Pular para o conteúdo
Publicidade

1 Raja-raja 19

Elia di atas Gunung Sinai

1 Raja memberitahu Izebel isterinya, segala yang telah dilakukan Elia, dan juga cara Elia membunuh semua nabi Baal. 2 Izebel mengirim berita kepada Elia, katanya, "Biarlah para dewa membunuh aku, jika esok pada waktu ini aku tidak memperlakukan engkau seperti engkau memperlakukan nabi-nabi itu." 3 Elia ketakutan, lalu dia dan hambanya lari ke Bersyeba di Yehuda.

Elia meninggalkan hambanya di situ, 4 Yun 4.3 lalu berjalan sepanjang hari ke padang gurun. Kemudian dia berhenti dan duduk di bawah sebatang pokok; dia ingin mati. Dia berdoa, "Penderitaan ini terlalu berat bagiku, ya TUHAN. Ambillah nyawaku, lebih baik aku mati!"

5 Dia berbaring di bawah pokok itu lalu tertidur. Tiba-tiba malaikat menyentuh dia dan berkata, "Bangunlah, dan makanlah." 6 Elia melihat di sekelilingnya dan nampak seketul roti bakar dan sebuah kendi berisi air dekat kepalanya. Dia makan dan minum, lalu berbaring semula. 7 Malaikat TUHAN kembali dan membangunkannya sekali lagi. Katanya, "Bangunlah dan makanlah, supaya engkau tahan dalam perjalanan yang jauh." 8 Elia bangun dan makan; makanan itu memberi dia cukup tenaga untuk berjalan selama empat puluh hari ke Gunung ,Sinai: Naskhah Ibrani:Horeb. tempat Allah menyatakan diri. 9 Di sana dia bermalam di dalam sebuah gua.

Kemudian TUHAN berfirman kepadanya, "Elia, apakah yang engkau lakukan di sini?"

10 Rm 11.3 Elia menjawab, "Ya TUHAN, Allah Yang Maha Kuasa, aku sentiasa mengabdi kepada-Mu dan kepada-Mu sahaja. Tetapi umat telah melanggar perjanjian mereka dengan Engkau. Mereka merobohkan mazbah-Mu dan membunuh semua nabi-Mu. Hanya aku seorang yang masih hidup, dan kini mereka hendak membunuh aku pula!"

11 TUHAN berfirman kepadanya, "Keluarlah dari gua itu dan berdirilah di hadapan-Ku di puncak gunung." Kemudian TUHAN lalu di sana. Angin ribut yang membelah gunung dan memecah bukit batu mendahului TUHAN, tetapi TUHAN tidak menyatakan diri dalam angin ribut itu. Setelah angin ribut itu berhenti, gempa berlaku, tetapi TUHAN tidak menyatakan diri dalam gempa itu. 12 Selepas itu, api datang, tetapi TUHAN tidak menyatakan diri dalam api itu. Kemudian suasana menjadi senyap, lalu terdengar suatu suara yang lembut bagaikan bisikan.

13 Apabila Elia mendengar suara itu, dia menutup muka dengan jubahnya, lalu keluar dan berdiri di mulut gua itu. Kemudian terdengarlah suara berkata kepadanya, "Elia, apakah yang engkau lakukan di sini?"

14 Elia menjawab, "Ya TUHAN, Allah Yang Maha Kuasa, aku sentiasa mengabdi kepada-Mu dan kepada-Mu sahaja. Tetapi umat telah melanggar perjanjian mereka dengan Engkau. Mereka merobohkan mazbah-Mu dan membunuh semua nabi-Mu. Hanya aku seorang yang masih hidup, dan kini mereka hendak membunuh aku pula!"

15 2 Raj 8.7-13 TUHAN berfirman kepadanya, "Kembalilah ke padang gurun dekat Damsyik. Masuklah ke kota dan lumurilah kepala dengan minyak sebagai tanda bahawa dia dipilih menjadi raja negeri . 16 2 Raj 9.1-6 Lakukanlah hal yang sama kepada Yehu anak Nimsi supaya dia menjadi raja Israel, dan juga kepada Elisa anak Safat dari Abel-Mehola supaya dia menjadi nabi menggantikan engkau. 17 Sesiapa yang dapat melarikan diri daripada pedang akan dibunuh Yehu, dan sesiapa yang terlepas daripada pedang Yehu akan dibunuh Elisa. 18 Rm 11.4 Namun Aku akan menyelamatkan tujuh ribu orang di Israel, iaitu mereka yang setia kepada-Ku dan belum pernah bersujud kepada Baal, ataupun menciumnya."

