1 Pada tahun kedua puluh tujuh pemerintahan Raja Yerobeam II di Israel, Raja Uzia putera Raja Amazia menjadi raja di Yehuda. 2 Pada masa itu Raja Uzia berusia enam belas tahun. Baginda memerintah di Yerusalem selama lima puluh dua tahun. Bondanya bernama Yekholya dari Yerusalem. 3 Baginda mengikut teladan ayahandanya. Baginda melakukan apa yang menyenangkan hati TUHAN. 4 Tetapi tempat-tempat penyembahan berhala tidak dimusnahkan, dan rakyat masih mempersembahkan korban serta membakar kemenyan di situ. 5 TUHAN menyebabkan Raja Uzia menghidap penyakit kulit yang mengerikan seumur hidupnya. Baginda tinggal seorang diri di rumah yang terasing dan dibebaskan daripada segala tugas. Yotam, puteranya memerintah rakyat sebagai wakil baginda.
6 Segala perbuatan Raja Uzia tercatat di dalam buku Sejarah Raja-Raja Yehuda.7 Yes 6.1Baginda mangkat lalu dimakamkan di permakaman diraja di Kota Daud. Kemudian Yotam, puteranya menggantikan baginda sebagai raja.
Raja Zakharia, Raja Israel
8 Pada tahun ketiga puluh lapan pemerintahan Raja Uzia di Yehuda, Raja Zakharia putera Raja Yerobeam II menjadi raja di Israel. Raja Zakharia memerintah di Samariaselama enam bulan. 9 Raja Zakharia juga berdosa terhadap TUHAN, seperti raja-raja yang memerintah sebelum baginda. Baginda mengikut perbuatan jahat Raja Yerobeam anak Nebat, yang telah menyebabkan orang Israel berdosa. 10 Pada masa itu Salumanak Yabes berkomplot menentang Raja Zakharia. Salummembunuh Raja Zakharia di YibleamSebuah terjemahan kuno:Yibleam. Naskhah Ibrani:di hadapan umum.dan menggantikan baginda sebagai raja.
11 Segala perbuatan Raja Zakharia tercatat di dalam buku Sejarah Raja-Raja Israel.
12 2 Raj 10.30Demikianlah berlakunya janji yang dibuat TUHAN kepada Raja Yehu: "Keturunanmu sampai ke generasi yang keempatgenerasi yang keempat: Raja Zakharia ialah anak kepada cicit Raja Yehu.akan menjadi raja di Israel."
Raja Salum, Raja Israel
13 Pada tahun ketiga puluh sembilan pemerintahan Raja Uzia di Yehuda, Salumanak Yabes menjadi raja di Israel. Raja Salummemerintah di Samariaselama satu bulan.
14 Kemudian Menahemanak Gadiberangkat dari Tirzake Samariadan membunuh Raja Salum. Lalu Menahemmenggantikan baginda sebagai raja. 15 Segala perbuatan Raja Salum, termasuk kisah komplotnya, tercatat di dalam buku Sejarah Raja-Raja Israel.16 Dalam perjalanannya dari Tirza, Raja Menahemmemusnahkan sama sekali kota TapuahSebuah terjemahan kuno:Tapuah. Naskhah Ibrani:Tipsah.serta penduduknya, dan juga kawasan di sekelilingnya kerana kota itu tidak menyerah kepadanya. Raja Menahemmembelah perut semua perempuan hamil di kota itu.
Raja Menahem, Raja Israel
17 Pada tahun ketiga puluh sembilan pemerintahan Raja Uzia di Yehuda, Menahemanak Gadimenjadi raja di Israel. Raja Menahemmemerintah di Samariaselama sepuluh tahun. 18 Raja Menahem berdosa terhadap TUHAN kerana mengikut perbuatan jahat Raja Yerobeam anak Nebat, yang telah menyebabkan orang Israel berdosa. 19 Ketika Raja Pul,Pul: Sama dengan Tiglat-Pileser.raja Asyur menyerang Israel, Raja Menahemmemberi Raja Pul34,000 kilogram perak supaya baginda menolong mengukuhkan kekuasaan Raja Menahemdi Israel. 20 Raja Menahemmendapatkan wang itu dengan memaksa setiap orang kaya di Israel supaya memberikan 50 keping wang perak. Selepas itu Raja Pulpulang ke negerinya sendiri.
21 Segala perbuatan Raja Menahemtercatat di dalam buku Sejarah Raja-Raja Israel.22 Raja Menahemmangkat lalu dimakamkan. Pekahya, puteranya menggantikan baginda sebagai raja.
Raja Pekahya, Raja Israel
23 Pada tahun kelima puluh pemerintahan Raja Uzia di Yehuda, Raja Pekahya putera Raja Menahemmenjadi raja Israel. Baginda memerintah di Samariaselama dua tahun. 24 Raja Pekahya berdosa terhadap TUHAN dan mengikut perbuatan Raja Yerobeam anak Nebat, yang telah menyebabkan orang Israel berdosa. 25 Pada masa itu seorang pegawai tentera Raja Pekahya yang bernama Pekahanak Remalya, berkomplot dengan lima puluh orang dari Gilead. Kemudian mereka membunuh Raja Pekahya di kubu sebelah dalam istana di Samaria, lalu Pekahmenggantikan Raja Pekahya sebagai raja.
