Pular para o conteúdo
Publicidade

Pais

Por Bíblia Online

Deus é nosso Pai celestial — amoroso, provedor, disciplinador e fiel. As Escrituras também honram os pais terrenos e os chamam a criar os filhos na instrução do Senhor.

O Pai celestial

Deus é Pai de misericórdias. Ele nos adotou como filhos, nos ama incondicionalmente e cuida de cada detalhe da nossa vida.

Anak-Anak Allah

Ketahuilah bahawa Allah Bapa sangat mengasihi kita! Dia amat mengasihi kita, sehingga kita diakui sebagai anak-anak Allah dan memang kita anak-anak Allah. Itulah sebabnya dunia ini tidak mengenal kita, kerana dunia ini tidak mengenal Allah.

Anak-Anak Allah

Ketahuilah bahawa Allah Bapa sangat mengasihi kita! Dia amat mengasihi kita, sehingga kita diakui sebagai anak-anak Allah dan memang kita anak-anak Allah. Itulah sebabnya dunia ini tidak mengenal kita, kerana dunia ini tidak mengenal Allah.

Roh yang dikurniakan oleh Allah kepada kamu tidak memperhamba kamu, sehingga kamu hidup dalam ketakutan. Sebaliknya Roh Allah menjadikan kamu anak-anak Allah, dan dengan kuasa Roh Allah kita memanggil Allah "Bapa, ya Bapaku!" Roh Allah bersama dengan roh kita menyatakan bahawa kita anak-anak Allah.

Tetapi kepada mereka yang menyambut Dia dan percaya kepada-Nya, mereka diberikan-Nya hak menjadi anak Allah.

Semoga Allah Bapa kita dan Tuhan Yesus Kristus mengurniai kamu berkat dan kesejahteraan.

Seperti seorang bapa mengasihani anak-anaknya,

begitulah TUHAN mengasihani orang yang menghormati-Nya.

Seperti seorang bapa mengasihani anak-anaknya,

begitulah TUHAN mengasihani orang yang menghormati-Nya.

Dia tahu bagaimana kita dibentuk,

Dia ingat bahawa kita ini debu belaka.

Nyanyilah kepada Allah, pujilah nama-Nya;

sediakanlah jalan bagi Dia yang mengendarai awan.

Namanya TUHAN - bergiranglah di hadirat-Nya!

Tetapi Engkaulah Bapa kami, ya TUHAN. Kami ini seperti tanah liat, dan Engkau seperti tukang periuk. Engkaulah yang menciptakan kami.

Engkaulah Bapa kami. Nenek moyang kami Abraham dan Yakub tidak mengenal kami, tetapi Engkaulah Bapa kami, ya TUHAN! Engkau Penyelamat kami sejak dahulu kala.

Kekuasaan-Nya akan terus bertambah;

pemerintahan-Nya akan sentiasa aman.

Dia akan memerintah sebagai ganti Raja Daud,

pemerintahan-Nya akan berdasarkan hukum dan keadilan

dari sekarang hingga akhir zaman.

TUHAN Yang Maha Kuasa pasti melakukan segala perkara ini.

Kekuasaan-Nya akan terus bertambah;

pemerintahan-Nya akan sentiasa aman.

Dia akan memerintah sebagai ganti Raja Daud,

pemerintahan-Nya akan berdasarkan hukum dan keadilan

dari sekarang hingga akhir zaman.

TUHAN Yang Maha Kuasa pasti melakukan segala perkara ini.

O cuidado paterno de Deus

O Pai celestial sabe do que precisamos antes de pedirmos. Ele dá boas dádivas aos filhos que pedem e cuida até dos passarinhos.

Lihatlah burung di udara yang tidak menyemai benih, tidak menuai tuaian, dan tidak mengumpulkan hasil di dalam jelapang, tetapi Bapa kamu yang di syurga memelihara semuanya! Bukankah kamu jauh lebih berharga daripada burung?

Kamu dapat membeli dua ekor burung pipit dengan mata wang yang paling kecil. Meskipun demikian tidak seekor pun jatuh ke tanah tanpa persetujuan Bapa kamu. Rambut di kepala kamu pun sudah dihitung semuanya. Oleh itu, janganlah takut! Di sisi Allah, kamu lebih berharga daripada banyak burung pipit!"

Tetapi apabila kamu berdoa, masuklah ke bilik dan tutuplah pintu, lalu berdoalah kepada Bapa kamu yang tidak kelihatan itu. Bapa kamu yang mengetahui apa yang kamu lakukan secara tersembunyi itu, akan memberikan pahala kepada kamu.

Apabila kamu berpuasa, basuhlah muka dan sikatlah rambut, supaya orang tidak tahu bahawa kamu berpuasa. Biarlah hanya Bapamu yang tidak kelihatan itu yang tahu. Bapamu melihat perbuatanmu yang tersembunyi itu dan kamu akan menerima pahala daripada Dia."

