Yesus Masuk ke Rumah Tuhan
15 Ketika mereka tiba di Yerusalem, Yesus pergi ke Rumah Tuhan lalu mula mengusir semua orang yang berjual beli di situ. Dia menunggangbalikkan meja para penukar wang dan bangku para penjual burung merpati. 16 Dia tidak membenarkan orang membawa apa-apa pun melalui halaman Rumah Tuhan. 17 Yes 56.7;Yer 7.11Kemudian Dia mengajar orang ramai di situ. Dia berkata, "Di dalam Alkitab tertulis bahawa Allah berfirman, ‘Rumah-Ku akan disebut rumah tempat berdoa untuk semua bangsa!’ Tetapi kamu menjadikannya tempat persembunyian perompak!"