Dependência
A dependência de Deus é o caminho da verdadeira liberdade. Sem Cristo, nada podemos fazer. Mas em Deus encontramos sustento, direção e força para todo desafio.
Sem Ele nada podemos
Sem mim nada podeis fazer. O cristão que se desconecta da videira seca — mas o que permanece dá muito fruto.
Akulah pokok anggur dan kamu carang-carangnya. Sesiapa yang tetap bersatu dengan Aku, dan Aku dengan dia, akan berbuah lebat; kerana tanpa Aku, kamu tidak dapat berbuat apa-apa.
Doa Keyakinan
Mazmur Daud.
Jagalah aku, ya Allah,
kerana aku berlindung kepada-Mu.
Aku sentiasa sedar akan hadirat TUHAN;
Engkau ada di sampingku, tiada suatu pun dapat menggoncang aku.
Memuji Kebaikan Allah
Lagu ziarah oleh Raja Salomo.
Jika bukan TUHAN yang mendirikan rumah,
sia-sialah usaha orang yang mendirikannya;
jika bukan TUHAN yang melindungi kota,
sia-sialah usaha orang yang mengawalnya.
Engkau sendiri mengusir bangsa-bangsa
supaya umat-Mu menetap di negeri mereka;
Engkau mencelakakan bangsa-bangsa lain,
tetapi menjadikan umat-Mu makmur.
TUHAN akan berjuang untuk kamu. Kamu tidak perlu berbuat apa-apa."
Depender do Senhor
Confia no Senhor de todo o coração e não te estribes no teu próprio entendimento. Em todos os caminhos o reconhece.
Percayalah kepada TUHAN dengan sepenuh hatimu. Jangan bergantung kepada pengertianmu sendiri. Ingatlah akan TUHAN dalam segala perbuatanmu, dan Dia akan menunjukkan cara hidup yang baik kepadamu.
Manusia membuat rancangan, tetapi Allah yang menentukan jalan hidup manusia.
Manusia mempunyai banyak rancangan, tetapi hanya kehendak TUHAN akan terlaksana.
Berkat TUHAN sahajalah yang menjadikan orang kaya. Kerja keras tidak akan menambah kekayaan.
Sekalipun jiwa ragaku menjadi lemah,
Engkaulah kekuatanku, ya Allah;
hanya Engkau yang aku perlukan selama-lamanya.
Tidak sekali-kali kami akan meninggalkan Engkau lagi;
biarlah kami hidup, lalu Engkau akan kami puji.
TUHAN Pelindung Kita
Lagu ziarah.
Aku memandang ke arah pergunungan;
dari manakah datangnya pertolonganku?
Pertolonganku datang daripada TUHAN,
yang menjadikan langit dan bumi.
Dia tidak akan membiarkan kamu jatuh;
pelindungmu tidak akan tidur.
Waktu aku berfikir bahawa aku akan jatuh,
kasih-Mu, ya TUHAN, menopang aku.
Dalam kesukaran, aku berseru kepada TUHAN;
Dia mengabulkan doaku dan membebaskan aku.
TUHAN Gembalaku
Mazmur Daud.
TUHAN ialah gembalaku;
aku tidak kekurangan apa-apa.
Dia membaringkan aku di padang rumput yang hijau
dan membimbing aku ke air yang tenang.
Contentamento e confiança
Aprendi a viver contente em toda situação. A dependência de Deus nos livra da ansiedade e nos firma na paz.
Aku berkata seperti itu bukan kerana aku berkekurangan; aku sudah belajar berpuas hati walaupun aku hanya memiliki sedikit.
Akulah TUHAN, Allah kamu;
Aku menguatkan kamu dan berfirman,
‘Jangan takut, Aku akan menolong kamu.’ "
Dia menguatkan orang yang lemah,
dan memberikan kekuatan kepada orang yang tidak berdaya.
Hendaklah kamu semua hidup rukun. Janganlah bersikap sombong, janganlah tolak tugas yang dipandang rendah. Janganlah anggap diri kamu lebih bijak daripada yang sebenarnya.
Tubuh kita mempunyai banyak anggota, dan setiap anggota tubuh mempunyai tugas yang berlainan. Begitu juga halnya dengan kita. Sungguhpun bilangan kita banyak, tetapi kita satu tubuh kerana kita bersatu dengan Kristus. Kita semua dihubungkan satu dengan yang lain sebagai anggota-anggota daripada satu tubuh.
Orang yang hidup menurut tabiat manusia, tidak dapat menyenangkan hati Allah.
Oleh itu, jangan khuatiri hari esok, kerana ada cukup hal yang dikhuatirkan pada hari esok. Cukuplah kesusahan hari ini, tidak usah ditambah lagi."
Aku dan rakyatku sesungguhnya tidak dapat memberikan apa-apa kepada-Mu, kerana segalanya adalah pemberian-Mu dan apa yang kami berikan ini kepunyaan-Mu juga.
Este artigo te tocou? Faça uma oração!
+581 estão orando agora.
Junte-se à corrente de oração.