1 Abrahamberkahwin lagi dengan seorang perempuan yang bernama Ketura. 2 Isterinya itu melahirkan Zimran, Yoksan, Medan, Midian, Ishbak, dan Suah. 3 Yoksan ialah bapa Syeba dan Dedan. Keturunan Dedanialah orang Asyur, orang Letus, dan orang Leum. 4 Anak Midianialah Efa, Efer, Henokh, Abida, dan Eldaa. Mereka semuanya keturunan Ketura.
5 Walaupun Abrahammewariskan segala harta bendanya kepada Ishak, 6 semasa Abrahammasih hidup, dia memberikan hadiah kepada anak-anak yang dilahirkan oleh isteri-isterinya yang lain. Kemudian dia menyuruh anak-anaknya itu pindah ke daerah di sebelah timur Kanaan, jauh daripada Ishak, anaknya.
Abraham Meninggal dan Dikuburkan
7,8 Abrahammeninggal ketika umurnya sudah lanjut, iaitu 175 tahun. 9 Anak-anaknya Ishak dan Ismaelmengebumikan dia di dalam Gua Makhpela yang terletak di tanah sebelah timur Mamre. Dahulu tanah itu milik Efronanak Zohar, orang Het, 10 Kej 23.3-16tetapi sudah dibeli oleh Abrahamdaripada orang Hetitu. Sara, isteri Abraham, juga dikebumikan di sana. 11 Selepas Abrahammeninggal, Allah memberkati Ishak, anak Abraham, yang tinggal berhampiran dengan perigi yang disebut "Perigi Dia Yang Hidup Yang Melihat Aku."
Keturunan Ismael
(1 Taw 1.28-31)
12 Ismaelialah anak Abrahamdan Hagar, perempuan Mesir, hamba Sara. 13 Berikut ialah nama anak-anak Ismaelmenurut urutan kelahiran mereka: Nebayot, Kedar, Adbeel, Mibsam, 14 Misyma, Duma, Masa, 15 Hadad, Tema, Yetur, Nafis, dan Kedma. 16 Mereka menjadi nenek moyang dua belas suku; pekan dan perkhemahan mereka disebut menurut nama mereka. 17 Ismaelberumur 137 tahun ketika dia meninggal. 18 Keturunan Ismael tinggal di kawasan di antara Hawila dan Syur, di sebelah timur Mesir ke arah Asyur. Mereka hidup terpisah daripada keturunan Abraham yang lain.
Kelahiran Esau dan Yakub
19 Inilah kisah Ishak, anak Abraham. 20 Ishak berumur empat puluh tahun ketika dia berkahwin dengan Ribka anak Betuel, adik Laban, seorang Aram dari Mesopotamia. 21 Oleh sebab Ribka tidak mempunyai anak, Ishak berdoa kepada TUHAN untuk isterinya. TUHAN mengabulkan doanya sehingga Ribka mengandung. 22 Ribka mengandung anak kembar. Sebelum anak-anak itu lahir, mereka bergelut di dalam rahim. Ribka berkata, "Mengapakah perkara seperti ini harus berlaku kepadaku?" Oleh itu dia memohon petunjuk daripada TUHAN.
23 Rm 9.12TUHAN berfirman kepadanya,
"Dua bangsa berada di dalam kandunganmu.
Engkau akan melahirkan dua bangsa yang bermusuhan.
Yang seorang lebih kuat daripada yang lain;
yang sulung akan melayani yang bongsu."
24 Masanya tiba bagi Ribka untuk bersalin, lalu dia melahirkan anak lelaki kembar. 25 Anak yang sulung kemerah-merahan dan kulitnya seperti jubah yang berbulu, maka anak itu dinamakannya Esau.Esau: Nama ini mungkin merujuk kepada Seir, daerah yang didiami oleh keturunan Esau pada kemudian hari; Seir bunyinya seperti perkataan Ibrani yang bermakna "berbulu".26 Apabila anak yang kedua dilahirkan, tangannya memegang tumit Esau, maka anak itu dinamakannya Yakub.Yakub: Nama ini bunyinya seperti perkataan Ibrani yang bermakna "tumit".Ishak berumur enam puluh tahun ketika anak-anak itu dilahirkan.
Esau Menjual Haknya sebagai Anak Sulung
27 Kedua-dua orang anak itu membesar; Esaumenjadi seorang pemburu yang mahir dan suka tinggal di padang, tetapi Yakub bersifat tenang dan suka tinggal di khemah. 28 Ishak lebih sayang kepada Esaukerana dia suka makan daging binatang buruan, tetapi Ribka lebih sayang kepada Yakub.
29 Pada suatu hari ketika Yakub sedang memasak bubur kacang merah, Esaupulang dari berburu. Esauberasa lapar, 30 lalu berkata kepada Yakub, "Aku kelaparan; berilah aku sedikit kacang merah itu." (Itulah sebabnya dia disebut Edom.)Edom: Nama ini bunyinya seperti perkataan Ibrani yang bermakna "merah".
31 Yakub menjawab, "Aku akan memberikan kacang merah itu kepadamu, jika engkau menyerahkan hakmu sebagai anak sulung kepadaku."
32 Esauberkata, "Peduli apa hak itu bagiku. Aku lapar setengah mati!"
33 Ibr 12.16Yakub menjawab, "Bersumpahlah dahulu bahawa kamu akan menyerahkan hakmu kepadaku."
Esau bersumpah dan menyerahkan haknya kepada Yakub. 34 Kemudian Yakub memberikan roti dan sebahagian bubur kacang merah itu kepadanya. Esaumakan dan minum, lalu pergi. Demikianlah Esautidak menghargai haknya sebagai anak sulung.
Pessoa
H85
Abraão
אַבְרָהָ֔םavərahamΑβρααμAbraam
Abraão, chamado por Deus, deixou a sua terra rumo a Canaã, recebeu a promessa de ser pai de muitas nações e foi pai de Isaque, o filho da promessa (Gênesis 12:1).

Ismael, filho de Abraão e da serva egípcia Agar, foi mandado embora com a mãe para o deserto, onde Deus o protegeu, e foi pai de doze príncipes (Gênesis 16:15).