Pular para o conteúdo
Publicidade

Yehezkiel 35

Hukuman Allah terhadap Edom

1 TUHAN berfirman kepadaku, 2 "Hai manusia fana, kecamlah negeri Edom. 3 Sampaikanlah apa yang Aku, TUHAN Raja firmankan kepada penduduknya:

Aku musuh kamu, hai penduduk perbukitan Edom!

Tanah kamu akan Kujadikan tandus dan lengang.

4 Kota-kota kamu akan Kujadikan reruntuhan,

dan negeri kamu dijadikan padang gurun.

Barulah kamu tahu bahawa Akulah TUHAN.

5 Kamu sentiasa memusuhi umat Israel. Kamu membiarkan mereka dibantai pada waktu mereka ditimpa bencana sebagai hukuman terakhir bagi dosa mereka. 6 Oleh itu, Aku, Allah yang hidup, TUHAN Raja, bersumpah bahawa kamu akan mati dan kamu tidak akan terlepas daripadanya. Kamu bersalahSebuah terjemahan kuno:bersalah; Naskhah Ibrani:membenci. kerana melakukan pembunuhan, oleh itu pembunuhan pun akan mengejar kamu. 7 Aku akan menjadikan perbukitan Edom lengang, dan membunuh sesiapa sahaja yang lalu di sana. 8 Bukit-bukitnya akan Aku liputi dengan mayat, dan lembah-lembah akan Aku penuhi dengan mayat orang yang gugur dalam peperangan. 9 Aku akan menjadikan negeri kamu tandus dan lengang selama-lamanya. Tiada sesiapa pun akan tinggal di kota-kota kamu lagi. Barulah kamu tahu bahawa Akulah TUHAN.

10 Kamu berkata bahawa kedua-dua bangsa itu, Yehuda dan Israel adalah kepunyaan kamu, dan kamu akan menduduki tanah mereka, walaupun Aku, TUHAN ialah Allah mereka. 11 Oleh itu, demi Aku, Allah yang hidup, TUHAN Raja, Aku akan membalas dendam terhadap kamu kerana kamu marah, cemburu, dan benci kepada umat-Ku. Mereka akan tahu bahawa Aku menghukum kamu kerana perbuatan kamu terhadap mereka. 12 Barulah kamu tahu bahawa Aku, TUHAN, telah mendengar hinaan kamu apabila kamu berkata, ‘Gunung-gunung Israel sudah menjadi lengang dan diserahkan menjadi mangsa kita.’ 13 Aku telah mendengar segala nistaan kamu terhadap Aku."

14 TUHAN Raja berfirman, "Aku akan menjadikan negeri kamu tandus dan lengang sehingga seluruh dunia bersukacita kerana kejatuhan kamu, 15 Yes 34.5-17,63.1-6;Yer 49.7-22;Yeh 25.12-14;Am 1.11-12;Ob1-14;Mal 1.2-5 sebagaimana kamu dahulu bersukacita melihat negeri , milik-Ku itu menjadi tandus dan lengang. Sesungguhnya perbukitan , bahkan seluruh negeri akan menjadi tandus dan lengang. Pada masa itu barulah setiap orang tahu bahawa Akulah TUHAN."

Pessoa
H3290
Jacó
יַעֲקֹ֑בyaaqovΙακωβIakob
Jacó, filho de Isaque, comprou de Esaú o direito de primogenitura, lutou com Deus em Peniel e recebeu o nome Israel; seus doze filhos deram origem às tribos (Gênesis 32:28).
Significado: “Aquele que segura pelo calcanhar (suplantador)”
Ver página completa
Lugar Bíblico
Monte / Elevação
Monte Seir
Hoje: Jebel esh Shera
שֵׂעִירseir
O Monte Seir é a montanha que o Senhor deu como herança a Esaú; os descendentes de Esaú expulsaram dali os horeus e se estabeleceram no lugar deles (Deuteronômio 2:12).
30,18° N, 35,32° L
Citado em 34 versículosTb.: Seir
Ver página completa
Lugar Bíblico
Região / Território
Edom
Hoje: Sul da Jordânia (Seir / Petra)
אֱדוֹםedom
Edom é a terra de Seir, onde vivia Esaú, irmão de Jacó. O rei de Edom negou a Israel passagem por sua terra, e Edom se rebelou contra Judá (2 Reis 8:22).
30,75° N, 35,60° L
Citado em 111 versículos
Ver página completa
Todos os capítulos de Yehezkiel 48
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
  21. 21
  22. 22
  23. 23
  24. 24
  25. 25
  26. 26
  27. 27
  28. 28
  29. 29
  30. 30
  31. 31
  32. 32
  33. 33
  34. 34
  35. 35
  36. 36
  37. 37
  38. 38
  39. 39
  40. 40
  41. 41
  42. 42
  43. 43
  44. 44
  45. 45
  46. 46
  47. 47
  48. 48

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.