Pular para o conteúdo
Publicidade

AMSAL 1

Nilai Amsal

1 1 Raj 4.32Amsal-amsal Raja Salomo raja Israel, iaitu putera Raja Daud.

2 Amsal yang berikut akan menolong kamu mengenal hikmat dan nasihat yang baik, serta memahami ungkapan yang dalam maknanya. 3 Amsal ini mengajar kamu hidup dengan bijaksana, jujur, adil, dan tidak berat sebelah. 4 Amsal ini dapat mengajar orang yang tidak berpengalaman supaya berfikiran tajam, dan mengajar orang muda menjadi pandai dan bijaksana. 5 Amsal ini dapat menambah pengetahuan orang bijaksana dan dapat membimbing orang terpelajar. 6 Dengan demikian mereka dapat memahami makna yang tersirat dalam amsal, kata-kata, dan soalan yang dikemukakan oleh orang bijaksana.

Nasihat kepada Orang Muda

7 Ayb 28.28;Mzm 111.10;Ams 9.10Untuk memperoleh pengetahuan, pertamanya kamu mesti hormat dan takut kepada TUHAN.Untuk...TUHAN; atau Pengetahuan yang paling utama adalah hormat dan takut kepada TUHAN. Orang bodoh tidak tahu menghargai hikmat dan tidak mahu belajar.

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também