Proximidade
Deus é próximo dos que o buscam. Ele não é um Deus distante, mas presente, íntimo e acessível a todo o que o invoca com sinceridade de coração.
Buscar a presença de Deus
A Bíblia nos exorta a buscar a face do Senhor continuamente. Quem se aproxima dele encontra plenitude de alegria e delícias perpétuas.
Mintalah pertolongan TUHAN,
sembahlah Dia sentiasa.
Mintalah pertolongan TUHAN;
sembahlah Dia sentiasa.
Kembalilah kepada TUHAN semasa masih dapat;
berserulah kepada-Nya semasa Dia masih dekat.
Aku telah memohon satu perkara kepada TUHAN;
hanya satu sahaja yang aku minta;
untuk tinggal di dalam Rumah TUHAN sepanjang hidupku,
untuk menyaksikan segala kebaikan-Nya,
dan meminta bimbingan-Nya.
Berkatilah raja kami, ya Allah,
raja yang telah Engkau pilih.
Jalan yang menuju kehidupan Engkau tunjukkan kepadaku;
hadirat-Mu menggembirakan aku,
dan sentiasa membahagiakan aku.
Deus está perto
O Senhor está perto dos que o invocam, dos quebrantados de coração e dos que clamam por socorro. Sua presença nos sustenta.
tetapi Dia menentang orang yang berbuat jahat;
apabila mereka mati, mereka cepat dilupakan.
Apabila orang salih berseru, TUHAN mendengar
dan menyelamatkan mereka daripada segala kesusahan.
Hendaklah kamu bertolak ansur. Tuhan akan datang segera.
Tetapi sekarang, kerana kamu hidup bersatu dengan Kristus Yesus, kamu yang dahulunya jauh daripada Allah, telah didekatkan kepada Allah oleh kematian Kristus.
Aku tahu Engkau baik kepadaku dan mengasihi aku seumur hidupku;
rumah-Mu akan menjadi rumahku sepanjang hidupku.
A presença que nunca abandona
Deus promete nunca nos deixar. Ele permanece fiel, está conosco em todo tempo e envia o Espírito para habitar em nossos corações.
Aku tidak akan meninggalkan kamu sendirian seperti yatim piatu; Aku akan kembali kepada kamu.
Semoga TUHAN, Allah kita menyertai kita sebagaimana Dia menyertai nenek moyang kita. Semoga Dia tidak meninggalkan kita atau membuang kita.
Namun, kerana belas kasihan-Mu sangat besar,
Engkau tidak meninggalkan ataupun membinasakan mereka.
Engkau Allah yang pengasih dan berbelas kasihan!
Kata Terakhir
Semoga Tuhan, sumber kesejahteraan kita, sentiasa mengurniai kamu kesejahteraan dalam segala hal. Tuhan menyertai kamu semua.
Akhirnya, saudara-saudaraku, bersukacitalah! Berusahalah untuk menjadi sempurna; terimalah nasihatku. Hendaklah kamu sehati dan hidup rukun. Allah yang mengasihi kita dan mengurniai kita kedamaian akan menyertai kamu.
Kerana Allah telah mengurniai kita Roh-Nya, kita tahu bahawa kita hidup bersatu dengan Allah dan Allah hidup bersatu dengan kita.
Tidak seorang pun pernah melihat Allah. Anak tunggal Bapa yang sama dengan Bapa dan di sisi Bapa, sudah menunjukkan Allah kepada kita.
Musa tinggal di tempat itu bersama-sama TUHAN selama empat puluh hari dan empat puluh malam, tanpa makan dan minum. Musa menulis perkataan perjanjian itu, iaitu Sepuluh Hukum, pada batu-batu tulis itu.
Sembuhkanlah orang sakit di kota itu, dan kepada penduduk di situ katakanlah, ‘Tidak lama lagi Allah akan memerintah di tengah-tengah kamu.’
