Ucapan Syukur Maria
46 1 Sam 2.1-10Maria berkata,
"Hatiku menyanjung Tuhan;
47 jiwaku bersukacita kerana Allah, Penyelamatku,
48 1 Sam 1.11Dia ingat akan daku, hamba-Nya yang hina!
Mulai sekarang semua orang akan mengatakan aku berbahagia,
49 kerana Allah Maha Kuasa sudah melakukan perkara yang besar untukku.
Sucilah nama-Nya.