Pular para o conteúdo
Publicidade

Protecção e segurança

Por Bíblia Online

Deus é nosso protetor e refúgio seguro. Em todas as circunstâncias, a Bíblia nos assegura que o Senhor guarda, sustenta e protege aqueles que nele confiam.

Deus, a nossa fortaleza

O Senhor é refúgio e fortaleza, socorro bem presente na angústia. Quem habita no esconderijo do Altíssimo descansa à sombra do Todo-Poderoso.

Allah Menyertai Kita

Mazmur puak Korah. Untuk pemimpin koir. Dengan lagu Alamot.

Allah Menyertai Kita

Mazmur puak Korah. Untuk pemimpin koir. Dengan lagu Alamot.

Allah Pelindung Kita

Orang yang berlindung kepada Yang Maha Tinggi,

orang yang tinggal di bawah naungan Yang Maha Kuasa,

dapat berkata kepada-Nya,

"Engkaulah pembelaku dan pelindungku.

Engkaulah Allahku; aku percaya kepada-Mu."

Dia akan menaungi engkau dengan sayap-Nya;

engkau akan selamat dalam pemeliharaan-Nya;

kesetiaan-Nya akan melindungi dan membela engkau.

Seribu orang mungkin jatuh mati di sisimu,

sepuluh ribu orang di sekelilingmu,

tetapi engkau tidak akan cedera.

Engkau menjadikan TUHAN pembelamu,

Yang Maha Tinggi pelindungmu,

oleh itu engkau tidak akan kena bencana,

rumahmu tidak akan ditimpa malapetaka.

Doa Pujian

Mazmur Daud.

TUHAN adalah cahayaku dan penyelamatku;

aku tidak akan takut kepada sesiapa pun.

TUHAN melindungi aku daripada segala bahaya;

aku tidak akan gentar.

Dengan tenang aku menantikan Allah;

Dia sahaja yang menyelamatkan aku.

Dia memerintah dunia dengan adil,

dan menghakimi rakyat dengan saksama.

O escudo do Senhor

Deus nos rodeia com sua proteção como um escudo. Ele é rocha, baluarte e libertador. Sua fidelidade nos cobre e nos guarda.

Mereka mengumpat dan berkata,

"Allah tidak akan menolong dia!"

Doa Pagi untuk Minta Tolong

Mazmur Raja Daud ketika baginda lari daripada Absalom, puteranya.

Ya TUHAN, betapa banyaknya musuhku,

sangat banyak orang yang menentang aku!

Mereka mengumpat dan berkata,

"Allah tidak akan menolong dia!"

Tetapi Engkau, ya TUHAN,

adalah perisai yang melindungi aku.

Engkau memberi aku kemenangan

dan memulihkan semangatku.

Aku berseru kepada TUHAN meminta pertolongan,

dan dari bukit-Nya yang suci, Dia menjawab aku.

Aku berbaring, lalu tidur,

dan sepanjang malam TUHAN melindungi aku.

Engkau memberi aku kekuatan untuk menyerang musuhku,

dan kuasa untuk menembusi pertahanan mereka.

Dia melatih aku untuk berperang,

supaya aku dapat melengkungkan busur yang terkuat.

Ya TUHAN, Engkau melindungi dan menyelamatkan aku;

pertolongan-Mu telah menjadikan aku agung

dan kuasa-Mu memelihara keselamatanku.

Raja Bersyukur kepada TUHAN

Mazmur Daud.

Pujilah TUHAN, pelindungku!

Dia melatih aku untuk bertempur,

dan mempersiapkan aku untuk berperang.

Dialah pelindungku dan pembelaku,

tempat aku bernaung dan penyelamatku;

aku bergantung kepada-Nya supaya aku selamat.

Dia menaklukkan bangsa-bangsa ke bawah kuasaku.

Engkau memberikan kemenangan kepada raja-raja,

dan menyelamatkan hamba-Mu, Daud.

Hukumlah mereka, ya Allah;

biarlah mereka celaka kerana rancangan mereka sendiri.

Usirlah mereka kerana dosa mereka yang banyak itu

serta pemberontakan mereka terhadap-Mu.

Semoga semua orang yang berlindung kepada-Mu gembira;

dan bernyanyi dengan sukacita selama-lamanya.

