8 Apabila Dia datang kelak, Dia akan membuktikan kepada orang dunia bahawa pendapat mereka tentang dosa, tentang apa yang benar, dan tentang hukuman Allah, semuanya salah. 9 Pendapat mereka tentang dosa salah, kerana mereka tidak percaya kepada-Ku. 10 Pendapat mereka tentang apa yang benar itu salah, kerana Aku pergi kepada Bapa dan kamu tidak akan melihat Aku lagi. 11 Pendapat mereka tentang hukuman Allah pun salah, kerana penguasa dunia ini sudah dihukum.
Publicidade