Pular para o conteúdo
Publicidade

1 Raja-raja 17

Elia dan Kemarau Panjang

1 Yak 5.17 Seorang nabi bernama Elia dari Tisbe di berkata kepada Raja , "Demi TUHAN yang hidup, Allah Israel yang hamba sembah, hamba memberitahu tuanku bahawa selama dua atau tiga tahun tidak akan ada embun ataupun hujan, sehingga hamba mengatakan ada hujan."

2 Kemudian TUHAN berfirman kepada Elia, 3 "Tinggalkanlah tempat ini dan pergilah ke sebelah timur. Bersembunyilah dekat sungai kecil Kerit, di sebelah timur Sungai Yordan. 4 Engkau dapat minum dari sungai kecil itu, dan Aku akan memerintah burung gagak untuk membawa makanan kepadamu di situ."

5 Elia mentaati perintah TUHAN itu. Dia pergi tinggal di tepi sungai kecil Kerit. 6 Dia minum dari sungai kecil itu, dan burung gagak membawa roti dan daging kepadanya setiap pagi dan petang. 7 Tidak berapa lama kemudian, sungai kecil itu kering kerana tidak ada hujan.

Elia dan Balu di Sarfat

8 Kemudian TUHAN berfirman kepada Elia, 9 Luk 4.25-26 "Pergilah ke kota Sarfat dekat , dan tinggallah di sana. Aku sudah memerintah seorang balu yang tinggal di sana untuk memberikan makanan kepadamu." 10 Maka Elia pergi ke Sarfat. Apabila dia tiba di pintu gerbang kota itu, dia nampak seorang balu sedang mengumpulkan kayu api. Elia berkata kepadanya, "Tolong beri saya air minum." 11 Apabila balu itu hendak pergi untuk mengambil air, Elia berkata lagi, "Dan tolonglah beri saya roti juga."

12 Balu itu menjawab, "Demi TUHAN yang hidup, Allah yang tuan sembah, saya bersumpah bahawa saya tidak mempunyai roti. Saya hanya mempunyai segenggam tepung gandum di dalam mangkuk dan sedikit minyak zaitun di dalam botol. Saya sedang mengumpulkan sedikit kayu api untuk dibawa pulang supaya saya dapat memasak bahan yang tinggal itu untuk saya dan anak saya. Itulah makanan kami yang terakhir; setelah itu kami akan menunggu maut sahaja."

13 Elia berkata kepadanya, "Jangan khuatir. Pergilah sediakan makananmu. Tetapi sebelum itu, mula-mula buatlah roti daripada tepung dan minyak itu dan hantarlah kepada saya. Kemudian buatlah roti untukmu dan anakmu, 14 kerana demikianlah Firman TUHAN, Allah Israel, ‘Tepung di dalam mangkuk itu tidak akan habis dan minyak di dalam botol itu tidak akan berkurang sehingga tiba saatnya Aku, TUHAN, menurunkan hujan.’ "

15 Balu itu pergi dan melakukan apa yang disuruh oleh Elia. Mereka bertiga mempunyai cukup makanan berhari-hari lamanya. 16 Tepung di dalam mangkuk itu tidak habis-habis, dan minyak di dalam botol itu tidak berkurang menurut firman TUHAN melalui Elia.

17 Beberapa waktu kemudian, anak lelaki balu itu jatuh sakit. Penyakitnya bertambah teruk, dan akhirnya dia meninggal. 18 Balu itu berkata kepada Elia, "Hai hamba Allah, mengapakah tuan melakukan hal ini kepada saya? Adakah tuan datang untuk mengingatkan Allah akan dosa saya, lalu menyebabkan kematian anak saya?"

19 Elia berkata, "Bawalah anak itu kepada saya." Elia mengambil anak itu dari ibunya, lalu membawa anak itu ke ruangan atas, ke bilik yang ditumpangi Elia. Dia membaringkan anak itu di atas tempat tidur. 20 Kemudian Elia berdoa dengan suara kuat, "Ya TUHAN, Allahku, mengapakah Engkau melakukan perkara yang sedahsyat ini kepada balu itu? Dia sudah memberikan tumpangan kepadaku, tetapi Engkau telah membunuh anaknya!" 21 2 Raj 4.34-35 Kemudian Elia menelungkupkan badannya di atas anak itu tiga kali sambil berdoa, "Ya TUHAN, Allahku, hidupkanlah semula anak ini!" 22 TUHAN mengabulkan doa Elia. Anak itu mula bernafas lagi, lalu hidup semula.

23 Elia membawa anak itu turun ke bawah, lalu menyerahkan dia kepada ibu anak itu. Elia berkata, "Lihatlah, anakmu hidup semula!"

24 Balu itu berkata, "Sekarang barulah saya tahu bahawa tuan seorang hamba Allah dan bahawa TUHAN benar-benar berfirman melalui tuan."

Lugar Bíblico
Região / Território
Gileade
Hoje: Tell edh Dhahab esh Sherqiyeh
גִּלְעָדgilad
Gileade é a terra que Moisés deu a Maquir, de Manassés, e onde Rúben, Gade e metade da tribo de Manassés tinham sua própria terra. Dela eram Jair, que liderou Israel, e Elias (Números 32:40).
32,19° N, 35,69° L
Citado em 86 versículos
Ver página completa
Pessoa
H256
Acabe
אַחְאָבachəav
Acabe, filho de Onri, reinou sobre Israel em Samaria, casou-se com Jezabel e prestou culto a Baal, fazendo mais mal aos olhos do Senhor que todos os reis antes dele (1 Reis 16:30).
Citado em 119 versículos
Ver página completa
Lugar Bíblico
Cidade / Povoado
Sidom
Hoje: Sidom (Saida), Líbano
צִידוֹןtsidonΣιδώνSidōn
Sidom é a cidade de onde partiam as fronteiras de Canaã; Jesus disse que Tiro e Sidom teriam se arrependido se nelas tivessem ocorrido os milagres feitos em Corazim e Betsaida (Mateus 11:21).
33,56° N, 35,37° L
Citado em 37 versículos
Ver página completa
Todos os capítulos de 1 Raja-raja 22
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
  21. 21
  22. 22

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.