Lindungilah mereka yang mengasihi Engkau,

supaya mereka sungguh berbahagia kerana Engkau.

Aku berdoa kepada-Mu, ya Allah, kerana Engkau menjawab aku;

oleh itu berpalinglah kepadaku dan dengarkanlah kata-kataku.

Tunjukkanlah kasih-Mu yang mengagumkan,

dan selamatkanlah orang yang berlindung kepada-Mu;

di sisi-Mu, aku selamat daripada segala musuh.

Lindungilah aku, seperti biji mata-Mu sendiri;

sembunyikanlah aku di bawah naungan sayap-Mu,

lindungilah aku daripada orang jahat yang menyerang aku.

Musuh yang mengancam nyawaku mengelilingi aku;

Berkat-Mu kepadanya berlanjutan,

dan hadirat-Mu membuat raja sangat girang.

Raja yakin kepada TUHAN Yang Maha Tinggi;

baginda selalu selamat kerana sentiasa dikasihi TUHAN.

Raja akan menangkap semua musuhnya;

raja akan menawan semua orang yang membenci baginda.

Engkaulah tempat persembunyianku,

Engkau akan menyelamatkan aku daripada kesusahanku.

Aku bersorak memuji-Mu,

kerana Engkau menyelamatkan dan melindungi aku.

Segurança e provisão

O Senhor supre todas as necessidades dos seus filhos. Quem busca o Reino primeiro não precisa temer — nada faltará aos que temem ao Senhor.

TUHAN Gembalaku

Mazmur Daud.

TUHAN ialah gembalaku;

aku tidak kekurangan apa-apa.

Hormatilah TUHAN, hai semua umat-Nya,

kerana orang yang mentaati-Nya tidak akan berkekurangan.

Percayalah kepada TUHAN dan buatlah perkara yang baik;

tinggallah di negeri ini dan kamu akan selamat.

Kini aku sudah tua dan sudah hidup lama,

tetapi aku tidak pernah melihat orang baik ditinggalkan TUHAN,

ataupun anak mereka meminta-minta makanan.

Allahku dengan kekayaan-Nya yang berlimpah-limpah, akan memenuhi segala keperluan kamu melalui Kristus Yesus.

Dengan kuasa yang diberikan oleh Kristus, aku berdaya menghadapi segala macam keadaan.

Sebaliknya utamakanlah Pemerintahan Allah dan lakukanlah kehendak-Nya, lalu Allah akan memberikan semua itu kepada kamu.

Jangan berbuat seperti mereka. Bapa kamu mengetahui apa yang kamu perlukan, sebelum kamu memintanya.

Minta, Cari, dan Ketuk

"Mintalah sesuatu daripada Allah, maka kamu akan menerimanya. Carilah sesuatu daripada Allah, maka kamu akan mendapatnya. Ketuklah pintu, maka Allah akan membukanya bagi kamu. Hal itu demikian kerana setiap orang yang meminta sesuatu daripada Allah akan menerimanya; setiap orang yang mencari sesuatu daripada Allah akan mendapatnya; dan Allah akan membuka pintu bagi setiap orang yang mengetuknya.

Walaupun kamu jahat, kamu tahu memberikan apa yang baik kepada anak-anak kamu. Lebih-lebih lagi Bapa kamu yang di syurga; Dia akan memberikan apa yang baik kepada mereka yang meminta daripada Dia!

Guarda e livramento

O anjo do Senhor acampa ao redor dos que o temem e os livra. Deus promete guardar todas as nossas saídas e entradas para sempre.

Orang malang berseru dan TUHAN menjawab,

Dia membebaskan mereka daripada segala kesusahan.

Orang jahat akan mati kerana kejahatan mereka;

mereka yang membenci orang salih akan dihukum.

TUHAN Pelindung Kita

Lagu ziarah.

Aku memandang ke arah pergunungan;

dari manakah datangnya pertolonganku?

Pertolonganku datang daripada TUHAN,

yang menjadikan langit dan bumi.

Dia tidak akan membiarkan kamu jatuh;

pelindungmu tidak akan tidur.

Pelindung umat Israel

tidak pernah terlelap ataupun tertidur.

TUHAN akan menjaga kamu;

Dia di sisimu untuk melindungi kamu.

Pada waktu siang matahari tidak akan menyakiti kamu;

pada waktu malam bulan tidak akan mencederakan kamu.

