Pular para o conteúdo
Publicidade

Markus 6:1-6

TMVR Alkitab Berita Baik

Yesus Tidak Diterima di Nasaret

1 Yesus meninggalkan tempat itu, lalu pulang bersama dengan pengikut-pengikut-Nya ke kampung halaman-Nya. 2 Pada hari Sabat Dia mula mengajar di rumah ibadat. Orang di situ sangat banyak. Apabila mereka mendengar ajaran Yesus, mereka semua hairan. Mereka berkata, "Dari manakah dia memperoleh semuanya ini? Kebijaksanaan apakah yang ada padanya? Bagaimanakah dia dapat melakukan mukjizat? 3 Bukankah dia ini tukang kayu, anak dan juga saudara Yakobus, Yoses, Yudas, dan Simon? Bukankah saudara-saudara perempuannya tinggal di sini?" Oleh itu mereka tidak mahu menerima Dia.

4 Yoh 4.44Yesus berkata kepada mereka, "Seorang nabi dihormati di mana-mana tempat, kecuali di kampung halamannya dan antara sanak saudaranya serta keluarganya sendiri."

5 Dia tidak dapat melakukan satu mukjizat pun di situ. Dia hanya menyembuhkan beberapa orang sakit dengan meletakkan tangan-Nya pada mereka. 6 Yesus sangat hairan kerana mereka tidak percaya kepada-Nya.

Kemudian Yesus pergi ke kampung-kampung di sekitar tempat itu dan mengajar orang.

Pessoa
G3137
Maria
ΜαρίαMariaמִרְיָםmirəyam
Maria, virgem de Nazaré prometida em casamento a José, foi a mãe de Jesus, que concebeu pelo Espírito Santo, e esteve junto à cruz do filho (Lucas 1:27).
Significado: “Amada, senhora”
Ver página completa

Em outras traduções

  1. TMVRD Alkitab Berita Baik (Katolik)

    1 Yesus meninggalkan tempat itu, lalu pulang bersama dengan pengikut-pengikut-Nya ke kampung halaman-Nya. 2 Pada hari Sabat Dia mula mengajar di rumah ibadat. Orang di situ sangat banyak. Apabila mereka mendengar ajaran Yesus, mereka semua hairan. Mereka berkata, "Dari manakah dia memperoleh semuanya ini? Kebijaksanaan apakah yang ada padanya? Bagaimanakah dia dapat melakukan mukjizat? 3 Bukankah dia ini tukang kayu, anak Maria dan juga saudara Yakobus, Yoses, Yudas, dan Simon? Bukankah saudara-saudara perempuannya tinggal di sini?" Oleh itu mereka tidak mahu menerima Dia.

    4 Yesus berkata kepada mereka, "Seorang nabi dihormati di mana-mana tempat, kecuali di kampung halamannya dan antara sanak saudaranya serta keluarganya sendiri."

    5 Dia tidak dapat melakukan satu mukjizat pun di situ. Dia hanya menyembuhkan beberapa orang sakit dengan meletakkan tangan-Nya pada mereka. 6 Yesus sangat hairan kerana mereka tidak percaya kepada-Nya.

    Kemudian Yesus pergi ke kampung-kampung di sekitar tempat itu dan mengajar orang.

Direitos das traduções citadas
Todos os capítulos de Markus 16
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.