Pular para o conteúdo
Publicidade

1 Samuel 30

Perang Melawan Orang Amalek

1 Dua hari kemudian, Daud dan anak buahnya tiba di . Orang Amalek sudah merompak bahagian selatan negeri Yehuda lalu menyerang . Mereka membakar kota , 2 dan menawan semua kaum wanita. Mereka belum membunuh sesiapa pun, tetapi mereka telah melarikan setiap orang ketika mereka meninggalkan kota itu. 3 Apabila Daud dan anak buahnya tiba di sana, mereka mendapati kota itu sudah dibakar dan anak isteri mereka telah dilarikan musuh. 4 Daud dan anak buahnya menangis dengan pilu dan tidak berhenti-henti sehingga mereka tidak dapat menangis lagi. 5 1 Sam 25.42-43 Kedua-dua orang isteri Daud, Ahinoam dan , sudah dilarikan juga.

6 Kini Daud dalam kesusahan besar. Anak buahnya marah terhadapnya kerana mereka sudah kehilangan anak isteri. Mereka mengancam untuk merejam Daud, tetapi TUHAN Allahnya menguatkan hatinya. 7 1 Sam 22.20-23 Daud berkata kepada Imam Abyatar anak Ahimelekh, "Bawalah efod itu kepadaku." Abyatar pun membawa efod itu kepada Daud. 8 Kemudian Daud bertanya kepada TUHAN, "Haruskah aku mengejar perompak-perompak itu? Dapatkah aku menangkap mereka?"

TUHAN menjawab, "Kejarlah mereka. Engkau akan menyusul mereka dan menyelamatkan orang tawanan."

9 Oleh itu Daud bersama dengan enam ratus orang anak buahnya berangkat. Apabila mereka sampai di Sungai Besor, sebilangan daripada mereka berhenti di situ. 10 Daud dengan empat ratus orangnya meneruskan perjalanan. Dua ratus orang yang lain terlalu penat untuk menyeberang sungai, lalu mereka berhenti di situ. 11 Dalam perjalanan itu anak buah Daud bertemu dengan seorang budak lelaki bangsa Mesir di padang, lalu budak itu dibawa kepada Daud. Dia diberikan makanan dan minuman, 12 dan juga beberapa ketul kuih ara dan dua rangkai kismis. Setelah dia makan, dia menjadi kuat semula; ternyata sudah tiga hari dia tidak makan atau minum! 13 Kemudian Daud bertanya kepadanya, "Siapakah tuanmu? Dari manakah kamu?"

Budak itu menjawab, "Saya orang Mesir, hamba seorang Amalek. Tuan saya meninggalkan saya tiga hari yang lalu kerana saya sakit. 14 Kami sudah menyerbu kawasan orang Kreti di bahagian selatan Yehuda dan kawasan puak Kaleb, dan juga membakar habis kota ."

15 Daud bertanya kepadanya, "Mahukah kamu membawa kami ke tempat gerombolan itu?"

"Saya mahu," jawabnya. "Tetapi tuan mesti bersumpah demi Allah bahawa tuan tidak akan membunuh saya ataupun menyerahkan saya kepada tuan saya." 16 Lalu dia menghantar Daud ke tempat gerombolan itu.

Gerombolan itu terpencar di sana sini, di seluruh tempat itu. Mereka sedang makan minum dan bersuka-suka kerana banyak harta yang dirampas oleh mereka dari negeri orang Filistin dan Yehuda. 17 Pada waktu fajar menyingsing keesokan harinya, mereka diserang oleh Daud dan pertempuran berlangsung sampai malam. Selain empat ratus orang muda yang melarikan diri dengan menunggang unta, tidak seorang pun antara musuh yang dapat melarikan diri. 18 Daud berjaya mengambil semula semua yang dirampas oleh orang Amalek, termasuk kedua-dua orang isterinya; 19 tiada suatu apa pun yang hilang. Daud mendapatkan semula semua anak lelaki dan anak perempuan anak buahnya, serta segala sesuatu yang sudah dijarah oleh orang Amalek. 20 Di samping itu Daud juga merampas balik semua domba dan ternakan lain. Ternakan itu digiring oleh anak buah Daud di hadapan, terpisah daripada barang rampasan yang lain. Kemudian mereka berkata, "Ini bahagian Daud!"

21 Setelah itu Daud kembali kepada dua ratus orang yang terlalu penat untuk mengikuti dia, dan yang sudah ditinggalkan di pinggir Sungai Besor. Mereka menyambut Daud serta anak buahnya, lalu Daud menghampiri mereka dan memberikan salam kepada mereka. 22 Tetapi di kalangan anak buah Daud yang mengikuti dia, ada yang jahat dan tamak. Mereka berkata, "Semua orang ini tidak ikut, kerana itu mereka tidak berhak mendapat apa-apa daripada barang jarahan. Mereka hanya boleh mengambil anak isteri mereka, lalu pergi."

