TUHAN, pencipta kita!

TUHAN Pelindung Kita

Lagu ziarah.

Aku memandang ke arah pergunungan;

dari manakah datangnya pertolonganku?

Pertolonganku datang daripada TUHAN,

yang menjadikan langit dan bumi.

Pertolongan kita datang daripada TUHAN,

yang menjadikan langit dan bumi.

Inilah hari kemenangan TUHAN;

marilah kita rayakannya dengan gembira.

Engkau menciptakan segala bahagian badanku;

Engkau membentuk aku di dalam rahim ibuku.

Aku memuji Engkau kerana Engkau menciptakan aku dengan baik dan luar biasa.

Segala perbuatan-Mu ajaib dan mengagumkan.

Aku benar-benar menyedarinya.

Criador e Sustentador

O Deus eterno não se cansa nem se fatiga. Dele, por Ele e para Ele são todas as coisas — a Ele seja a glória.

Tidakkah kamu tahu? Belumkah kamu mendengar?

TUHAN ialah Allah yang kekal;

Dialah yang menciptakan seluruh bumi.

Dia tidak pernah letih atau lesu.

Tiada sesiapa pun dapat menyelami fikiran-Nya.

TUHAN Penguasa Alam Semesta dan Sejarah

Malanglah orang yang membantah Penciptanya;

orang itu seperti periuk yang melawan pembuatnya.

Adakah tanah liat bertanya kepada tukang periuk,

"Apakah yang engkau buat?"

Bolehkah periuk mengadu bahawa pembuatnya itu tidak pandai?

"Ya TUHAN Raja, Engkaulah yang menciptakan langit dan bumi dengan kuasa dan kekuatan-Mu yang besar. Tiada yang terlalu sukar bagi-Mu.

TUHAN membina tempat tinggal-Nya di angkasa,

di atas bumi dipasang-Nya langit sebagai kubah.

Dia memanggil air dari lautan,

dan mencurahkannya di daratan,

TUHAN itulah nama-Nya.

Segala sesuatu diciptakan oleh Allah, dan segala sesuatu berasal daripada Dia, dan untuk Dia. Terpujilah Allah selama-lamanya! Amin.

Sejak Allah menciptakan dunia, sifat-sifat Allah yang tidak kelihatan, baik kuasa-Nya yang kekal mahupun keadaan-Nya sebagai Allah, dapat difahami oleh manusia melalui segala yang sudah diciptakan-Nya. Oleh itu manusia sama sekali tidak mempunyai dalih untuk membela diri.

Dengan penuh kerinduan, alam semesta menanti-nantikan masanya Allah menunjukkan anak-anak-Nya.

Nova criação

Se alguém está em Cristo, nova criatura é. O Criador faz novas todas as coisas — na natureza e na redenção.

Apabila seseorang bersatu dengan Kristus, orang itu menjadi manusia baru. Yang lama sudah lenyap dan yang baru bermula.

Kita ciptaan Allah dan kerana kita hidup bersatu dengan Kristus Yesus, Allah telah menjadikan kita untuk mengamalkan perbuatan baik, yang sudah disediakan-Nya untuk kita lakukan.

Dengan kehendak-Nya sendiri Dia menjadikan kita melalui firman-Nya yang benar. Itulah sebabnya kita mendapat kedudukan yang utama antara semua makhluk ciptaan-Nya.

Memang tiap-tiap rumah dibina oleh seseorang, tetapi Allah yang membina segala sesuatu.

dan kerana Dia, kita hidup dan bergerak dan ada di dunia ini. Beberapa orang penyair saudara semua juga berkata,

‘Kita semua anak-Nya.’

Lalu aku mendengar semua makhluk di syurga, di bumi, di bawah bumi, dan semua makhluk di dalam laut - pendeknya semua makhluk di alam semesta ini - menyanyi,

"Kepada Dia yang duduk di atas takhta, dan kepada Anak Domba itu,

kami persembahkan pujian dan penghormatan,

kemuliaan dan kekuasaan selama-lamanya!"

Seja o primeiro

Este artigo te tocou? Faça uma oração!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.