1 Yakub meneruskan perjalanannya dan pergi ke negeri di sebelah timur Kanaan. 2 Tiba-tiba dia ternampak sebuah perigi di padang. Tiga kawanan domba berbaring di sekeliling perigi itu; ternakan itu biasanya diberi minum di situ. Perigi itu ditutup dengan sebuah batu besar. 3 Apabila semua binatang ternakan sudah berkumpul di tempat itu, para gembala menggulingkan batu itu ke samping, lalu ternakan diberi minum. Setelah itu para gembala menutup perigi itu semula.
4 Yakub bertanya kepada para gembala yang berada di situ, "Hai sahabat-sahabat, kamu datang dari mana?"
"Dari Haran," jawab mereka.
5 Yakub bertanya lagi, "Kenalkah kamu dengan Labancucu Nahor?"
"Ya, kami kenal," jawab mereka.
6 "Adakah dia sihat?" tanya Yakub.
"Dia sihat," jawab mereka. "Lihat, itu dia Rahel, anak perempuan Laban. Dia sedang menggiring ternakan bapanya."
7 Yakub berkata, "Hari masih siang dan belum lagi masanya untuk memasukkan ternakan ke dalam kandang. Mengapa kamu tidak memberi ternakan minum, lalu membiarkan ternakan itu meragut rumput semula?"
8 Mereka menjawab, "Ternakan ini hanya boleh diberi minum apabila semua ternakan sudah berkumpul di sini dan batu penutup digulingkan."
9 Sementara Yakub bercakap-cakap dengan mereka, Raheltiba bersama dengan ternakan bapanya. 10 Apabila Yakub nampak Rahelmenggiring ternakan itu, Yakub pergi ke perigi, menggulingkan batu penutupnya ke samping, lalu memberi ternakan itu minum. 11 Kemudian dia mencium Raheldan menangis kerana terharu. 12 Dia berkata kepada Rahel, "Saya anak Ribka, saudara bapamu."
Rahelberlari untuk memberitahukan hal itu kepada bapanya. 13 Apabila bapanya mendengar berita tentang Yakub, anak saudaranya, dia berlari untuk berjumpa dengan Yakub. Labanmemeluk dan mencium dia, lalu membawa dia masuk ke rumah. Apabila Yakub memberitahu Labansegala yang sudah berlaku, 14 Labanberkata, "Ya, memang kamu sedarah dengan aku."
Maka Yakub tinggal di situ selama satu bulan.
Yakub Bekerja bagi Laban untuk Mendapat Rahel dan Lea
15 Labanberkata kepada Yakub, "Kamu tidak seharusnya bekerja untukku tanpa mendapat apa-apa, hanya kerana kamu saudaraku. Berapakah gaji yang kamu mahu?" 16 Labanmempunyai dua orang anak perempuan; yang sulung bernama Leadan yang bongsu bernama Rahel. 17 Leamempunyai mata yang cantik;cantik; atau tidak bersinar.Rahelpula mempunyai bentuk badan yang menarik dan wajah yang jelita.
18 Yakub jatuh cinta dengan Rahel. Oleh itu dia berkata, "Saya akan bekerja selama tujuh tahun untuk pak cik, jika pak cik membenarkan saya berkahwin dengan Rahel."
19 Labanmenjawab, "Aku lebih suka dia menjadi isterimu daripada isteri orang lain; tinggallah di sini bersama dengan aku." 20 Yakub bekerja selama tujuh tahun untuk mendapat Rahel. Bagi Yakub tahun-tahun itu berlalu seperti beberapa hari sahaja kerana dia mencintai Rahel.
