Pular para o conteúdo
Publicidade

MAZMUR 34

Pujian bagi Kebaikan TUHAN

1 1 Sam 21.13-15 Mazmur Daud, ketika dia berpura-pura tidak waras fikiran di hadapan Abimelekh. Kemudian Daud pergi setelah diusir oleh Abimelekh.

2 Aku akan sentiasa bersyukur kepada TUHAN;

aku tidak akan berhenti memuji Dia.

3 Aku akan memuji Dia kerana segala perbuatan-Nya;

semoga semua orang yang tertindas mendengar dan bergembira.

4 Agungkanlah TUHAN bersama dengan aku,

marilah bersama-sama memuji nama-Nya.

5 Aku berdoa kepada TUHAN dan Dia mengabulkan doaku,

Dia membebaskan aku daripada segala ketakutan.

6 Orang yang tertindas memandang Dia lalu bergembira;

mereka tidak sekali-kali akan kecewa.

7 Orang malang berseru dan TUHAN menjawab,

Dia membebaskan mereka daripada segala kesusahan.

8 Malaikat TUHAN mengawal orang yang menghormati-Nya,

dan menyelamatkan mereka daripada bahaya.

9 1 Ptr 2.3 Rasakanlah sendiri betapa baiknya TUHAN!

Berbahagialah orang yang berlindung kepada-Nya!

10 Hormatilah TUHAN, hai semua umat-Nya,

kerana orang yang mentaati-Nya tidak akan berkekurangan.

11 Singa juga lapar kerana kekurangan makanan,

tetapi orang yang mentaati TUHAN tidak kekurangan apa-apa yang baik.

12 Marilah, hai anak-anak semua dan dengarlah nasihatku,

aku akan mengajar kamu menghormati TUHAN.

13 Mahukah kamu menikmati hidup?

Mahukah kamu berumur panjang dan berbahagia?

14 Jangan keluarkan kata-kata jahat,

dan jangan suka berdusta.

15 Tinggalkanlah yang jahat dan lakukanlah yang baik;

usahakanlah kedamaian dengan tekun.

16 TUHAN memperhatikan orang salih,

dan mendengar tangisan mereka;

17 1 Ptr 3.10-12 tetapi Dia menentang orang yang berbuat jahat;

apabila mereka mati, mereka cepat dilupakan.

18 Apabila orang salih berseru, TUHAN mendengar

dan menyelamatkan mereka daripada segala kesusahan.

19 TUHAN dekat kepada orang yang tawar hati;

Dia menyelamatkan mereka yang putus asa.

20 Orang baik mengalami banyak kesusahan,

tetapi TUHAN menyelamatkan mereka daripada semuanya;

21 Yoh 19.36 TUHAN memelihara mereka dengan sempurna,

tulang mereka tidak satu pun patah.

22 Orang jahat akan mati kerana kejahatan mereka;

mereka yang membenci orang salih akan dihukum.

23 TUHAN akan menyelamatkan umat-Nya,

mereka yang berlindung kepada-Nya akan diselamatkan.

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também