Pular para o conteúdo
Publicidade

Lukas 17

Tentang Dosa

Matius 18:6,7,21,22; Markus 9:42

1 Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, "Hal-hal yang menyebabkan orang berbuat dosa pasti ada, tetapi malanglah orang yang menyebabkan hal-hal itu berlaku! 2 Lebih baik jika batu kisaran diikat pada lehernya, lalu dia dibuang ke dalam laut, daripada dia menyebabkan salah seorang yang lemah imannya berbuat dosa. 3 Mat 18.15 Berwaspadalah!

Jika saudara kamu berdosa, tegurlah dia. Jika dia bertaubat, ampunilah dia. 4 Jika dia berdosa terhadap kamu tujuh kali dalam sehari dan tiap-tiap kali dia datang kepada kamu serta berkata, ‘Saya minta ampun,’ kamu harus mengampuninya."

Tentang Iman

5 Rasul-rasul Yesus berkata kepada Yesus, "Tuhan, teguhkanlah iman kami."

6 Tuhan menjawab, "Jika kamu mempunyai iman sebesar biji sawi, kamu dapat berkata kepada pokok ara ini, ‘Tercabutlah dan tertanamlah di laut.’ Pasti pokok itu akan menurut perintah kamu."

Kewajipan Seorang Hamba

7 "Andaikan seorang daripada kamu mempunyai seorang hamba yang sedang membajak atau menggembalakan domba. Apabila hamba itu balik dari ladang, adakah kamu berkata kepadanya, ‘Marilah dan makanlah’? 8 Tentu tidak! Sebaliknya kamu akan berkata kepadanya, ‘Siapkanlah makananku. Kenakan pakaian yang bersih dan layanilah aku sementara aku makan dan minum, setelah itu barulah kamu makan.’ 9 Seorang hamba tidak perlu dipuji apabila dia menurut perintah tuannya, bukan? 10 Demikian juga kamu. Apabila kamu sudah melakukan segala yang diperintahkan, berkatalah, ‘Kami hanya hamba biasa; kami hanya melakukan kewajipan.’ "

Yesus Menyembuhkan Sepuluh Orang Berpenyakit Kulit yang Mengerikan

11 Dalam perjalanan ke Yerusalem, Yesus melalui sempadan dan . 12 Apabila Dia memasuki sebuah pekan, sepuluh orang berpenyakit kulit yang mengerikan datang menjumpai Dia. Mereka berdiri dari jauh 13 dan berseru, "Yesus! Tuan! Kasihanilah kami!"

14 Im 14.1-32 Yesus melihat mereka lalu berkata, "Pergilah dan mintalah imam mengesahkan kesembuhan kamu."

Dalam perjalanan ke sana mereka sembuh.sembuh: Lihat 5.12.15 Ketika seorang daripada mereka sedar bahawa dia sudah sembuh, dia berpatah balik sambil memuji Allah dengan suara yang kuat. 16 Dia sujud di hadapan Yesus dan mengucapkan terima kasih kepada-Nya. Orang itu orang Samaria. 17 Yesus berkata, "Bukankah sepuluh orang yang disembuhkan? Di manakah yang sembilan orang lagi? 18 Mengapakah orang bangsa asing ini sahaja yang kembali untuk bersyukur kepada Allah?" 19 Lalu Yesus berkata kepada orang itu, "Bangunlah dan pergilah; kamu sembuh kerana kamu percaya kepada-Ku."

Allah Datang untuk Memerintah

Matius 24:23-28,37-41

20 Beberapa orang Farisi bertanya kepada Yesus, "Bilakah Allah akan datang untuk memerintah?"Allah akan datang untuk memerintah; Harfiah: Kerajaan Allah. Yesus menjawab, "Pemerintahan Allah tidak bermula dengan tanda-tanda yang dapat dilihat, 21 sehingga orang dapat berkata, ‘Lihatlah di sini!’ atau ‘Lihatlah di sana!’; kerana Allah sudah mula memerintah antara kamu."antara kamu; atau dalam diri kamu, atau tiba-tiba menampakkan diri antara kamu.