TUHAN akan melindungi kamu daripada segala bahaya;

Dia menjaga kamu supaya hidupmu selamat.

TUHAN akan melindungi kamu ketika kamu pergi dan balik,

dari sekarang hingga selama-lamanya.

Doa Keyakinan

Mazmur Daud.

Jagalah aku, ya Allah,

kerana aku berlindung kepada-Mu.

Doa Keyakinan

Mazmur Daud.

Jagalah aku, ya Allah,

kerana aku berlindung kepada-Mu.

Aku sentiasa sedar akan hadirat TUHAN;

Engkau ada di sampingku, tiada suatu pun dapat menggoncang aku.

Aku sentiasa sedar akan hadirat TUHAN;

Engkau ada di sampingku, tiada suatu pun dapat menggoncang aku.

Doa Minta Kemenangan

Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud.

Semoga TUHAN mengabulkan doamu pada waktu kesusahan.

Semoga kuasa Allah Yakub melindungi kamu.

Lindungilah dan selamatkanlah aku;

supaya aku tidak mendapat malu,

kerana aku datang kepada-Mu meminta perlindungan.

Semoga kebaikan dan kejujuranku mengawal aku,

kerana aku percaya kepada-Mu.

Kuda tidak dapat diharap untuk memenangi perang;

kekuatan kuda tidak dapat menyelamatkan.

TUHAN memerhatikan mereka yang mentaati-Nya,

mereka yang mengharapkan kasih-Nya.

Dia menyelamatkan mereka daripada kematian;

Dia memelihara nyawa mereka pada masa kelaparan.

Kita berharap kepada TUHAN;

Dialah penolong dan pelindung kita.

Confiança inabalável

Melhor é confiar no Senhor do que confiar no homem. Quem anda em integridade anda seguro, e a torre forte do nome do Senhor protege o justo.

Aku tidak takut kerana TUHAN menyertai aku;

apakah yang dapat dilakukan manusia terhadap aku?

Lebih baik berlindung kepada TUHAN,

daripada mengharapkan manusia.

TUHAN seperti menara yang kukuh; ke sanalah orang jujur pergi dan mendapat perlindungan.

TUHAN seperti menara yang kukuh; ke sanalah orang jujur pergi dan mendapat perlindungan.

Hormat dan takut kepada TUHAN memberi seseorang serta keluarganya keyakinan dan keselamatan.

TUHAN akan menjaga kamu. Dia tidak akan membiarkan kamu dijerat.

Orang jujur akan hidup aman, tetapi orang yang menipu akhirnya akan ketahuan.

Allah menepati segala janji-Nya. Dia seperti perisai bagi semua orang yang meminta perlindungan-Nya.

Allah menepati segala janji-Nya. Dia seperti perisai bagi semua orang yang meminta perlindungan-Nya.

Kejujuran melindungi orang yang tidak bersalah, tetapi kejahatan mencelakakan orang yang berdosa.

Orang baik sentiasa cukup makanan, tetapi orang jahat sentiasa kelaparan.

TUHANlah yang memberikan hikmat. Pengetahuan dan pengertian berasal daripada-Nya. Dia memberikan pertolongan dan perlindungan kepada orang yang tulus hati dan jujur. Dia melindungi orang yang berlaku adil, dan mengawal orang yang setia kepada-Nya.

Orang yang bijak mengelakkan bahaya apabila melihatnya, tetapi orang bodoh membiarkan diri ditimpa malapetaka dan menyesal kemudian.

Orang menyiapkan kuda untuk berperang, tetapi TUHAN yang memberikan kemenangan.

Berhati-hatilah tentang apa yang kamu fikirkan, kerana pemikiranmu menentukan hidupmu.

A presença protetora

O Senhor prometeu estar conosco e nunca nos desampara. Ele é como sombra à nossa direita e fortaleza em todo o tempo.

Kamu harus yakin dan berani. Jangan takut akan bangsa-bangsa itu. TUHAN, Allah kamu akan menyertai kamu. Dia tidak sekali-kali akan mengecewakan kamu ataupun meninggalkan kamu."

Allah yang kekal menjadi perlindungan kamu,

dan tangan-Nya menunjang kamu.