Elisa Dipilih oleh TUHAN

19 Apabila Elia meninggalkan tempat itu, dia bertemu dengan Elisa yang sedang membajak tanah. Ada sebelas pasang lembu di hadapan Elisa, dan Elisa sendiri membajak dengan pasangan lembu yang terbelakang, iaitu pasangan lembu yang kedua belas. Elia menanggalkan jubahnya dan menghamparkannya pada Elisa. 20 Kemudian Elisa meninggalkan lembu-lembunya, mengejar Elia dan berkata, "Benarkanlah saya berjumpa dengan ibu bapa saya dahulu untuk minta diri, lalu saya akan mengikut tuan."

Elia menjawab, "Pulanglah, saya tidak melarang kamu!"Pulanglah...kamu; atau Pulanglah, tetapi kembalilah kepada saya, kerana apa yang saya lakukan kepadamu sebentar tadi itu penting.

21 Kemudian Elisa kembali untuk mengambil pasangan lembunya, dan menyembelihnya, lalu memasaknya. Dia menggunakan kayu bajak sebagai kayu api. Dia menghidangkan makanan itu kepada semua orang di situ dan mereka pun makan. Selepas itu Elisa mengikut Elia sebagai pembantunya.

Pessoa
H256
Acabe
אַחְאָבachəav
Acabe, filho de Onri, reinou sobre Israel em Samaria, casou-se com Jezabel e prestou culto a Baal, fazendo mais mal aos olhos do Senhor que todos os reis antes dele (1 Reis 16:30).
Citado em 119 versículos
Ver página completa
Lugar Bíblico
Monte / Elevação
Monte Horebe
Hoje: Jebel Musa
סִינַיsinayΣινᾶSina
O Monte Horebe é o monte de Deus, onde o Senhor fez aliança com os israelitas depois da saída do Egito e onde Moisés pôs as duas tábuas (2 Crônicas 5:10).
28,54° N, 33,97° L
Citado em 17 versículosTb.: Horebe
Ver página completa
Pessoa
H3290
Jacó
יַעֲקֹ֑בyaaqovΙακωβIakob
Jacó, filho de Isaque, comprou de Esaú o direito de primogenitura, lutou com Deus em Peniel e recebeu o nome Israel; seus doze filhos deram origem às tribos (Gênesis 32:28).
Significado: “Aquele que segura pelo calcanhar (suplantador)”
Ver página completa
Pessoa
H3290
Jacó
יַעֲקֹ֑בyaaqovΙακωβIakob
Jacó, filho de Isaque, comprou de Esaú o direito de primogenitura, lutou com Deus em Peniel e recebeu o nome Israel; seus doze filhos deram origem às tribos (Gênesis 32:28).
Significado: “Aquele que segura pelo calcanhar (suplantador)”
Ver página completa
Pessoa
H2371
Hazael
חֲזָאֵלchazael
Hazael foi rei de Arã, conquistou Gate e oprimiu os israelitas durante todo o reinado de Jeoacaz. Seu filho era Ben-Hadade (2 Reis 13:22).
Significado: “Deus vê”
Ver página completa
Lugar Bíblico
Região / Território
Síria
Hoje: Síria (Arã)
אֲרָםaramΣυρίαSuria
Síria é uma terra cujos reis guerrearam contra Israel: Davi derrotou os sírios, e Hazael, rei da Síria, oprimiu Israel durante todo o reinado de Jeoacaz (2 Reis 13:22).
33,51° N, 36,31° L
Citado em 89 versículosTb.: Arã
Ver página completa
Pessoa
H2371
Hazael
חֲזָאֵלchazael
Hazael foi rei de Arã, conquistou Gate e oprimiu os israelitas durante todo o reinado de Jeoacaz. Seu filho era Ben-Hadade (2 Reis 13:22).
Significado: “Deus vê”
Ver página completa
Todos os capítulos de 1 Raja-raja 22
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
  21. 21
  22. 22

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.