Pular para o conteúdo
Publicidade

KELUARAN 2

5 Pada masa itu puteri raja turun ke sungai untuk bersiram, sementara dayang-dayangnya berjalan-jalan di pinggir sungai. Tiba-tiba puteri raja ternampak bakul di tengah-tengah rumpun gelagah. Puteri raja menyuruh seorang hamba perempuan untuk mengambil bakul itu. 6 Puteri raja membuka bakul itu lalu nampak seorang bayi lelaki sedang menangis. Puteri raja berasa kasihan terhadap bayi itu dan berkata, "Inilah seorang daripada bayi Ibrani."

7 Kemudian kakak bayi itu bertanya kepada puteri itu, "Tuan puteri, sudikah tuan puteri sekiranya hamba pergi mendapatkan seorang perempuan Ibrani untuk menyusui bayi ini?"

8 Puteri raja menjawab, "Baik, pergilah." Gadis itu pun pergi dan memanggil ibu bayi itu sendiri. 9 Puteri raja berkata kepadanya, "Ambillah bayi ini dan susuilah dia untukku; aku akan mengupah kamu." Kemudian perempuan itu mengambil bayi itu dan menyusui dia.

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também