Siapakah antara kamu selaku bapa akan memberikan ular kepada anaknya ketika dia meminta ikan? Atau adakah kamu akan memberikan kala jengking ketika dia meminta telur? Walaupun kamu jahat, kamu tahu memberikan apa yang baik kepada anak-anak kamu, lebih-lebih lagi Bapa yang di syurga! Dia akan memberikan Roh-Nya kepada mereka yang meminta daripada Bapa!"

Harta di Syurga

"Janganlah takut, hai kamu yang kecil bilangan, kerana Bapa kamu berkenan membenarkan kamu menikmati Pemerintahan-Nya.

Setiap pemberian yang baik dan sempurna datangnya dari syurga dan diturunkan oleh Allah, Pencipta semua cahaya di langit. Dia Allah yang tidak berubah, dan Dia tidak menyebabkan kegelapan apa pun.

Allah tidak menghalang Anak-Nya mengalami penderitaan, tetapi mempersembahkan Anak-Nya sebagai korban untuk kita semua. Jika Allah mengurniai kita Anak-Nya sendiri, tidakkah Dia akan memberikan segala sesuatu yang lain?

Conhecer o Pai

Jesus é o caminho para o Pai. Ninguém conhece o Pai senão o Filho e aquele a quem o Filho quiser revelar.

Yesus menjawab, "Akulah jalan untuk mengenal Allah dan untuk mendapat hidup. Tidak seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui Aku.

Di dalam rumah Bapa-Ku terdapat banyak tempat kediaman, dan Aku akan pergi menyediakan tempat untuk kamu. Aku tidak akan berkata demikian kepada kamu, sekiranya hal itu tidak begitu.

Aku akan melakukan apa sahaja yang kamu minta demi nama-Ku, supaya kemuliaan Bapa akan dinyatakan melalui Anak-Nya.

Sesiapa yang menerima dan melakukan perintah-perintah-Ku, mengasihi Aku. Bapa-Ku akan mengasihi sesiapa yang mengasihi Aku. Aku pun akan mengasihi orang itu dan menunjukkan diri kepadanya."

Yesus menjawab, "Sesiapa mengasihi Aku akan mentaati ajaran-Ku. Bapa-Ku akan mengasihi dia. Bapa-Ku dan Aku akan datang kepada orang itu dan tinggal dengan dia.

Tidak seorang pun pernah melihat Allah. Anak tunggal Bapa yang sama dengan Bapa dan di sisi Bapa, sudah menunjukkan Allah kepada kita.

Aku memberi mereka hidup sejati dan kekal, dan mereka tidak akan binasa. Tidak seorang pun dapat merampas mereka dari tangan-Ku. Apa yang diberikan oleh Bapa-Ku kepada-Ku lebih besar daripada segala-galanya. Tidak seorang pun dapat merampas mereka daripada tangan Bapa. Bapa dan Aku satu."

Ya Bapa, Aku ingin supaya mereka yang sudah Engkau serahkan kepada-Ku bersama-sama Aku di tempat Aku ada, supaya mereka boleh melihat kemuliaan yang Engkau berikan kepada-Ku, kerana Engkau mengasihi Aku sebelum dunia ini dijadikan.

Yesus berkata lagi, "Bapa-Ku telah menyerahkan segala sesuatu kepada-Ku. Tidak seorang pun mengenal Anak kecuali Bapa, dan tidak seorang pun mengenal Bapa kecuali Anak dan mereka yang diberitahu oleh Anak tentang Bapa.

Kamu harus mengasihi semua orang, seperti Bapa kamu yang di syurga mengasihi semua orang."

Janganlah minta orang menyebut kamu ‘Guru’, kerana kamu semua bersaudara dan Guru kamu hanya satu. Janganlah panggil sesiapa pun di dunia ini ‘Bapa’, kerana kamu hanya mempunyai satu Bapa yang di syurga.

Tidakkah kamu tahu bahawa Aku boleh meminta Bapa-Ku menolong Aku, dan dengan segera Bapa-Ku dapat mengirim malaikat yang lebih daripada dua belas pasukan?

Hendaklah kamu berbelas kasihan seperti Bapa kamu berbelas kasihan juga!"

Terpujilah Allah dan Bapa kita selama-lamanya! Amin.

Disciplina e amor paterno

O Pai disciplina os filhos que ama. A correção divina produz fruto de justiça e paz para aqueles que foram exercitados por ela.

Hendaklah penderitaan yang kamu tanggung dianggap sebagai hukuman daripada seorang bapa. Penderitaan kamu membuktikan bahawa Allah memperlakukan kamu sebagai anak-anak-Nya. Pernahkah seorang anak tidak dihukum oleh bapanya? Jika kamu tidak dihukum seperti semua anak-Nya yang lain, hal ini bererti kamu bukan anak sah, tetapi anak haram. Di dunia ini kita mempunyai bapa. Mereka menghukum kita, dan kita menghormati mereka. Oleh itu, kita harus menerima hukuman yang dikenakan oleh Bapa kita yang di syurga, supaya kita hidup. Bapa kita yang di dunia menghukum kita hanya untuk masa pendek ketika kita masih anak-anak, menurut apa yang dirasakan baik oleh mereka. Tetapi Allah menghukum kita untuk kebaikan kita sendiri, supaya kita dapat menjadi suci seperti Dia.