Apabila kamu bergerak maju,

Dia mengusir musuh kamu,

dan menyuruh kamu membinasakan mereka semua.

Tentang suku Benyamin, dia berkata,

"Inilah suku yang dikasihi dan dilindungi oleh TUHAN;

Dia menjaga mereka sepanjang masa,

Dia tinggal di tengah-tengah mereka."

Tetapi tiada senjata yang dapat mencederakan kamu;

semua tuduhan terhadap kamu akan kamu buktikan salah.

Aku akan membela hamba-hamba-Ku,

serta memberi mereka kemenangan."

Demikianlah firman TUHAN.

Engkau, TUHAN, memberikan kedamaian dan kesejahteraan

kepada orang yang teguh hati,

kerana mereka percaya kepada-Mu.

Aku tetap Allah kamu sampai kamu tua;

Aku akan memelihara kamu sampai kamu beruban.

Aku telah menciptakan kamu dan tetap akan menjaga kamu.

Aku akan menolong dan menyelamatkan kamu.

Sebagaimana seekor burung terbang di sekitar sarangnya untuk melindungi anak-anaknya, demikian juga Aku, TUHAN Yang Maha Kuasa, akan melindungi, membela, dan menyelamatkan Yerusalem."

melainkan belajarlah berbuat baik. Lakukanlah yang adil: tolonglah mereka yang tertindas, berikanlah hak kepada anak yatim piatu, dan belalah perkara para balu."

Jika kamu mahu taat kepada-Ku, kamu akan menikmati hasil tanah kamu. Tetapi jika kamu melawan Aku, kamu pasti mati. Aku, TUHAN telah berfirman."

TUHAN akan berjuang untuk kamu. Kamu tidak perlu berbuat apa-apa."

TUHAN itu baik;

Dia melindungi umat-Nya pada masa mereka susah,

Dia menjaga orang yang berlindung kepada-Nya.

Promessas de cuidado

Deus garante que nem um fio de cabelo cairá sem sua permissão. Ele deseja que vivamos em paz, confiança e segurança total nele.

Kamu dapat membeli dua ekor burung pipit dengan mata wang yang paling kecil. Meskipun demikian tidak seekor pun jatuh ke tanah tanpa persetujuan Bapa kamu. Rambut di kepala kamu pun sudah dihitung semuanya. Oleh itu, janganlah takut! Di sisi Allah, kamu lebih berharga daripada banyak burung pipit!"

Apabila kamu berdoa dan percaya bahawa Allah akan melakukan apa yang kamu minta, maka Dia akan melakukannya."

Semua orang akan membenci kamu kerana Aku, tetapi sehelai rambut pun di kepala kamu tidak akan hilang. Hendaklah kamu teguh hati! Dengan jalan ini kamu akan mendapat hidup sejati."

Dompet, Beg, atau Pedang

Kemudian Yesus bertanya kepada pengikut-pengikut-Nya, "Apabila Aku mengutus kamu dahulu dengan tidak membawa dompet, beg, atau kasut, adakah kamu kekurangan apa-apa?"

"Tidak!" jawab mereka.

Kasih Allah melalui Yesus Kristus

Oleh itu, apakah yang boleh kita katakan sekarang tentang semua itu? Jika Allah berpihak kepada kita, siapakah dapat melawan kita?

Oleh itu, dengan penuh keyakinan kita berkata,

"Tuhan Penolongku,

aku tidak akan takut.

Apakah yang dapat dilakukan orang terhadap aku?"

Oleh itu, taatlah kepada Allah. Lawanlah Iblis, maka Iblis akan lari daripada kamu.

Oleh itu kita tidak seharusnya tidur seperti orang lain. Kita harus berjaga-jaga dan berwaspada.

Fidelidade e aliança

Deus é fiel à sua aliança. Ele protege cada promessa que faz e guarda os seus como a menina dos seus olhos.

Tetapi Tuhan kita setia. Dia akan menguatkan kamu dan menyelamatkan kamu daripada Si Jahat.

Kita menerima apa yang kita minta daripada-Nya, kerana kita taat kepada perintah-Nya dan kita melakukan apa yang menyenangkan hati-Nya.

Kita berani menghadap Allah, kerana kita yakin bahawa Dia mengabulkan doa kita, jika kita memohon apa sahaja yang sesuai dengan kehendak-Nya. Kita tahu bahawa Dia mendengarkan kita bila-bila masa kita memohon kepada-Nya. Oleh itu kita pun tahu bahawa Dia memberi kita apa yang kita minta daripada-Nya.