23 Tetapi Daud berkata, "Hai saudara-saudaraku, janganlah berbuat demikian dengan apa yang sudah diberikan TUHAN kepada kita. Dia sudah memelihara kita dan memberi kita kemenangan terhadap gerombolan perompak itu. 24 Tiada seorang pun dapat menyetujui pendapat kamu itu. Semua orang mesti mendapat bahagian yang sama banyaknya: orang yang tinggal untuk menjaga barang-barang mesti mendapat bahagian yang sama seperti orang yang maju berperang." 25 Daud menjadikan ketetapan itu satu peraturan, dan sejak itu peraturan itu ditaati di Israel sampai sekarang.

26 Ketika Daud pulang ke , dia menghantar sebahagian daripada barang jarahan itu kepada sahabat-sahabatnya, iaitu para pemimpin Yehuda, dengan pesan, "Terimalah hadiah ini daripada barang jarahan yang kami ambil daripada musuh TUHAN." 27-31 Mereka dari kota-kota berikut: Betel dan Rama di bahagian selatan Yehuda, Yatir, Aroer, Sifmot, , Rakhal, dan juga kota-kota orang Yerahmeel, kota-kota orang Keni, , Bor-Asan, Atakh, dan . Daud mengirim hadiah itu kepada semua kota tempat Daud dan anak buahnya pernah mengembara.

Lugar Bíblico
Cidade / Povoado
Ziclague
Hoje: Tell esh Sharia
צִקְלַגtsiqlag
Ziclague é a cidade onde Davi se escondia de Saul e que os amalequitas incendiaram, levando cativos as mulheres e os filhos de Davi e de seus homens (1 Samuel 30:3).
31,39° N, 34,68° L
Citado em 13 versículos
Ver página completa
Lugar Bíblico
Cidade / Povoado
Ziclague
Hoje: Tell esh Sharia
צִקְלַגtsiqlag
Ziclague é a cidade onde Davi se escondia de Saul e que os amalequitas incendiaram, levando cativos as mulheres e os filhos de Davi e de seus homens (1 Samuel 30:3).
31,39° N, 34,68° L
Citado em 13 versículos
Ver página completa
Lugar Bíblico
Cidade / Povoado
Ziclague
Hoje: Tell esh Sharia
צִקְלַגtsiqlag
Ziclague é a cidade onde Davi se escondia de Saul e que os amalequitas incendiaram, levando cativos as mulheres e os filhos de Davi e de seus homens (1 Samuel 30:3).
31,39° N, 34,68° L
Citado em 13 versículos
Ver página completa
Pessoa
H26
Abigail
אֲבִגָיִלavigayil
Abigail, mulher de Nabal, de Carmelo, levou pães, vinho e ovelhas preparadas a Davi depois que o marido insultou os mensageiros enviados por Davi. Tornou-se mulher de Davi e mãe de Quileabe (2 Samuel 3:3).
Citado em 14 versículos
Ver página completa
Lugar Bíblico
Cidade / Povoado
Ziclague
Hoje: Tell esh Sharia
צִקְלַגtsiqlag
Ziclague é a cidade onde Davi se escondia de Saul e que os amalequitas incendiaram, levando cativos as mulheres e os filhos de Davi e de seus homens (1 Samuel 30:3).
31,39° N, 34,68° L
Citado em 13 versículos
Ver página completa
Lugar Bíblico
Cidade / Povoado
Ziclague
Hoje: Tell esh Sharia
צִקְלַגtsiqlag
Ziclague é a cidade onde Davi se escondia de Saul e que os amalequitas incendiaram, levando cativos as mulheres e os filhos de Davi e de seus homens (1 Samuel 30:3).
31,39° N, 34,68° L
Citado em 13 versículos
Ver página completa
Lugar Bíblico
Cidade / Povoado
Estemoa
Hoje: As Samu
אֶשְׁתְּמוֹעַeshtemoa
Estemoa foi uma das cidades dadas aos descendentes de Arão, ao lado de Hebrom, Libna e Jatir (1 Crônicas 6:57).
31,40° N, 35,07° L
Citado em 4 versículosTb.: Estemó
Ver página completa
Lugar Bíblico
Cidade / Povoado
Hormá
Hoje: Tel Masos
חׇרְמָהchormah
Hormá é a cidade de Zefate, assim chamada depois que Judá e Simeão a destruíram, e o lugar até onde amalequitas e cananeus perseguiram Israel (Juízes 1:17).
31,21° N, 34,96° L
Citado em 9 versículosTb.: Horma
Ver página completa
Lugar Bíblico
Cidade / Povoado
Hebrom
Hoje: Hebrom (Al-Khalil)
חֶבְרוֹןchevron
Hebrom é a cidade de Judá onde Davi se estabeleceu com seus homens, teve filhos e foi ungido rei de Israel; nos arredores Abraão morou e sepultou Sara. Josué deu Hebrom a Calebe (1 Crônicas 11:3).
31,53° N, 35,10° L
Citado em 62 versículosTb.: Quiriate-Arba
Ver página completa
Todos os capítulos de 1 Samuel 31
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
  21. 21
  22. 22
  23. 23
  24. 24
  25. 25
  26. 26
  27. 27
  28. 28
  29. 29
  30. 30
  31. 31

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.