Pular para o conteúdo
Publicidade

YOHANES 1

45 Kemudian Filipus mencari Natanael dan berkata kepadanya, "Kami sudah berjumpa dengan orang yang disebut oleh Musa di dalam Taurat, dan yang dituliskan oleh nabi-nabi. Dia Yesus anak Yusuf dari Nasaret."

46 Tetapi Natanael berkata, "Bolehkah sesuatu yang baik datang dari Nasaret?"

"Marilah lihat," jawab Filipus.

47 Apabila Yesus nampak Natanael datang kepada-Nya, Dia berkata tentang Natanael, "Inilah orang Israel sejati; tiada kepalsuan padanya!"

48 Natanael bertanya kepada Yesus, "Bagaimana tuan mengenal saya?"

Yesus menjawab, "Sebelum Filipus memanggil kamu, Aku telah nampak kamu di bawah pokok ara itu."

49 Natanael berkata, "Guru, Guru Anak Allah! Guru Raja bangsa Israel!"

50 Yesus berkata pula, "Adakah kamu percaya kerana Aku berkata Aku nampak kamu di bawah pokok ara itu? Kamu akan melihat perkara-perkara yang jauh lebih besar daripada hal ini!" 51 Kej 28.12Lalu Yesus berkata kepada mereka, "Percayalah, kamu akan melihat langit terbuka, dan malaikat-malaikat Allah naik turun pada Anak Manusia."

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também