Kita tahu bahawa tidak seorang pun daripada anak-anak Allah terus-menerus berbuat dosa, kerana Anak Allah melindunginya dan Iblis tidak dapat berbuat apa-apa terhadapnya.

Sekarang Aku datang kepada-Mu. Aku tidak tinggal lagi di dunia, tetapi mereka masih di dunia. Ya Bapa yang suci, jagalah mereka dengan kekuasaan nama-Mu, nama yang sudah Engkau berikan kepada-Ku, supaya mereka menjadi satu, seperti Engkau dan Aku juga satu. Semasa Aku bersama-sama mereka, Aku menjaga mereka dengan kekuasaan nama-Mu; nama yang Engkau berikan kepada-Ku. Aku melindungi mereka dan tidak seorang pun daripada mereka sesat, kecuali orang yang memang seharusnya sesat, supaya apa yang tertulis di dalam Alkitab berlaku.

Aku tidak meminta Engkau mengeluarkan mereka dari dunia, tetapi Aku meminta Engkau menjaga mereka daripada Si Jahat.

TUHAN satu-satunya Allah;

hanya Allah pembela kita.

Aku mohon, sudilah memberkati keturunanku supaya mereka tetap merasakan kasih-Mu selama-lamanya. Ya TUHAN Raja, semua ini telah Engkau janjikan, maka keturunanku akan tetap Engkau berkati selama-lamanya."

Kemudian Raja Daud mendirikan perkhemahan tentera di dalam wilayah mereka, lalu mereka takluk dan membayar ufti kepada baginda. TUHAN memberi Raja Daud kemenangan di mana sahaja baginda berperang.

Aku telah menyertai engkau ke mana sahaja engkau pergi, dan Aku telah mengalahkan semua musuhmu ketika engkau berperang. Aku akan menjadikan engkau termasyhur seperti pemimpin-pemimpin terbesar di dunia.

Masalah Tahun Ketujuh

Patuhilah semua hukum dan perintah TUHAN supaya kamu hidup dengan tenteram di negeri itu.

Inilah perjanjian-Ku dengan kamu. Aku berjanji bahawa semua makhluk hidup tidak akan dibinasakan oleh banjir lagi. Banjir tidak akan memusnahkan bumi lagi.

TUHAN Raja tidak pernah melakukan sesuatu pun tanpa menyatakan rancangan-Nya kepada para nabi, hamba-hamba-Nya.

Provisão diária

Deus satisfaz os desejos do coração dos seus filhos. Ele abençoa, renova as forças e sustenta dia após dia quem nele confia.

Aku tidak menyimpan berita penyelamatan itu dalam hati;

aku selalu menceritakan pertolongan dan kesetiaan-Mu.

Dalam perhimpunan umat-Mu, aku tidak pernah berdiam diri

tentang kesetiaan dan kasih-Mu.

Kata-katanya halus merayu,

tetapi hatinya penuh kebencian;

kata-katanya lemah-lembut,

tetapi menikam hati seperti pedang yang tajam.

Mereka berkeliaran mencari makanan,

dan menggeram jika tidak kenyang.

mereka akan dibunuh dalam pertempuran,

dan mayat mereka dimakan serigala.

Tetapi umat Allah bergirang dan bersukacita di hadirat-Nya;

mereka bersorak-sorak dengan gembira.

Nyanyilah kepada Allah, pujilah nama-Nya;

sediakanlah jalan bagi Dia yang mengendarai awan.

Namanya TUHAN - bergiranglah di hadirat-Nya!

Dia naik ke tempat yang tinggi,

membawa banyak orang tawanan bersama-sama-Nya,

dan menerima ufti daripada pemberontak.

TUHAN Allah akan tinggal di sana.

Jangan sembah tuhan lain.

Lebih baik sehari di dalam Rumah-Mu

daripada seribu hari di tempat lain;

aku lebih gemar berdiri di pintu Rumah Allahku

daripada tinggal di rumah orang jahat.

TUHAN mengasihi orang yang membenci kejahatan;

Dia melindungi hidup umat-Nya,

dan menyelamatkan mereka daripada kuasa orang jahat.

