Pular para o conteúdo
Publicidade

Yosua 7

Dosa Akhan

1 Firman TUHAN yang melarang orang mengambil apa-apa pun dari kota Yerikho yang sepatutnya dimusnahkan, tidak dipatuhi. Seorang yang bernama Akhan anak Karmi melanggar perintah itu. Oleh itu TUHAN murka kepada umat . (Akhan anak Karmi dan cucu Zabdi; dia daripada puak , sebahagian daripada suku Yehuda.)

2 Yosua mengirim beberapa orang dari Yerikho ke , sebuah kota di sebelah timur , dekat Bet-Awen. Yosua menyuruh mereka menjelajahi negeri itu. Setelah mereka berbuat demikian, 3 mereka memberikan laporan kepada Yosua, "Tidak perlu semua orang pergi menyerang kota itu. Kirimlah dua atau tiga ribu orang sahaja. Tidak perlu seluruh angkatan tentera pergi ke sana untuk berperang kerana kota bukan kota yang besar." 4 Oleh itu hanya kira-kira tiga ribu orang Israel menyerang kota itu, tetapi mereka dipukul mundur. 5 Orang mengejar mereka dari pintu gerbang kota itu hingga ke kawasan kuari, lalu membunuh kira-kira tiga puluh enam orang Israel di lereng bukit. Oleh itu orang Israel hilang semangat dan menjadi takut.

6 Yosua dan para pemimpin Israel mengoyak-ngoyakkan pakaian kerana dukacita, lalu sujud di hadapan Tabut Perjanjian TUHAN sehingga senja. Mereka juga menghamburkan debu di atas kepala untuk menunjukkan kesedihan mereka. 7 Yosua berkata. "Ya TUHAN Raja, mengapakah Engkau membawa kami menyeberang Sungai Yordan? Adakah Engkau hendak menyerahkan kami kepada orang Amori supaya dibinasakan oleh mereka? Mengapakah Engkau tidak membiarkan kami tinggal saja di seberang sungai itu? 8 Ya Tuhan, apakah yang dapat aku katakan sekarang, setelah orang Israel dipukul mundur oleh musuh? 9 Orang Kanaan dan semua orang di negeri ini akan mendengar tentang hal itu. Mereka akan mengepung kami lalu membunuh kami semua! Kemudian apakah yang akan Engkau buat untuk mempertahankan kehormatan-Mu?"

10 TUHAN berfirman kepada Yosua, "Bangunlah! Mengapakah engkau sujud demikian? 11 Umat Israel telah berdosa! Mereka melanggar perjanjian yang Aku suruh mereka pegang. Mereka telah mengambil sebahagian daripada barang-barang yang sepatutnya dimusnahkan. Mereka mencuri barang-barang itu lalu berdusta pula. Mereka menyimpannya bersama dengan barang-barang mereka sendiri. 12 Itulah sebabnya orang tidak dapat melawan musuh. Mereka terpaksa mundur kerana mereka sendiri telah dijatuhi hukuman untuk dibinasakan. Aku tidak akan menyertai kamu lagi kecuali kamu memusnahkan barang-barang yang tidak sepatutnya kamu simpan. 13 Bangunlah! Sucikanlah umat dan suruhlah mereka bersedia menghadap Aku. Suruhlah mereka bersedia menghadap Aku esok kerana Aku, TUHAN dan Allah umat Israel berfirman, ‘Hai orang Israel, ada pada kamu sebahagian barang yang sepatutnya dimusnahkan menurut perintah-Ku. Kamu tidak dapat mengalahkan musuh sebelum kamu membuang barang-barang itu.’ 14 Oleh itu beritahulah mereka bahawa pada pagi esok mereka akan dihadapkan kepada-Ku, suku demi suku. Suku yang Aku tunjuk akan tampil, puak demi puak. Puak yang Aku tunjuk akan tampil, keluarga demi keluarga. Keluarga yang Aku tunjuk akan tampil, seorang demi seorang. 15 Orang yang didapati menyimpan barang-barang terlarang itu akan dibakar, bersama-sama keluarganya dan segala miliknya kerana dia telah mempermalukan Israel dan melanggar perjanjian-Ku."

16 Keesokan harinya, Yosua bangun pagi-pagi dan menghadapkan orang Israel kepada TUHAN, suku demi suku, lalu suku Yehuda yang ditunjuk. 17 Yosua menghadapkan suku Yehuda, puak demi puak, lalu puak Zerah yang ditunjuk. Kemudian dia menghadapkan puak Zerah, keluarga demi keluarga, lalu keluarga Zabdi yang ditunjuk. 18 Kemudian Yosua menghadapkan keluarga Zabdi, seorang demi seorang, lalu Akhan yang ditunjuk. Akhan anak Karmi dan cucu Zabdi. 19 Yosua berkata kepadanya, "Hai anakku, katakanlah yang benar di hadapan TUHAN, Allah Israel dan mengakulah. Sekarang, beritahulah aku apa yang telah engkau lakukan. Jangan sembunyikan perkara itu daripadaku."