21 Kemudian Yakub berkata kepada Laban, "Masanya sudah tiba; benarkanlah saya berkahwin dengan anak perempuan pak cik!" 22 Maka Labanmembuat jamuan perkahwinan dan menjemput semua orang. 23 Tetapi pada malam itu, untuk menggantikan Rahel, Laban menghantar Leakepada Yakub, lalu Yakub bersetubuh dengan Lea. ( 24 Labanmemberikan Zilpa, hamba perempuannya kepada anaknya Lea, untuk menjadi hambanya.) 25 Pagi esoknya barulah Yakub sedar bahawa Leayang dikahwininya. Dia pergi berjumpa dengan Labandan berkata, "Mengapa pak cik melakukan hal ini kepada saya? Saya sudah bekerja untuk mendapat Rahel. Mengapakah pak cik menipu saya?"
26 Labanmenjawab, "Menurut adat di sini, adik tidak boleh berkahwin sebelum kakaknya berkahwin. 27 Tunggulah sampai selesai pesta tujuh hari perkahwinanmu ini, maka aku akan menyerahkan Rahel kepadamu, jika kamu mahu bekerja untukku selama tujuh tahun lagi."
28 Yakub bersetuju, dan apabila selesai pesta perkahwinan itu, Laban menyerahkan Rahelkepada Yakub untuk menjadi isterinya. ( 29 Labanmenyerahkan Bilha, hamba perempuannya kepada anaknya Rahel, untuk menjadi hambanya.) 30 Yakub juga bersetubuh dengan Rahel, dan dia mengasihi Rahellebih daripada Lea. Kemudian Yakub bekerja untuk Laban selama tujuh tahun lagi.
Anak-Anak Yakub
31 Apabila TUHAN nampak bahawa Leatidak begitu dikasihi seperti Rahel, Dia mengizinkan Leamelahirkan anak tetapi Raheltetap tidak mendapat anak. 32 Leamengandung lalu melahirkan seorang anak lelaki. Dia berkata, "TUHAN sudah melihat kesusahanku, dan kini suamiku akan mengasihi aku." Maka dia menamakan anaknya Ruben.Ruben: Nama ini bunyinya seperti perkataan Ibrani yang bermakna "lihatlah, seorang anak lelaki" dan "sudah melihat kesusahanku".33 Dia mengandung lagi lalu melahirkan seorang anak lelaki. Dia berkata, "TUHAN sudah mengurniakan anak ini kepadaku, kerana Dia sudah mendengar bahawa aku tidak dikasihi." Maka dia menamakan anaknya Simeon.Simeon: Nama ini bunyinya seperti perkataan Ibrani yang bermakna "dengar".34 Lea mengandung lagi dan melahirkan seorang anak lelaki. Dia berkata, "Kini suamiku akan lebih terikat kepadaku, kerana aku sudah melahirkan tiga orang anak lelaki baginya." Maka dia menamakan anaknya Lewi.Lewi: Nama ini bunyinya seperti perkataan Ibrani yang bermakna "terikat".35 Kemudian Lea mengandung lagi dan melahirkan seorang anak lelaki. Dia berkata, "Kali ini aku akan memuji TUHAN." Maka dia menamakan anaknya Yehuda.Yehuda: Nama ini bunyinya seperti perkataan Ibrani yang bermakna "puji".Kemudian Lea tidak melahirkan anak untuk beberapa lama.
Lugar Bíblico
Cidade / Povoado
Harã
Hoje: Harrã (Şanlıurfa), Turquia
חָרָןcharanΧαρράνCharran
Harã é a cidade onde Terá se estabeleceu com Abrão, Sarai e Ló ao sair de Ur dos caldeus, e onde morreu; de lá Abrão partiu para Canaã aos setenta e cinco anos (Gênesis 12:4).
Lia, filha mais velha de Labão, foi dada a Jacó no lugar de Raquel e lhe deu seis filhos, entre eles Rúben, Levi e Judá, e a filha Diná (Gênesis 29:23).

Rúben, primogênito de Jacó e Lia, convenceu os irmãos a não matarem José, mas perdeu o direito de primogenitura por ter se deitado com Bila, a concubina do pai (Gênesis 37:21).
Simeão, segundo filho de Jacó e Lia, vingou com Levi a violação de Diná em Siquém e ficou preso no Egito como garantia da volta de Benjamim (Gênesis 42:24).