Pular para o conteúdo
Publicidade

MAZMUR 16

Doa Keyakinan

1 Mazmur Daud.

Jagalah aku, ya Allah,

kerana aku berlindung kepada-Mu.

2 Aku berkata kepada TUHAN, "Engkaulah Tuhanku;

tiada yang baik bagiku selain Engkau."

3 Betapa baiknya umat yang setia kepada Allah!

Aku sangat ingin bersama-sama mereka.

4 Mereka yang menyembah dewa-dewa

bertambah-tambah kesusahan mereka.

Aku tidak mahu turut serta mempersembahkan korban;

aku tidak mahu menyembah dewa mereka.

5 Ya TUHAN, hanya Engkau yang aku miliki,

Engkau memberi aku segala keperluanku;

nyawaku ada di dalam tangan-Mu.

6 Sungguh indah pemberian-Mu kepadaku;

betapa baiknya semua itu!

7 Aku memuji TUHAN kerana Engkau membimbing aku,

pada waktu malam suara hatiku mengajar aku.

8 Aku sentiasa sedar akan hadirat TUHAN;

Engkau ada di sampingku, tiada suatu pun dapat menggoncang aku.

9 Demikianlah hatiku bersyukur dan gembira,

dan aku selamat,

10 Kis 13.35 kerana Engkau tidak akan membiarkan aku mati;

orang yang Engkau kasihi tidak Kaubiarkan binasa.

11 Kis 2.25-28 Jalan yang menuju kehidupan Engkau tunjukkan kepadaku;

hadirat-Mu menggembirakan aku,

dan sentiasa membahagiakan aku.

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também