TUHAN melindungi orang yang tidak berdaya;

ketika aku menghadapi bahaya, Dia menyelamatkan aku.

Aku mesti tenang,

kerana TUHAN baik kepadaku.

TUHAN telah menyelamatkan aku daripada maut;

Dia menghentikan air mataku

dan tidak membiarkan aku dikalahkan.

Maka aku hidup di hadirat TUHAN,

di dunia orang yang hidup.

Engkaulah pembelaku dan pelindungku;

aku berharap kepada janji-Mu.

Memuji Kebaikan Allah

Lagu ziarah oleh Raja Salomo.

Jika bukan TUHAN yang mendirikan rumah,

sia-sialah usaha orang yang mendirikannya;

jika bukan TUHAN yang melindungi kota,

sia-sialah usaha orang yang mengawalnya.

Di Sion seorang keturunan Daud akan Aku jadikan raja yang agung;

Aku akan mengukuhkan pemerintahan raja pilihan-Ku.

Aku akan mempermalukan musuh-musuhnya,

tetapi kerajaannya aman dan makmur."

Engkau akan memenuhi segala janji-Mu kepadaku;

ya TUHAN, kasih-Mu kekal abadi.

Jangan tinggalkan umat yang telah Engkau jadikan.

Engkau memberikan segala keperluan kepada makhluk ciptaan-Mu

sehingga tidak berkekurangan.

Dia membela hak orang yang tertindas,

dan Dia memberikan makanan kepada orang yang lapar.

TUHAN membebaskan orang tawanan,

dan mencelikkan mata orang buta.

Dia menguatkan orang yang putus harapan;

Dia mengasihi umat yang taat kepada-Nya.

Dia melindungi orang asing yang tinggal di negeri kita;

Dia menolong para balu dan anak yatim,

tetapi Dia memusnahkan rancangan orang jahat.

Engkau membuat hatiku lebih girang

daripada orang yang kelimpahan makanan dan minuman.

Pakailah seluruh perlengkapan senjata daripada Allah, supaya kamu dapat mempertahankan diri daripada muslihat Iblis yang jahat.

Pakailah seluruh perlengkapan senjata daripada Allah, supaya kamu dapat mempertahankan diri daripada muslihat Iblis yang jahat. Hal itu demikian kerana kita tidak berjuang melawan manusia, tetapi melawan segala kuasa jahat di angkasa, iaitu roh-roh yang berkuasa dan yang memerintah zaman yang gelap ini.

Sekarang Aku bertanya kepada kamu, ‘Bolehkah manusia menipu Allah?’ Tentu tidak. Tetapi kamu menipu Aku juga. Kamu bertanya, ‘Bagaimana?’ Aku menjawab, ‘Dalam hal memberikan persepuluhan dan persembahan.’ Kamu semua kena kutuk kerana segenap bangsa menipu Aku. Bawalah seluruh persepuluhan kamu ke Rumah-Ku supaya ada banyak makanan di sana. Ujilah Aku, maka kamu akan nampak Aku membuka tingkap-tingkap syurga dan melimpahi kamu dengan segala yang baik.

Aku akan memberkati mereka dan membenarkan mereka hidup di sekeliling bukit-Ku yang suci. Di sana Aku akan memberkati mereka dengan hujan manakala mereka memerlukannya.

dan memberikan jaminan seperti wang tunai. Berbahagialah orang yang mengetahui bahawa hikmat melindungi hidup orang yang memilikinya.

Demikian juga Tuhan sudah menentukan bahawa orang yang mengkhabarkan Berita Baik menerima nafkah daripada kerja mengkhabarkan Berita Baik.

Sikap mencintai wang menimbulkan segala macam kejahatan. Ada orang yang mengejar wang, sehingga menyangkal Kristus dan akhirnya menderita serta berdukacita.

Aku akan menyegarkan mereka yang lelah, dan mengenyangkan mereka yang lemah kerana lapar.

Itulah sebabnya aku menderita semua ini. Tetapi aku tetap yakin, kerana aku mengenal siapa yang aku percayai. Aku yakin bahawa Dia berkuasa menjaga apa yang telah dipercayakan-Nya kepadaku sehingga Hari Kiamat.

Seja o primeiro

Este artigo te tocou? Faça uma oração!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.