20 Akhan menjawab, "Sesungguhnya saya telah berdosa terhadap TUHAN, Allah Israel. Inilah yang saya lakukan. 21 Saya mendapati sehelai jubah yang cantik buatan Babilonia, perak seberat hampir dua kilogram, dan sebatang emas yang beratnya lebih daripada setengah kilogram di antara barang-barang jarahan itu. Saya begitu menginginkan barang-barang itu sehingga saya mengambilnya. Barang-barang itu tertanam di tanah di dalam khemah saya; perak itu terletak di bawah sekali."

22 Kemudian Yosua menyuruh beberapa orang berlari ke khemah itu. Mereka mendapati barang-barang terkutuk itu benar-benar tertanam di sana, dengan perak terletak di bawah sekali. 23 Mereka membawa barang-barang itu keluar dari khemah, lalu membawanya kepada Yosua dan semua umat . Mereka meletakkan barang-barang itu di hadapan TUHAN. 24 Yosua dan semua umat Israel menangkap Akhan, lalu mengambil perak, jubah, dan emas itu; mereka juga menangkap anak-anaknya lelaki dan perempuan dan mengambil lembu, keldai, domba, khemah, dan segala miliknya lalu membawa semuanya ke Lembah Kesusahan. 25 Kemudian Yosua berkata, "Lihatlah kesusahan yang telah engkau datangkan kepada kami! Sekarang TUHAN pun akan mendatangkan kesusahan kepadamu!" Maka semua umat Israel merejam Akhan sehingga mati. Mereka juga merejam dan membakar anggota keluarganya dan segala miliknya. 26 Kemudian mereka menimbuninya dengan batu sehingga menjadi satu timbunan yang besar. Timbunan batu itu masih ada di sana sampai hari ini. Itulah sebabnya tempat itu masih dinamakan Lembah Kesusahan.

Selepas itu TUHAN tidak murka lagi.

Pessoa
H3290
Jacó
יַעֲקֹ֑בyaaqovΙακωβIakob
Jacó, filho de Isaque, comprou de Esaú o direito de primogenitura, lutou com Deus em Peniel e recebeu o nome Israel; seus doze filhos deram origem às tribos (Gênesis 32:28).
Significado: “Aquele que segura pelo calcanhar (suplantador)”
Ver página completa
Pessoa
H3290
Jacó
יַעֲקֹ֑בyaaqovΙακωβIakob
Jacó, filho de Isaque, comprou de Esaú o direito de primogenitura, lutou com Deus em Peniel e recebeu o nome Israel; seus doze filhos deram origem às tribos (Gênesis 32:28).
Significado: “Aquele que segura pelo calcanhar (suplantador)”
Ver página completa
Pessoa
Tribo de Judá
Zerá
זָֽרַחzerach
Zerá, filho de Judá e Tamar, nasceu gêmeo de Perez; pôs a mão para fora primeiro, e a parteira atou nela um fio vermelho (Gênesis 38:30).
Citado em 13 versículos
Ver página completa
Lugar Bíblico
Cidade / Povoado
Ai
Hoje: Et Tell
עַיay
Ai é a cidade a leste de Betel cujos homens mataram trinta e seis israelitas e que Josué depois tomou com uma emboscada, destruindo todos os seus moradores (Josué 8:26).
31,92° N, 35,26° L
Citado em 32 versículos
Ver página completa
Lugar Bíblico
Cidade / Povoado
Betel
Hoje: Beitin (Betel)
בֵּֽיתְ־אֵלbet-el
Betel é a cidade antes chamada Luz, onde Deus se revelou a um homem que fugia do irmão e onde foi construído um altar; ali também foi posto um bezerro (Gênesis 35:7).
31,92° N, 35,24° L
Citado em 69 versículos
Ver página completa
Lugar Bíblico
Cidade / Povoado
Ai
Hoje: Et Tell
עַיay
Ai é a cidade a leste de Betel cujos homens mataram trinta e seis israelitas e que Josué depois tomou com uma emboscada, destruindo todos os seus moradores (Josué 8:26).
31,92° N, 35,26° L
Citado em 32 versículos
Ver página completa
Lugar Bíblico
Cidade / Povoado
Ai
Hoje: Et Tell
עַיay
Ai é a cidade a leste de Betel cujos homens mataram trinta e seis israelitas e que Josué depois tomou com uma emboscada, destruindo todos os seus moradores (Josué 8:26).
31,92° N, 35,26° L
Citado em 32 versículos
Ver página completa
Pessoa
H3290
Jacó
יַעֲקֹ֑בyaaqovΙακωβIakob
Jacó, filho de Isaque, comprou de Esaú o direito de primogenitura, lutou com Deus em Peniel e recebeu o nome Israel; seus doze filhos deram origem às tribos (Gênesis 32:28).
Significado: “Aquele que segura pelo calcanhar (suplantador)”
Ver página completa
Pessoa
H3290
Jacó
יַעֲקֹ֑בyaaqovΙακωβIakob
Jacó, filho de Isaque, comprou de Esaú o direito de primogenitura, lutou com Deus em Peniel e recebeu o nome Israel; seus doze filhos deram origem às tribos (Gênesis 32:28).
Significado: “Aquele que segura pelo calcanhar (suplantador)”
Ver página completa
Todos os capítulos de Yosua 24
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
  21. 21
  22. 22
  23. 23
  24. 24

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.