Hai anakku, apabila TUHAN menegur ajar kamu, terimalah tegur ajar itu sebagai amaran dan jangan tolak ajaran-Nya. TUHAN menegur ajar orang yang dikasihi-Nya seperti seorang bapa menegur ajar anak yang disayanginya.

Hai anakku, apabila TUHAN menegur ajar kamu, terimalah tegur ajar itu sebagai amaran dan jangan tolak ajaran-Nya. TUHAN menegur ajar orang yang dikasihi-Nya seperti seorang bapa menegur ajar anak yang disayanginya.

Pais terrenos

A Bíblia honra os pais que criam os filhos nos caminhos de Deus. Honrar pai e mãe é mandamento com promessa de vida longa.

Anak-Anak dan Ibu Bapa

Hai anak-anak, sebagai pengikut Kristus, kamu harus taat kepada ibu bapa, kerana hal itulah yang seharusnya kamu lakukan. "Hormatilah ibu bapamu" adalah perintah pertama daripada Allah yang disertai janji: "supaya kamu hidup bahagia dan berumur panjang di bumi."

Hai bapa-bapa, janganlah perlakukan anak-anak kamu sedemikian rupa sehingga mereka menjadi marah. Sebaliknya, didiklah mereka dengan ajaran dan nasihat Tuhan.

Hai bapa-bapa, janganlah perlakukan anak-anak kamu sedemikian rupa sehingga mereka menjadi marah. Sebaliknya, didiklah mereka dengan ajaran dan nasihat Tuhan.

Hormatilah bapa dan ibu kamu, supaya kamu panjang umur di tanah yang akan Aku berikan kepada kamu.

Hai anakku, perhatikanlah kata-kata bapa dan ibumu. Ajaran mereka akan menambah budi pekertimu seperti hiasan kepala dan kalung mempercantik rupamu.

Seorang bapa akan gembira kalau anaknya berbudi pekerti. Dia berbangga kerana anaknya bijak.

Orang yang bodoh mengabaikan ajaran bapa; tetapi orang yang bijak menerima tegur ajar.

Orang tua bangga akan cucu seperti anak bangga akan ibu bapa.

Sesiapa yang mengutuk ibu bapanya, hidupnya akan lenyap seperti pelita yang padam di tempat gelap.

Anak-anak, sebagai orang Kristian kamu wajib mentaati ibu bapa kamu, kerana hal itulah yang menyenangkan hati Allah.

Hai ibu bapa, janganlah sakiti hati anak-anak supaya mereka tidak menjadi tawar hati.

Anak-anak adalah anugerah TUHAN;

mereka adalah berkat-Nya.

Anak-anak lelaki yang diperoleh seorang bapa pada waktu mudanya,

adalah seperti anak panah di tangan seorang askar.

Berbahagialah orang yang mempunyai banyak anak panah yang sedemikian.

Dia tidak sekali-kali akan dikalahkan

ketika menghadapi musuh di tempat pengadilan.

Hanya orang hidup yang memuji Engkau,

seperti sekarang aku memuji Engkau.

Bapa menceritakan kesetiaan-Mu kepada anak mereka.

Ibu bapa tidak boleh dihukum mati kerana jenayah yang dilakukan oleh anak mereka, dan anak juga tidak boleh dihukum mati kerana jenayah yang dilakukan oleh ibu bapa mereka. Tiap-tiap orang hanya boleh dihukum mati kerana jenayah yang dilakukannya sendiri.

Dengan penuh kerinduan, alam semesta menanti-nantikan masanya Allah menunjukkan anak-anak-Nya.

Bapa-bapa, aku menulis kepada kamu, kerana kamu kenal akan Dia yang telah ada sejak permulaan. Aku menulis kepada kamu, orang muda, kerana kamu sudah mengalahkan Iblis.

Anak-anakku, aku menulis kepada kamu kerana kamu kenal akan Allah Bapa. Aku menulis kepada kamu, bapa-bapa, kerana kamu kenal akan Dia yang telah ada sejak permulaan. Aku menulis kepada kamu, orang muda, kerana kamu teguh hati. Kamu menyimpan firman Allah di dalam hati, dan kamu sudah mengalahkan Iblis.

Janganlah kasihi dunia ini, atau segala sesuatu di dunia ini. Jika kamu mengasihi dunia ini, kamu tidak mengasihi Allah Bapa.

Seja o primeiro

Este artigo te tocou? Faça uma oração!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.