26 Segala perbuatan Raja Pekahya tercatat di dalam buku Sejarah Raja-Raja Israel.
Raja Pekah, Raja Israel
27 Pada tahun kelima puluh dua pemerintahan Raja Uzia di Yehuda, Pekah anak Remalya menjadi raja di Israel. Raja Pekah memerintah di Samariaselama dua puluh tahun. 28 Raja Pekah berdosa terhadap TUHAN, kerana mengikut perbuatan jahat Raja Yerobeam anak Nebat, yang telah menyebabkan orang Israel berdosa.
29 Pada masa pemerintahan Raja Pekah, Raja Pul, raja Asyur merebut kota Iyon, Abel-Bet Maakha, Yanoah, Kedes, Hazor, daerah Gilead, Galilea, dan Naftali. Baginda membawa penduduk kota-kota itu ke Asyur sebagai orang tawanan.
30 Pada tahun kedua puluh pemerintahan Raja Yotam putera Raja Uzia di Yehuda, Hosea anak Elaberkomplot untuk menentang Raja Pekah. Hosea membunuh Raja Pekahlalu menggantikan baginda sebagai raja. 31 Segala perbuatan Raja Pekahtercatat di dalam buku Sejarah Raja-Raja Israel.
Raja Yotam, Raja Yehuda
(2 Taw 27.1-9)
32 Pada tahun kedua pemerintahan Raja Pekahanak Remalya sebagai raja di Israel, Raja Yotam putera Raja Uzia menjadi raja di Yehuda. 33 Pada masa itu Raja Yotam berusia dua puluh lima tahun, dan baginda memerintah di Yerusalem selama enam belas tahun. Bondanya ialah Yerusa anak Zadok. 34 Raja Yotam mengikut perbuatan Raja Uzia ayahandanya; Raja Yotam melakukan apa yang menyenangkan hati TUHAN, 35 tetapi tempat-tempat penyembahan berhala tidak dimusnahkan. Rakyat masih mempersembahkan korban dan membakar kemenyan di situ. Raja Yotam ialah pembina Pintu Gerbang Utara Rumah TUHAN.
36 Segala perbuatan Raja Yotam tercatat di dalam buku Sejarah Raja-Raja Yehuda.37 Pada masa pemerintahan Raja Yotam, untuk pertama kali TUHAN menyuruh Raja Rezindari Siriadan Raja Pekahdari Israel untuk menyerang Yehuda. 38 Kemudian Raja Yotam mangkat lalu dimakamkan di perkuburan diraja di Kota Daud. Ahas, putera Raja Yotam menggantikan baginda sebagai raja.
Lugar Bíblico
Cidade / Povoado
Samaria
Hoje: Sebastia (Samaria)
שֹׁמְרוֹןshomeronΣαμάρειαSamareia
Samaria é a cidade onde os reis de Israel tinham o palácio e onde Acabe construiu um templo de Baal e levantou um altar a Baal (1 Reis 16:32).
Nebate foi o pai de Jeroboão, oficial de Salomão que se rebelou contra o rei e depois reinou sobre Israel; a mãe de Jeroboão era Zerua, viúva (1 Reis 11:26).

Peca, filho de Remalias, foi rei de Israel: oficial de Pecaías, matou-o em Samaria com cinquenta homens de Gileade e reinou no lugar dele. Oseias, filho de Elá, matou Peca e se tornou rei (2 Reis 15:30).
Gileade é a terra que Moisés deu a Maquir, de Manassés, e onde Rúben, Gade e metade da tribo de Manassés tinham sua própria terra. Dela eram Jair, que liderou Israel, e Elias (Números 32:40).

Abel-Bete-Maaca é a cidade onde o exército de Joabe cercou Seba, filho de Bicri, e levantou uma rampa até a muralha. Tiglate-Pileser, rei da Assíria, também a conquistou (2 Samuel 20:15).
Gileade é a terra que Moisés deu a Maquir, de Manassés, e onde Rúben, Gade e metade da tribo de Manassés tinham sua própria terra. Dela eram Jair, que liderou Israel, e Elias (Números 32:40).
A Galileia é a terra de Nazaré e de Caná, de onde Jesus veio para ser batizado por João no Jordão e de onde o seguiram multidões e mulheres (Marcos 1:9).
Peca, filho de Remalias, foi rei de Israel: oficial de Pecaías, matou-o em Samaria com cinquenta homens de Gileade e reinou no lugar dele. Oseias, filho de Elá, matou Peca e se tornou rei (2 Reis 15:30).
Peca, filho de Remalias, foi rei de Israel: oficial de Pecaías, matou-o em Samaria com cinquenta homens de Gileade e reinou no lugar dele. Oseias, filho de Elá, matou Peca e se tornou rei (2 Reis 15:30).
Peca, filho de Remalias, foi rei de Israel: oficial de Pecaías, matou-o em Samaria com cinquenta homens de Gileade e reinou no lugar dele. Oseias, filho de Elá, matou Peca e se tornou rei (2 Reis 15:30).
Peca, filho de Remalias, foi rei de Israel: oficial de Pecaías, matou-o em Samaria com cinquenta homens de Gileade e reinou no lugar dele. Oseias, filho de Elá, matou Peca e se tornou rei (2 Reis 15:30).
Síria é uma terra cujos reis guerrearam contra Israel: Davi derrotou os sírios, e Hazael, rei da Síria, oprimiu Israel durante todo o reinado de Jeoacaz (2 Reis 13:22).