4 Why 7.3,9.4,14.1"Jelajahilah seluruh kota Yerusalem dan bubuhlah tanda pada dahi setiap orang yang sedih dan susah kerana segala perbuatan yang menjijikkan yang dilakukan di kota itu."
5 Aku mendengar Allah berfirman kepada lelaki-lelaki yang lain, "Ikutlah dia ke seluruh kota dan bunuhlah setiap orang. Jangan lepaskan seorang pun. Jangan kasihani sesiapa pun. 6 Bunuhlah orang tua, teruna, dara, ibu, dan kanak-kanak. Tetapi jangan sentuh seorang pun yang mempunyai tanda pada dahi. Mulalah dari sini, dari Rumah-Ku." Oleh itu mereka memulakan tugas dengan membunuh para pemimpin yang berdiri di Rumah TUHAN.