Pular para o conteúdo
Publicidade

Markus 6:14-29

Kematian Yohanes Pembaptis

14 Raja HerodesRaja Herodes: Herodes Antipas, penguasa di Galilea. mendengar segala kejadian itu, kerana nama Yesus sudah terkenal di semua tempat. Ada orang berkata, "Yohanes Pembaptis sudah hidup semula! Itulah sebabnya dia mempunyai kuasa untuk melakukan mukjizat."

15 Mat 16.14;Mrk 8.28;Luk 9.19Tetapi yang lain berkata, "Dia Elia."

Ada pula yang berkata, "Dia itu nabi, seperti salah seorang nabi zaman dahulu."

16 Ketika mendengar hal itu, Raja Herodes bertitah, "Dialah Yohanes Pembaptis! Dengan perintah beta, kepalanya sudah dipancung, tetapi dia hidup semula!"

17 Dahulu Raja Herodes memberikan perintah supaya Yohanes ditangkap, diikat lalu dimasukkan ke dalam penjara. Raja Herodes berbuat demikian kerana Herodias, yang telah dikahwininya walaupun sebenarnya wanita itu isteri Filipus, saudara Raja Herodes. 18 Luk 3.19-20Yohanes selalu menegur Raja Herodes, katanya, "Tuanku bersalah kerana berkahwin dengan isteri saudara tuanku!"

19 Itulah sebabnya Herodias menaruh dendam terhadap Yohanes dan ingin membunuh dia. Tetapi Herodias tidak dapat melakukan hal itu kerana dihalang oleh Raja Herodes. 20 Raja Herodes takut akan Yohanes kerana Raja Herodes tahu bahawa Yohanes seorang yang baik dan diutus oleh Allah. Oleh itu Raja Herodes menjaga keselamatan Yohanes. Raja Herodes suka mendengar kata-kata Yohanes, meskipun kata-katanya membuat Raja Herodes sangat gelisah.

21 Akhirnya Herodias mendapat peluang pada hari keputeraan Raja Herodes. Raja Herodes mengadakan jamuan untuk semua pegawai tinggi kerajaan, pegawai tentera, dan tokoh-tokoh masyarakat . 22 Anak perempuan HerodiasAnak perempuan Herodias; Beberapa buah naskhah kuno:Anak gadisnya (iaitu anak gadis Raja Herodes) yang bernama Herodias. menari dan menghiburkan hati Raja Herodes serta tetamunya. Oleh itu Raja Herodes bertitah kepada anak gadis itu, "Anakanda ingin apa? Ayahanda akan memberikan apa sahaja yang anakanda ingini!" 23 Lalu Raja Herodes berjanji kepada gadis itu dengan sumpah. Raja Herodes bertitah, "Ayahanda berjanji memberikan apa sahaja yang anakanda minta, bahkan separuh daripada kerajaan ayahanda sekalipun!"

24 Oleh itu gadis itu keluar dan bertanya kepada ibunya, "Apakah yang sebaiknya saya minta?"

Ibunya menjawab, "Mintalah kepala Yohanes Pembaptis."

25 Gadis itu segera kembali kepada Raja Herodes dan berkata, "Anakanda minta ayahanda memberi anakanda kepala Yohanes Pembaptis di atas talam sekarang juga!"

26 Setelah mendengar permintaan itu, Raja Herodes sangat berdukacita. Tetapi Raja Herodes tidak dapat menolak permintaan itu kerana telah berjanji dengan sumpah di hadapan semua tetamunya. 27 Lalu Raja Herodes memberikan perintah kepada askarnya untuk mengambil kepala Yohanes Pembaptis. Askar itu meninggalkan istana, pergi ke penjara lalu memancung kepala Yohanes. 28 Kemudian kepala itu diletakkannya di atas talam, dibawanya ke istana, dan diserahkannya kepada gadis itu. Lalu gadis itu menyerahkan kepala Yohanes kepada ibunya. 29 Apabila pengikut Yohanes mendengar hal itu, mereka mengambil jenazah Yohanes dan mengebumikannya.

Lugar Bíblico
Região / Território
Galileia
Hoje: Galileia (Norte de Israel)
ΓαλιλαίαGalilaiaגָּלִילgalil
A Galileia é a terra de Nazaré e de Caná, de onde Jesus veio para ser batizado por João no Jordão e de onde o seguiram multidões e mulheres (Marcos 1:9).
32,76° N, 35,53° L
Citado em 78 versículosTb.: Galiléia
Ver página completa
Todos os capítulos de Markus 16
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.