22 Setelah itu Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, "Masanya akan tiba apabila kamu berharap dapat melihat zaman Anak Manusia, tetapi kamu tidak dapat melihatnya. 23 Nanti orang akan berkata kepada kamu, ‘Lihat, di situ!’ atau, ‘Lihat, di sini!’ Jangan kamu keluar mencarinya. 24 Sebagaimana kilat memancar di langit lalu menerangi langit dari hujung ke hujung, demikian juga keadaan Anak Manusia pada masa itu. 25 Tetapi terlebih dahulu Dia mesti mengalami banyak penderitaan dan tidak diterima oleh orang zaman ini. 26 Kej 6.5-8 Seperti pada zaman Nabi Nuh dahulu, demikian juga halnya pada masa Anak Manusia kelak. 27 Kej 7.6-24 Orang makan dan minum; lelaki dan perempuan berkahwin sehingga pada hari Nabi Nuh masuk ke dalam bahtera. Lalu air bah datang dan membinasakan mereka semua. 28 Juga seperti pada zaman ; orang makan minum, berjual beli, bercucuk tanam, dan membina rumah. 29 Kej 18.20—19.25 Tetapi pada hari meninggalkan , api dan belerang turun dari langit dan membinasakan mereka semua. 30 Demikianlah keadaannya pada hari Anak Manusia menampakkan diri.

31 Mat 24.17-18;Mrk 13.15-16 Pada hari itu, orang yang di bumbung rumah, janganlah turun untuk mengambil barang di dalam rumah. Begitu juga orang yang di ladang, janganlah balik ke rumah. 32 Kej 19.26 Ingatlah akan apa yang sudah berlaku terhadap isteri ! 33 Mat 10.39,16.25;Mrk 8.35;Luk 9.24;Yoh 12.25 Sesiapa yang berusaha mempertahankan hidupnya akan kehilangan hidup yang sejati, tetapi sesiapa yang mengorbankan hidupnya akan menyelamatkannya. 34 Percayalah, pada malam itu dua orang sedang tidur di atas sebuah katil; seorang akan dibawa dan seorang lagi ditinggalkan. 35 Dua orang wanita sedang menggiling gandum; seorang akan dibawa dan seorang lagi ditinggalkan. [ 36 Dua orang lelaki sedang di ladang; seorang akan dibawa dan seorang lagi ditinggalkan.]"Beberapa buah naskhah kuno menambahkan ayat ini.

37 Pengikut-pengikut Yesus bertanya, "Di mana, ya Tuhan?"

Yesus menjawab, "Di tempat ada bangkai, di situ ada burung pemakan bangkai."

Lugar Bíblico
Região / Território
Samaria
Hoje: Sebastia (Samaria)
ΣαμάρειαSamareiaשֹׁמְרוֹןshomeron
Samaria é a região por onde Jesus passou e onde, numa cidade, Filipe anunciou o Cristo; os apóstolos em Jerusalém, ao ouvirem que Samaria recebera a palavra de Deus, enviaram Pedro e João (Atos 8:14).
32,28° N, 35,20° L
Citado em 13 versículos
Ver página completa
Lugar Bíblico
Região / Território
Galileia
Hoje: Galileia (Norte de Israel)
ΓαλιλαίαGalilaiaגָּלִילgalil
A Galileia é a terra de Nazaré e de Caná, de onde Jesus veio para ser batizado por João no Jordão e de onde o seguiram multidões e mulheres (Marcos 1:9).
32,76° N, 35,53° L
Citado em 78 versículosTb.: Galiléia
Ver página completa
Pessoa
H3876
Ló
ΛωτLotלֽוֹטlot
Ló, sobrinho de Abraão, foi morar em Sodoma e escapou da destruição da cidade com as duas filhas; a mulher dele olhou para trás e virou estátua de sal (Gênesis 19:29).
Significado: “Véu, cobertura”
Ver página completa
Pessoa
H3876
Ló
ΛωτLotלֽוֹטlot
Ló, sobrinho de Abraão, foi morar em Sodoma e escapou da destruição da cidade com as duas filhas; a mulher dele olhou para trás e virou estátua de sal (Gênesis 19:29).
Significado: “Véu, cobertura”
Ver página completa
Lugar Bíblico
Cidade / Povoado
Sodoma
Hoje: Sul da península de Lisan (Mar Morto)
ΣόδομαSodomaסְדֹםsedom
Sodoma foi uma cidade da planície onde morou Ló, sobrinho de Abrão. O pecado da cidade era grave, e Deus a destruiu junto com Gomorra (Gênesis 19:28).
31,21° N, 35,45° L
Citado em 50 versículos
Ver página completa
Pessoa
H3876
Ló
ΛωτLotלֽוֹטlot
Ló, sobrinho de Abraão, foi morar em Sodoma e escapou da destruição da cidade com as duas filhas; a mulher dele olhou para trás e virou estátua de sal (Gênesis 19:29).
Significado: “Véu, cobertura”
Ver página completa
Todos os capítulos de Lukas 24
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
  21. 21
  22. 22
  23. 23
  24. 24

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.