Raja Asa Mengadakan Pembaharuan
Roh Allah menguasai Azarya anak Obed, lalu dia pergi menghadap Raja Asa. Katanya, "Dengarlah hamba, hai Raja Asa, dan kamu semua penduduk Yehuda dan Benyamin! TUHAN berserta kamu selama kamu berserta Dia. Jika kamu mencari Dia, maka Dia akan berkenan ditemui oleh kamu. Tetapi jika kamu meninggalkan Dia, maka Dia akan meninggalkan kamu. Sudah lama Israel tidak mengabdi kepada Allah yang benar, tidak mempunyai imam-imam yang mengajar mereka, dan tidak mempunyai hukum. Tetapi pada masa kesusahan, mereka minta tolong kepada TUHAN, Allah Israel. Mereka mencari Dia, lalu menemui Dia. Pada masa itu tiada sesiapa pun dapat berpergian dengan selamat, kerana di seluruh negeri terdapat huru-hara. Bangsa yang satu menindas bangsa yang lain, dan kota yang satu menindas kota yang lain, kerana Allah sedang mendatangkan kesusahan dan kecemasan terhadap mereka. Tetapi kamu mesti tabah dan berani. Pekerjaan yang kamu lakukan akan diberikan ganjaran."
Apabila Raja Asa mendengar nubuat Azarya anak Obed, semangatnya berkobar. Baginda membuang semua berhala di Yehuda dan Benyamin, serta semua berhala di kota-kota yang direbut oleh baginda di perbukitan Efraim. Raja Asa memperbaiki mazbah TUHAN yang terletak di halaman Rumah TUHAN.
Banyak orang datang dari Efraim, Manasye dan Simeon, lalu tinggal di dalam kerajaan Raja Asa, kerana mereka telah melihat bahawa TUHAN menolong Raja Asa. Raja Asa memanggil mereka semua bersama-sama penduduk Yehuda dan Benyamin. Mereka semua berkumpul di Yerusalem pada bulan ketiga tahun kelima belas pemerintahan Raja Asa. Pada hari itu mereka mempersembahkan 700 ekor lembu dan 7,000 ekor domba sebagai korban kepada TUHAN; semua itu adalah hasil jarahan. Mereka membuat perjanjian bahawa dengan segenap hati dan jiwa, mereka akan hidup menurut kehendak TUHAN, Allah nenek moyang mereka. Sesiapa sahaja, baik tua atau muda, lelaki atau perempuan, yang tidak hidup menurut kehendak TUHAN, Allah Israel, harus dihukum mati. Dengan suara yang kuat dan atas nama TUHAN, mereka bersumpah untuk memegang perjanjian mereka itu. Selepas itu, mereka bersorak-sorak dan meniup trompet. Segenap penduduk Yehuda bersukacita kerana mereka telah membuat perjanjian itu dengan sepenuh hati. Mereka beribadat kepada TUHAN dengan sungguh-sungguh, maka mereka pun diperkenankan TUHAN dan diberikan keamanan di seluruh negeri.
Raja Asa menurunkan kedudukan neneknya, Maakha sebagai bonda ratu, kerana baginda telah membuat sebuah patung cabul untuk Dewi Asyera, dewi kesuburan. Raja Asa merobohkan patung itu, menetaknya, lalu membakarnya di Lembah Kidron. Walaupun Raja Asa tidak memusnahkan semua tempat penyembahan berhala di negeri itu, namun baginda tetap setia kepada TUHAN seumur hidupnya. Baginda meletakkan semua benda yang telah ditahbiskan oleh ayahandanya, di dalam Rumah TUHAN. Di sana Raja Asa juga meletakkan benda-benda emas dan perak yang telah ditahbiskannya sendiri. Peperangan tidak berlaku sehingga pada tahun ketiga puluh lima pemerintahannya.
Este artigo te tocou? Faça uma oração!
+581 estão orando agora.
Junte-se à corrente de oração.