13 Aku akan melakukan apa sahaja yang kamu minta demi nama-Ku, supaya kemuliaan Bapa akan dinyatakan melalui Anak-Nya. 14 Apa sahaja yang kamu minta daripada-KuBeberapa buah naskhah kuno tidak mempunyai: daripada-Ku. demi nama-Ku, Aku akan melakukannya."
Yesus Menjanjikan Roh Allah
15 "Jika kamu mengasihi Aku, kamu akan mentaati perintah-perintah-Ku. 16 Aku akan memohon kepada Bapa dan Bapa akan memberi kamu Penolong lain, yang akan bersama-sama kamu selama-lamanya.