Pular para o conteúdo
Publicidade

Amos 3

1 Hai umat , dengarlah perkhabaran TUHAN tentang segenap bangsa kamu, yang sudah dibawa-Nya keluar dari Mesir. TUHAN berfirman, 2 "Daripada semua bangsa di dunia, kamulah satu-satunya bangsa yang Aku kenal dan pelihara. Itulah sebabnya dosa kamu besar, dan Aku mesti menghukum kamu."

Tugas Nabi

3 Bolehkah dua orang berangkat bersama-sama tanpa berjanji untuk berjumpa lebih dahulu?

4 Adakah singa mengaum di hutan, jika belum mendapat mangsa?

Adakah anak singa mengaum di dalam lubangnya, jika belum menangkap apa-apa?

5 Bolehkah burung terjebak dalam perangkap, jika perangkap tidak berumpan?

Bolehkah perangkap membingkas jika tiada yang tertangkap?

6 Jika trompet tanda perang dibunyikan, tidakkah orang di kota ketakutan?

Bolehkah bencana menimpa sesuatu kota, jika TUHAN tidak mendatangkan bencana itu?

7 TUHAN Raja tidak pernah melakukan sesuatu pun tanpa menyatakan rancangan-Nya kepada para nabi, hamba-hamba-Nya.

8 Apabila singa mengaum, siapakah tidak takut?

Apabila TUHAN Raja berfirman, siapakah dapat berdiam diri dan tidak mengisytiharkan perkhabaran-Nya?

Kejatuhan Samaria

9 Umumkanlah perkhabaran ini kepada orang yang tinggal di istana Mesir dan , "Berkumpullah di bukit-bukit di sekitar , dan lihatlah huru-hara serta jenayah yang berlaku di sana."

10 TUHAN berfirman, "Penduduk Samaria mengisi rumah besar mereka dengan benda-benda yang diperoleh daripada kejahatan dan kekejaman. Mereka sama sekali tidak tahu berlaku jujur. 11 Oleh itu musuh akan mengepung negeri mereka, memusnahkan pertahanan, dan menjarah rumah besar mereka."

12 TUHAN berfirman, "Seperti seorang gembala yang hanya mendapat sepasang kaki atau sepotong telinga dombanya yang diterkam oleh singa, demikian juga yang akan berlaku; hanya sedikit orang yang akan terselamat antara penduduk yang sekarang berbaring di atas tempat tidur yang serba mewah."

13 TUHAN Raja Yang Maha Kuasa berfirman, "Sekarang dengarlah, dan berikanlah amaran kepada keturunan Yakub. 14 2 Raj 23.15 Pada hari Aku menghukum orang Israel kerana dosa mereka, Aku akan memusnahkan mazbah-mazbah di . Setiap mazbah akan dipatahkan unjuran-unjurannya sehingga jatuh ke tanah. 15 Aku akan memusnahkan rumah musim sejuk dan rumah musim panas. Rumah yang dihias dengan gading akan roboh; semua rumah besar akan dimusnahkan.

Pessoa
H3290
Jacó
יַעֲקֹ֑בyaaqovΙακωβIakob
Jacó, filho de Isaque, comprou de Esaú o direito de primogenitura, lutou com Deus em Peniel e recebeu o nome Israel; seus doze filhos deram origem às tribos (Gênesis 32:28).
Significado: “Aquele que segura pelo calcanhar (suplantador)”
Ver página completa
Lugar Bíblico
Cidade / Povoado
Asdode
Hoje: Asdode (Ashdod), Israel
אַשְׁדּוֹדashdodἌζωτοςAzōtos
Asdode foi uma das cidades dos cinco governantes filisteus; ali Dagom foi achado caído diante da arca do Senhor, e a mão do Senhor pesou sobre o povo, afligido com tumores (1 Samuel 5:6).
31,76° N, 34,66° L
Citado em 21 versículos
Ver página completa
Lugar Bíblico
Cidade / Povoado
Samaria
Hoje: Sebastia (Samaria)
שֹׁמְרוֹןshomeronΣαμάρειαSamareia
Samaria é a cidade onde os reis de Israel tinham o palácio e onde Acabe construiu um templo de Baal e levantou um altar a Baal (1 Reis 16:32).
32,28° N, 35,20° L
Citado em 113 versículos
Ver página completa
Lugar Bíblico
Cidade / Povoado
Samaria
Hoje: Sebastia (Samaria)
שֹׁמְרוֹןshomeronΣαμάρειαSamareia
Samaria é a cidade onde os reis de Israel tinham o palácio e onde Acabe construiu um templo de Baal e levantou um altar a Baal (1 Reis 16:32).
32,28° N, 35,20° L
Citado em 113 versículos
Ver página completa
Lugar Bíblico
Cidade / Povoado
Betel
Hoje: Beitin (Betel)
בֵּֽיתְ־אֵלbet-el
Betel é a cidade antes chamada Luz, onde Deus se revelou a um homem que fugia do irmão e onde foi construído um altar; ali também foi posto um bezerro (Gênesis 35:7).
31,92° N, 35,24° L
Citado em 69 versículos
Ver página completa
Todos os capítulos de Amos 9
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.